"Eh, Ayah.. jari maksu dah gerak2." Ansar menarik baju ayahnya.
Firdaus yang sedang melipat baju Eva, terus berlari memanggil doktor. Tidak lama kemudian doktor dan beberapa orang misi datang untuk memeriksa Eva yang terlantar di atas katil.
"Cik..cik.. kalau dengar suara saya cik.tolong bukakan Mata." Gesa doktor itu.
Eva membuka matanya perlahan-lahan. Satu badanya terasa sakit. Dia mengerutkan wajahnya yang lesu itu.
Doktor terus memeriksa keadaan Eva.
"Alhamdulillah, keadaan adik encik sudah beransur pulih." Doktor itu menepuk bahu Firdaus lalu keluar dari situ.
Eva melihat abangnya berdiri tegak di hadapanya dengan wajah yang risau.
"Rasa macam dejavu pulak. Keadaan sama seperti dalam mimpinya sebelum ini." Bisik Eva dalam hati.
Eva terus menoleh sedikit kepalanya untuk melihat jarinya.
Dia menarik nafas lega."Fuh! Nasib baik Tak Ada cincin ke apa. Hhhaa" Eva tersengih.
Firdaus yang dari tadi memerhatikan gerak geri Eva menjadi pelik dengan perangai adiknya itu.
" Eva, ok Tak ni?" Tanya Firdaus.
Eva tersenyum lalu menganggukan kepalanya lalu dia cuba untuk duduk.
"Dah berapa lama Eva dekat sini?"
"Dah 2 minggu Eva tak seda.." Suara Firdaus tiba-tiba tersekat. Dia cuba menahan dirinya daripada menangis.
Eva terkejut dengan abangnya. Dia terkasima kerana ini kali pertama melihat abangnya begitu.
Firdaus menelan air liurnya lalu menarik nafas dengan dalam.
"Eva dah 2 minggu tak sedarkan diri."
"Dua minggu?! Seriuslah? Apa dah jadi?!" Eva terkejut.
"Abang yang patut tanya, apa dah jadi. Tau tak, remuk hati Abang bila dapat panggilan yang Eva cedera parah, dengan banyak darah hilang, masuk hospital bagai?! Ha lagi satu, abang siap kena soal siasat dengan polis sebab, doktor jumpa banyak bekas2 birat dan lebam yang lama dekat badan awak tu!" Firdaus tidak mampu menahan sebak lalu dia terus menangis teresak-esak.
" Apa jadi dengan Eva ha? Kenapa Eva tak pernah bagitahu Abang, penderitaan yang Eva kena hadap dari dulu?"
Air mata Eva terus gugur. Dia hanya mampu menundukkan kepalanya.
Firdaus terus mendekati Eva lalu memeluknya. Dia mengusap lembut kepala adiknya.
"Dah...dah shh.. Abang ada kat sini.. Semuanya dah berakhir... Syam dah kena tangkap balik. Nek Jah pun dah mengaku kesalahan dia.. nanti dia akan dibicarakan." Pujuk Firdaus.
"Dibicarakan? Maksud Abang?"
"Abang saman dia atas tuduhan mendera. Itu pun sebab Syam yang terlepas cakap. Dia cerita semua perbuatan terkutuk yang diorang buat dekat Eva."
" Tak mungkin, tak akan diorang simply mengaku macam tu?" Bisik Eva dalam hati.
Tiba-tiba, baru dia teringat sesuatu.
"Eh Abang! Mana orang yang selamatkan Eva tu?!"
" Mana dia Abang???" Eva Tanya dengan penuh teruja. Yeah,.dia tahu orang yang selamatkan dia tempoh Hari adalah orang yang sama yang belanja dia selalu. Or stalker dia.
"Huisy sabar2 dik oi. Asal excited sangat ni hahaha.?" Tanya Firdaus sambil tersengih.
"Eii bagitau la cepat. Orang tak sabar ni nak tau hero yang selamatkan orang." Eva tersimpul malu sambil mengigit jarinya.
"Hmm hero adik tu, last Abang jumpa time dekat balai polis. Lepas je kena soal semua terus dia balik. Oh ha, dia adalah bagi buah-buahan ni ha untuk adik. Itupun dia kirim dekat nurse suruh hantarkan. Eva nak buah? Jap abang potongkan."
" What? Dia langsung tak jenguk Eva ke? Ha macam Mana dia tau Eva kena culik Hari tu?" Eva mengerutkan dahinya.
" Oh, time tu dia tengah Cari Oyen. Kebetulan dia dengar Eva jerit. Itu yang dia ternampak Syam culik Eva." Cerita Firdaus sambil mengupas kulit epal.
"Oyen? Apa tu?"
"Oh hahhaa. Lupa, Oyen tu kucing dia. Ha kalau Eva nak tahu, tempat kerja dia dekat2 situ. Kalau Eva rasa curious sangat, boleh la pergi ucap thanks ke, nk berkenalan ke." Firdaus tersengih.
" Tempat kerja? Dia kerja dekat Mana? Dia kerja apa? Apa Nana dia?" Eva tanya bertubi-tubi.
Sebelum sempat Firdaus menjawab soalan Eva, Ansar dah merengek meminta perhatian ayahnya.
" Ayah, Ansar nak peee. Nak peee nak peeee. Lama dah tahan ni..." Ansar memegang seluarnya.
"Allah. Ansar, kan toilet ada situu je. Pergila. Alahai. Ha Jap, Ayah teman Ansar." Fridaus dengan segera mendukung Ansar ke tandas.
Eva mengeluh. Sikit je lagi dia nak tahu identiti hero nya itu. Eva menarik bantalnya lalu dipeluk erat.
"Eiiiii!!! Kenapaaa misterii sangat lakii ni. Eii! Eva menggigit bantalnya itu.
Tiba-tiba, sekeping kad jatuh dari sarung bantalnya. Eva terkejut lalu diambilnya kad itu.
" Eh ni kad bisnes ni. Kad siapa ni." Eva membelek kad itu lalu dibacanya.
" Pusat Tuisyen Pintar, Muhammad Raykarl Bin Muzaffar. 013-......., No.12, Jalan tupai... Eh! Ni.... Ehhhh alamat niiiiiii....." Eva melopong.
" Cik Eva? Ok Tak ni?" Nurse yang baru masuk ke dalam bilik itu terkejut melihat Eva yang kaku. Badan Eva ditepuknya.
Eva terkejut lalu terus dia memandang nurse itu.
"Mi..mi..si. Selain Abang saya, ada ke yang datang melawat Saya?." Tanya Eva.
" Ha? Oh.. ada-ada.. Dalam 3 hari lepas kot, ada sorang laki ni. Dia datang melawat Cik Eva. Tapi time tu, abang cik takda. Lupa Saya nak inform Abang cik. Kenapa cik Eva? Ada apa-apa masalah ke?"
"Oh. Takde." Eva menggelengkan kepalanya lalu merenung kembali kad itu.
" Ha, kalau tak Ada, nah ni makanan tengahari Cik Eva. Cik makan tau, sebab nanti, Doktor nak datang nak periksa keadaan cik. Okay? Saya pergi dulu ye."
Eva hanya menganggukan kepalanya sambil matanya masih terpaku di kad bisnes itu.
" Jadi, dia datang tinggalkan ni untuk aku ke? Dia nak aku Cari dia ke?" Bisik Eva dalam hati.
YOU ARE READING
Jumpa Besok!
RomanceWoi Eva! Apa masalah kau eh? Goreng telur pun hangus rentung! Kau nak bagi siapa makan?! Eva! Asal kertas kerja kau macam tahi ni?! Aku sumbat dalam mulut kau baru Tau! Sialan betul. Eva! Eva! Eva! Apa ni?! Tudung labuh macam cendawan ni kau pakai...