Empat tahun sudah berlalu,
Eva kini, sedang cuba untuk membiasakan dirinya di alam dewasa yang penuh onak duri. Sudah setahun dia berkerja sebagai seorang tukang jahit di kedai baju kecil di sebuah kawasan perkampungan kecil. Ya, memang jauh panggang dari api bidang perkerjaan dengan bidang pengajianya iaitu kejuruteraan. Namun, bagi Eva, rezeki manusia itu di mana-mana. Baginya, dia cukup bahagia dengan kehidupanya di kampung yang aman damai tidak seperti di bandar yang sesak dan bising.
Namun, jangan dipandang remeh akan perkerjaanya. Di kawasan itu, hanya terdapat sebuah kedai jahit. Bukan sahaja penduduk kampung itu, malahan kampung sebelah serta yang di pekan turut beramai-ramai menghantar kain utk dijahit oleh Eva. Tidak kira lah baju perempuan, baju kanak2, baju lelaki, kain langsir, tudung, telekung semualah boleh dijahitnya. Kualiti jahitanya setaraf dengan jahitan pakaian jenama terkenal!
" Assalamualaikum... hello.. abang Daus. Kenapa call? Balik? Ala..sorry abang. Eva ada banyak tempahan baju nak kena siapkan ni.. Ala.. nanti Insyallah hujung bulan nanti Eva balik. Ok bang..byee..orang busy ni..babaiii.." Eva terus memutuskan panggilan.
" Abang ke tu." Tanya seorang wanita yang amat disegani Eva iaitu majikannya a.k.a guru yang mengajarnya menjahit, Cik Ros.
" Haah, Cik Ros. Abang Daus ni ha dia paksa balik. Hmm.. tapi tulah banyak lagi kerja belum selesai."
Cik Ros mengangguk kepalanya perlahan tanda setuju.
Eva kembali menjahit manakala Cik Ros kembali mengira untung yang diperoleh kedai kecilnya itu. Mulutnya tidak lekang dari senyuman. Memang tidak dinafikan semenjak Eva kerja di situ, semakin melonjak reputasi kedainya.
" Eva.. nah ambik ni gaji kamu untuk bulan ni." Cik Ros menghulurkan sampul surat yang berisi wang itu.
" Terima kasih Cik Ros. Em..Cik Ros. Eva nak cakap sesuatu boleh?" Tanya Eva teragak-agak.
" Ha apa lagi ni? Eva nak cuti ke? Cuti la nak.. tapi cuti lepas siap kerja tau." Cik Ros menepuk belakang Eva.
" Em.. tak." Eva mengerutkan mukanya.
Cik Ros mengangkat keningnya. Dia segera mencapai kerusi dan duduk berhadapan dengan Eva.
" Macam serius je ni. Eva tau kan Cik Ros tak suka benda-benda serius ni. Kita kerja kena happy2..mana boleh serius macam ni kerut2 muka. Ok.. biar Cik Ros teka. Eva nak pinjam duit? Masalah boyfriend?" Tanya Cik Ros sambil tersengih.
" Eh tak.. Apa ni. Cik Ros tau kan.. Eva mana ada boyfriend. Hmm Sebernanya.. Eva nak berhenti kerja." Eva menundukkan kepalanya.
Riak muka Cik Ros mula berubah saat dia mendengar hajat Eva itu.
" Eva nak berhenti?! Kenapa? Tak cukup ke gaji ha?! Cik Ros ada buli Eva ke? Ha?! Kenapa nak berhenti pulak?!" Cik Ros mula meninggikan suaranya.
Eva terkejut. Ini kali pertama dia melihat Cik Ros marah. Selama ini, dia seorang yang lembut dan suka bergurau.
Eva mengelipkan matanya berulang kali.
Cik Ros kemudianya cuba mengawal perasaan amarahnya. Nafasnya ditarik dan dihembus beberapa kali.
" Okay. Tak apa. Kita bincang ni lain kali ja. Cik Ros nak balik rumah sekejap. Tolong tengok-tengok kan kedai ." Cik Ros dengan segera mencapai tas tanganya lalu keluar dari situ.
Eva hanya mampu mendiamkan diri. Hasratnya untuk berhenti menjahit dan menyambung pengajianya ke peringkat yang lebih tinggi tergendala. Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya.
Sampai sahaja di rumahnya, Cik Ros langsung mencampak tas tanganya ke atas sofa. Anak dara nya, Zulaikha yang sedang asyik melayan drama Korea itu terkejut.
" Eh Mak. Awal balik?" Tanya Zulaikha.
" Ha kenapa?! Aku tak boleh balik rumah sendiri ke? Suka hatilah nak balik bila. Ni rumah aku kan." Kata cik Ros dengan nada yang marah.
" Isy mak ni. Orang tanya je. Yelah selalu tiap hari asyik balik malam je. Ni kenapa pulak mak marah2 ni?" Zulaikha mencebik.
" Macam mana aku tak marah. Tu..Eva tu. ada ke dia nak berhenti. Geram pulak aku. Aku yang amik dia from nothing to something tau. Sebab kau la ni Zu! Ada anak perempuan tak boleh pakai. Orang suruh buat kerja sikit dah penat. " Cik Ros mengipas-ngipas kan dirinya dengan majalah yang bersepah di atas lantai.
" Ha?! Eva nak berhenti??? Isy mana boleh mak. Siapa je lagi yang bodoh nak kerja bawah mak kalau bukan dia? Dahlah gaji ciput. Kerja sampai tengah malam lak tu. Ei..Tak sanggup aku." Zulaikha menggeleng-gelengkan kepalanya.
" Gaji ciput? Eva tak pernah complaint tak cukup pun?" Kata Cik Ros sambil menjeling.
" Ye lah. Tu yang orang kata Eva tu bodoh. Hmm. lepastu macam mana ni mak? Tak kan lah nak biar dia blah gitu je?"
" Sabar la. Mak tengah fikir ni.." Cik Ros memicit-micit kepalanya yang mula terasa sakit akibat stress.
Setelah beberapa minit kemudian, tiba-tiba, cik Ros bangun dari kerusinya dengan wajah yang ceria.
" Mak dah tahu !" Kata Cik Ros sambil menepuk-nepuk tanganya tanda gembira.
" Apa mak? Habaq la mai."
" Haiyaa. Rahsia meh. Kamu tunggu esok ja. Nanti kamu tahulah. hahahahahhaa.." Cik Ros meloncat-loncat masuk ke dalam bilik tidurnya.
Zulaikha hanya menggelengkan kepalanya melihat aksi Cik Ros itu.
YOU ARE READING
Jumpa Besok!
RomanceWoi Eva! Apa masalah kau eh? Goreng telur pun hangus rentung! Kau nak bagi siapa makan?! Eva! Asal kertas kerja kau macam tahi ni?! Aku sumbat dalam mulut kau baru Tau! Sialan betul. Eva! Eva! Eva! Apa ni?! Tudung labuh macam cendawan ni kau pakai...