Fara cuba membuat muka selamba. Meskipun hatinya gementar dengan pertemuan bersama ibu bapanya ini.
Mama, papa dan kedua ibu bapanya serta lelaki tadi berdiri, menyambut kedatangan Fara.
Selepas menarik nafas panjang, Fara melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Semua mata tertumpu padanya. Dia memandang Mama dan Mamanya hanya tersenyum kecil.
"Just in time." Ujar Papanya, mematikan suasana.
"Fara..." Ucap Daddynya, Encik Zarul. Atau lebih dikenali sebagai Tan Sri Zarul.
Fara sebak. Terasa begitu lama dia tidak dipanggil dengan nama itu. Dia bergerak ke arah Daddy dan Mummynya.
Encik Zarul berpakaian formal dengan sut hitam dan seluar hitam. Manakala Mummynya pula mengenakan dress biru.
Mummynya terus menarik Fara lembut dalam pelukannya. Rindu. Setelah 10 tahun terpisah.
Fara membalas pelukan Mummynya. Air mata cuba ditahan daripada mengalir. Tidak pernah terbayang olehnya yang hari ini akan tiba. Hari dimana dia akan bertemu kembali dengan kedua ibu bapanya yang sangat dirindui selama ini.
Fara kemudian memeluk Daddynya pula. Sekian lama dia tidak merasa pelukan hangat seorang bapa, akhirnya hari ini dia dapat menikmatinya.
Mama dan Papanya tersenyum dan kembali duduk di tempat yang tersedia.
" We're so sorry for being busy this whole years." Ucap Mummynya, Puan Julie.
Fara hanya tersenyum, hambar. Biarlah malam ini dinikmatinya tanpa mengingatkan apa yang telah berlaku.
Fara kemudiannya mengambil tempat duduk di sebelah Pn Julie. Dan ketika itu, barulah Fara teringat kehadiran lelaki misteri yang duduk disebelah Encik Zarul dan dari tadi turut menyaksikan pertemuan mereka.
Fara memandang lelaki itu. Wajahnya seperti dia kenal. Tapi dimana? Lelaki itu membalas pandangan Fara dengan reaksi yang sama ditunjukkan Fara, iaitu keliru.
Fara senyum. Lelaki itu turut tersenyum. Pn Julie yang menyedari keadaan itu terus bersuara
"Oh abang, don't you want to introduce Dzyad to Fara?" Kata Pn Julie pada suaminya.
Encik Zarul memandang isterinya dan baru teringat akan tetamu yang dibawanya dari Malaysia itu.
"Fara , this is Dzyad Qashaf. My bussiness partner from Malaysia. A very good friend of mine, Tan Sri Hashim's first son." Encik Zarul mengenalkan lelaki misteri itu pada Fara.
Dzyad Qashaf berdiri, sebagai tanda hormat sambil tersenyum pada mereka.
"Dzyad, this is Fara Elena my daughter that I have been montioning this whole time."
Fara tersenyum. Dzyad Qashaf turut tersenyum.
Kenapa lelaki ini perlu ada? Kenapa dia perlu datang pada perjumpaan ini? Mesti bersebab. Takkanlah Daddy saja-saja bawanya.
Soalan demi soalan yang timbul itu ditolak tepi.
Mereka kemudiannya duduk dan menikmati hidangan yang disediakan. Mama , Papa dan kedua ibu bapanya kemudian bersembang mengenai syarikat yang diuruskan daddynya, Encik Zarul.
Fara langsung tidak menunjukkan minat dengan topik perbualan mereka. Dia memandang ke arah Dzyad Qashaf yang duduk di hadapan, bertentangan dengan tempat duduknya.
Lelaki itu berwajah tenang. Rambutnya yang kemas menampakkan seri wajahnya. Dzyad Qashaf juga tidak banyak menyampuk. Dia hanya bersuara apabila diajukan soalan atau topik yang mereka bualkan ada kena mengena dengannya.
YOU ARE READING
Gadis Ros Merah Jambu
Teen FictionGadis Ros Merah Jambu (GRMJ) a.k.a nama sebenarnya; Fara Elena iaitu seorang blogger misteri terkenal di Malaysia yang menetap selama 10 tahun di USA, Texas terpaksa berpindah ke tanah airnya atas urusan dan kehendak keluarga. Bertemu pula dengan 'h...