Bab 13

1.5K 86 1
                                    

Fara melihat jam pada tangan.

5.00pm

"Haih, where is he? Is he coming or what?" Tanya Fara seorang diri sambil diri bersandar pada kereta mini coopernya itu. Baru sahaja rasanya lelaki itu kata yang dia tidak suka orang yang tidak menepati masa. Tapi kini, siapa sebenarnya yang tidak pandai menepati masa?

Fara mengenakan sepasang dress labuh berwarna biru cair yang dihadiahkan Luke ketika mereka makan malam di pondok, tempat mereka bermain waktu kecil dahulu.

Fara masih ingat pesan Luke ketika dia menerima dress tersebut.

"Good, then I want you to wear it the day you're going to Malaysia."

"And that day is today." Kata Fara seorang diri, sebak.

Dan pada ketika itulah, kereta bmw milik Dzyad Qashaf meluncur di hadapan Fara. Tingkap kereta tersebut diturunkan,

" How about, kita pergi sana naik satu kereta je?" Pinta Qashaf, secara tidak langsung menjemput Fara naik ke keretanya.

" But I already drive my car, here." Fara memberi alasan.

" You can leave it there, right? Theres no undang-undang kata tak boleh park kat situ, am I right or wrong?" Qashaf masih lagi memujuk.

" Fine." Jawab Fara ringkas sambil mematikan enjin kereta dan menguncinya sebelum bergerak dan melabuhkan punggung pada sofa kereta milik Qashaf.

Dengan itu, mereka meneruskan perjalanan tanpa banyak bunyi.

" Do you know wheres the hospital is?" Tanya Fara meminta kepastian.

" Ofcourse. I saw the hospital before when I was out searching for food." Tipu Qashaf selamba. Dia tahu jalan ke hospital sebenarnya adalah kerana dia telah senyap-senyap mengikut Fara tempoh hari.

" By the way, nice dress. Don't you think its over reacting to wear a dress untuk lawat orang kat hospital?" Tanya Qashaf, baru tersedar akan pakaian yang dipakai Fara.

" I have my reasons." Ringkas sahaja jawapan Fara, langsung tidak mahu menceritakan sebabnya.

" And you look beautiful in it." Puji Qashaf, cuba mematikan suasana tersebut.

Setelah 10 minit perjalanan, akhirnya mereka tiba di hospital. Seperti biasa , Fara menarik nafas dalam sebelum melangkah keluar dari perut kereta.

" Hey, its gonna be alright." Ucap Qashaf dengan senyuman lembut, cuba mengurangkan rasa gementar dalam jiwa Fara.

" Yeah, sure. Thanks." Jawab Fara, membalas senyuman Qashaf meskipun perasaan gementar masih membuak dalam dirinya.

Fara langsung tidak tahu kenapa perlu dia mempunyai perasaan itu di dalam hatinya. Adakah kerana ini mungkin kali terakhir dia akan bertemu Luke? Ya, mungkin juga.

Mereka melangkah beriringan masuk ke hospital sebelum menuju ke bilik Luke.

Fara memegang tumbol pintu, lama. Sebak terasa dalam dirinya. Andai sahaja lelaki yang berada di sebalik pintu ini adalah lelaki yang dia kenal selama hampir 10 tahun, pasti dia akan dapat merasa pelukannya, mendengar suaranya memanggil nama Elena dengan nada yang tiada siapa dapat mengerti maksud disebaliknya dan pasti dia tidak akan rasa sesedih ini kerana Luke yang dulu, akan buat apa sahaja untuk melihat Fara bahagia.

Namun itu semua hanya tinggal sejarah. Luke yang berada disebalik pintu ini sekarang, hanyalah seorang insan yang langsung tidak mengenali dirinya.

Qashaf menyentuh bahu Fara, cuba memberi kekuatan padanya.

" Can you wait outside?" Tanya Fara, sambil mengalihkan tangan Qashaf dari bahunya.

Gadis Ros Merah JambuWhere stories live. Discover now