Akim berdiri di seberang jalan sambil memerhatikan Fara yang semakin menjauh.
" Damn you, traffic light." Dia memaki traffic light yang masih tidak bertukar ke warna hijau. Fara semakin menjauh dan akhirnya hilang dari pandangan.
Lampu bertukar hijau. Akim memulakan langkah melintasi jalan tersebut. Dia mengikuti jejak yang dilalui Fara sebentar tadi.
Toleh ke kanan, toleh ke kiri, gerangan Fara masih tidak dapat dikesan. Akim meneruskan langkahnya, melintasi kedai-kedai kecil di seberang jalan.
" Fara?"
----------------------------------------------------
Nafasnya bagai tidak tentu arah. Entah kenapa, melihat Luke dihadapannya saat ini membuatkan dia tidak keruan.
Luke sedang duduk, bersantai di salah satu kerusi yang tersedia di kafe tersebut sambil membaca sebuah buku yang tidak dapat Fara lihat tajuk utamanya. Matanya terlalu leka dengan buku yang dibaca, membuatkan dia langsung tidak menyedari Fara yang bagai sudah membatu di hadapan kafe.
Mata biru Luke yang menyinar daripada pantulan cahaya matahari, rambut messy blondenya.
Fara rindu.
Rindu kehidupannya yang dulu. Fara rindu Luke.
Tapi, bagaimana kalau Luke menghalaunya seperti yang telah berlaku di Texas? Fara sangkal sama sekali yang Luke akan mengingatinya, memandangkan Luke langsung tidak mengenalinya setelah sedar dari koma dahulu.
Tapi
Dia rindu.
Untuk kedua kalinya di Jepun, air jernih keluar dari kelopak mata Fara dan mula mengalir ke pipi.
Fara berpusing membelakangkan Luke.
Dan saat itu, Luke mengalihkan pandangannya dari bukunya dan memandang tepat ke arah Fara yang membelakanginya itu.
What if, he stares at you every time you look away?
Fara memejamkan matanya. Tidak, tidak mungkin Luke berada di Jepun. Luke kini pasti sedang sibuk dengan kerja-kerja di universitinya.
Fikirannya cuba dikosongkan. Mungkin itu hanya ilusi sahaja. Mungkin kerana dia terlalu rindukan Luke. Ya, mungkin.
Tiba-tiba, tika Fara masih memejam matanya rapat, dia terasa kehangatan tubuh seseorang sedang berdiri di hadapannya.
" Luke?" Soal Fara tanpa sedikitpun membuka kelopak matanya. Air mata masih tidak berhenti mengalir.
Tubuh tadi memeluknya erat.
" I miss you. So much." Kata Fara, masih memejamkan matanya. Sejujurnya, Fara takut. Fara takut untuk membuka matanya dan berhadapan dengan Luke.
" Its okay, Fara. Its okay to cry. "
Shit. This is not Luke.
Fara membuka matanya dan melihat gerangan yang masih memeluknya kini.
" Qashaf?"
Qashaf mengesat air mata yang mengalir ke pipi Fara.
" I saw Luke. He's....He's right...." Kata Fara pada Qashaf sambil menunjuk ke arah kerusi kafe yang diduduki oleh Luke sebentar tadi.
" He's right there." Sambung Fara, terkejut apabila bayang Luke sudah tidak kelihatan lagi.
" You miss him. I get that." Jawab Qashaf sambil memandang kerusi kosong yang ditunjuk Fara.
" No! I know what I saw. He was sitting right there! With his messy blonde hair covered with a beanie and his ocean blue eyes striking from the light of the sun. I know its him the moment I saw him."
YOU ARE READING
Gadis Ros Merah Jambu
Genç KurguGadis Ros Merah Jambu (GRMJ) a.k.a nama sebenarnya; Fara Elena iaitu seorang blogger misteri terkenal di Malaysia yang menetap selama 10 tahun di USA, Texas terpaksa berpindah ke tanah airnya atas urusan dan kehendak keluarga. Bertemu pula dengan 'h...