" Fara, bangun Fara, bangun." Kejut Puan Julie perlahan. Tepat jam 5 petang, mereka berempat telahpun selamat tiba di Malaysia.
Fara membuka matanya yang berat. Lehernya yang lenguh diurut lembut.
"Dah sampai ke?" Tanya Fara meminta kepastian dari ibunya.
"Ya, Fara. Dah sampai." Jawab Puan Julie, perlahan.
Fara bangun dari tempat duduknya sambil melihat keadaan didalam kapal terbang tersebut. Ramai yang sedang bersiap untuk turun dari pesawat. Qashaf dan Encik Zarul pula sedang berbual, kedengaran seperti serius, mungkin mengenai bussiness, sangka Fara .
Mereka beratur untuk turun dari pesawat melalui tangga sedia ada. Turunnya mereka dari situ, Fara dan Qashaf pergi mendapatkan beg-beg mereka semua dan diangkut menggunakan troli yang yang memang tersedia.
"Kringgg. Kringgggg."
Telefon bimbit Qashaf berbunyi ketika mereka sedang berjalan beriringan keluar dari lapangan terbang.
"Please, excuse me for a sec." Kata Qashaf sopan sambil tersenyum memandang Encik Zarul, meminta izin untuk menjawab panggilan.
"Hello?" Talian disambungkan.
Diam seketika, menandakan orang di hujung talian sedang bercakap.
"You're already here? Kan aku cakap, tak perlu datang. Aku boleh balik sendiri." Marah Qashaf pada individu yang menghubunginya itu.
" Fine. I'm on my way." Ujar Qashaf lagi, marah. Talian terus dimatikan. Perbualan itu tidak didengari Encik Zarul dan Puan Julie dek kerana terlalu rancak bersembang.
Namun, perbualan yang kurang menyenangkan itu telah menjadi bahan pendengaran sepasang telinga milik Fara Elena.
" Your brother again?" Tanya Fara, lembut. Cuba meneka siapa yang menelefon Qashaf.
" Yes, my Step brother." Jawab Qashaf, memperkuatkan sedikit perkataan Step tersebut.
" You're done?" Tanya Encik Zarul pada Qashaf dan dijawab dengan anggukan kecil sahaja.
" Why mummy tengok korang berdua ni macam close je? Is there's something Mummy and Daddy tak tahu?" Puan Julie pula mengajukan soalan. Tapi kali ini, soalannya kedengaran seperti lain macam.
" Well, we're not that close tho."
" Well, we are close actually."
Jawab Qashaf dan Fara serentak, dengan jawapan yang sangat berbeza. Mereka berpandangan sesama mereka.
" We're not really close." Kata Fara mengalihkan pandangan dari Qashaf, cuba menyatakan perkara sebenar.
" But we will be. " Tambah Qashaf selamba. Fara hanya menjeling manakala kedua ibu bapanya tertawa kecil.
" I really hope you two boleh get along well together. Memandangkan Fara akan take over my bussiness, you will soon partner dengan Qashaf. So, I guess this is a good start." Encik Zarul menjelaskan kepada Fara dan Qashaf. Mereka berdua mengangguk serentak.
Akhirnya, langkah mereka terhenti di tempat tunggu kereta. Kelihatan sebuah kereta mercedes benz dan sebuah lagi kereta honda hrv sedang menanti ketibaan mereka.
Seorang lelaki berumur lingkungan 40an keluar dari kereta mercedes benz tersebut dan berjalan ke arah mereka.
" Selamat kembali, Tan Sri dan Puan Sri. " Ucap lelaki tersebut sambil mengangkat beg mereka untuk diletakkan di dalam bonet.
Seorang lagi lelaki keluar dari kereta honda hrv pula. Tapi kali ini, lelaki tersebut kelihatan agak muda. Wajahnya iras-iras Qashaf. Dia berjalan menuju ke mereka tanpa sedikitpun senyuman di wajah.
YOU ARE READING
Gadis Ros Merah Jambu
Teen FictionGadis Ros Merah Jambu (GRMJ) a.k.a nama sebenarnya; Fara Elena iaitu seorang blogger misteri terkenal di Malaysia yang menetap selama 10 tahun di USA, Texas terpaksa berpindah ke tanah airnya atas urusan dan kehendak keluarga. Bertemu pula dengan 'h...