Nasi Kerabu Daging Bakar

246 5 2
                                    

RESEPI NASI KERABU KELANTAN 😋

Kuah Sambal Tumis Santan
Bahan bahan:
10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak - agak banyak

Cara cara:
Kisar cili, bawang bawang dan halia.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.

Nota:
Kuah biar pekat dan masin sedikit.

Serunding @ Sambal Ikan
Bahan bahan:
1 biji kelapa parut - goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan selayang - rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam

Cara cara:
Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata.

SAMBAL CILI
1/2 kg cili - basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
Kisar kesemuanya.
Sedikit jus perahan lemon

Ulam ulaman
Kobis hijau
Kobis unggu
Kacang botor
Kacang panjang
Bunga kantan
Serai
Daun kesum
Daun selum
1bj cili merah yang dibuang biji
Hiris halus seperti bunga rampai.

*Sedikit taugeh yang dibersihkan.

Nasi
5 pot beras basmati
Air secukupnya
Pewarna biru(atau guna 15 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru)
Serai diketuk
Daun limau purut

Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.

RESEPI DAGING BAKAR

Bahan2
Daging rebus, lepastu potong memanjang. Kemudian perap dengan sedikit lada hitam, garam, serbuk cili dan minyak bijan. Perap selama satu jam kemudian bakar tanpa minyak dengan menggunakan kuali serbaguna.

IKAN SELAYANG GORENG TEPUNG
Bahan2
6 ekor Ikan selayang, dibersihkan dan lumur dengan sedikit kunyit serbuk.
Sedikit tepung Bestari untuk menyalut ikan.
Tidak perlu bahan perasa kerana tepung bestari telah ad semuanya.

Bahan lain:
Keropok goreng
Telur masin
Timun

...............................................................

First time ticer buat nasi kerabu, memang siyes renyah.
Sebabtu nasi ni mahal.
Klu korang nak buat, bleh buat sambal santan n serunding ikan dahulu.. besuknya baru korang buat yang lain.
Tapi siyes sedap, korang ikut resepi yang ticer bagi ni taw.
Ticer cnp kat fb..kredit pada nurul farhanim
Cuma resepi daging bakar tu ticer olah sendiri.
Dekat fb resepi ayam madu ataw korang bleh regukan dengan ayam berempah.
Nak lagi heben tambah solok lada /daging goreng kunyit o paru goreng berlada.

Ok korang,..
Selamat mencuba!!!

Jom Main Masak2 Bersama @sexyams03Where stories live. Discover now