CHICKEN PERATTAL

54 2 0
                                    

JOM MASAK CHICKEN PERATTAL

CHICKEN PERATTAL
******************

BAHAN-BAHAN
Ayam - dipotong kecil
Sebiji tomato
Daun kari sikit
Daun ketumbar (pilihan, tiada pun takpa)
5 biji bawang kecil
5 ulas bawang putih
2 halia saiz ibu jari
1 batang kayu manis
5 buah pelaga
2 bunga lawang
1/2 sudu besar jintan manis
2 1/2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging
1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam

CARA PENYEDIANNYA
1. Kisar bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
2. Kemudian, panaskan kuali dengan minyak dan masukkan buah pelaga, bunga lawang, biji sawi dan jintan manis. Masukkan juga daun kari.
3. Selepas itu, masukkan bahan yang telah dikisar tadi
4. Masukkan sedikit air dan tumis sehingga pecah minyak.
5. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam dan 1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
6. Kacau sebati dan masukkan buah tomato.
7. Masukkan 2 1/2 sudu besar serbuk cili dan 2 sudu besar serbuk kari ayam/daging.
8. Kacau sebati dan masukkan garam. Biar ayam masak dalam api sederhana. Kacau sekali sekala. Jika terlalu kering, boleh tambah air sedikit.
9. Masukkan daun ketumbar. Kacau sebati dan biar masak dalam 5 minit lagi.
10. Siap! Boleh makan dengan nasi panas, capatti, thosai, idly, roti canai, lemang, ketupat. Semua boleh.

SELAMAT MENCUBA 😃

kredit resepi:
sheena supramaniam

**Dah tak taw nak masak ap kan?
So harini I try Indian recipe plak.
Siyes..sedap n simple..👍

Mcm biasa ad sikit yang i add on. Orang pure Melaka ni dorg suka masam2 pedas sikit so i letak yogurt dalam st sudu kalau takde korg bleh je letak sos cili.

Letak la ap yang korg nak letak, ikut selera masing2 pun ok je.. Sape nak marah?..dah korg sendiri yang nak makan kannn..😂

OK, baiii...**

Jom Main Masak2 Bersama @sexyams03Where stories live. Discover now