Rendang Daging Cili Padi Maman

331 7 6
                                    

Rendang Daging CiliPadi Maman adalah 'Signature orang N9', HANYA ada di N9 sahaja. Bahan2 yang mudah dan senang cuma masalah untuk mendapatkan daun maman. Bukan semua tempat ada dan ia bermusim. Manakala pokok maman pula, banyak ditanam secara komersial di Gemencheh N9.

Ok guys, jom kita tengok bahan2 dan cara2 nya;

Ticer bagi bahan utk 1kg Daging...

1kg daging.. Batang pinang korang tak payah rebus tapi klu daging itu dari bahagian tubuh yang lain dan keras korang rebus dan letak sebiji ataw 2biji buah kurma dengan air yang paras daging sahaja. Masak hingga daging empuk.

*Segenggam Cilipadi
*4cm kunyit hidup
*3 batang serai
Semua yang bertanda * diblender halus. Ingat ye untuk masakan orang nismilan memang kena pedas n lemak.

2biji santan pekat
1kg pokok maman, diambil daun nya sahaja.
2 keping asam keping.
Sedikit kerisik (pure nismilan xmasuk terpulang pada korang)

Cara-
Tumis bahan yang diblender halus tadi ke dalam kuali.
Biarkan sebentar dan masukkan pula daging. Masak hingga empuk.
Kemudian, masukkan santan pekat dan asam keping. Kacau biar mesra.
Perasakan.

Setelah santan pekat dan sedikit kering, masukkan daun maman dan sedikit kerisik. Terbalik-balikkan sahaja daun tu dengan sudip..bukan terbalikkan kuali ye..korang jangan nak lurus sangat taw penat plak ticer!!
Lagi satu jangan kacau sangat, nanti rendang tu rasa pahit.

Korang nak rendang kering tunggulah sampai ia bebetul kering.
Klu suka berkuah bleh dah tutup api dapur bila daun maman n daging dah empuk ye..

Note:-
Untuk rendang tahan lama minimalis ataw tidak perlu masukkan air. Hanya gunakan santan pekat.

Rendang ini juga bleh dimasak tanpa tumis seperti rendang biasa yang lain, cuma ticer lebih suka bau tumisan dan juga ia lebih tahan lama.

Ikut mana yang korang suka ea..
Tak perlu nak follow the rules sangat tapi yang penting bahan utama mesti cukup.

Ok korang,..
Cuba jangan tak cuba.

Resepi dari sexyams03

Jom Main Masak2 Bersama @sexyams03Where stories live. Discover now