Mihun Sesukarasa

2.9K 8 15
                                    

Cuaca panas terik yang melanda seluruh nusantara sekarang ni buat ticer lemau jek..
Masak pun xde mood..letih gler!
Balik kerja kena plak masak, so nak mudah, sedap dan pantas.. maka terciptalah resepi ini.

Bahan2 dan caranya;

4 ulas bwg putih
Suku inci halia
5 biji cili padi

Hentak dengan kuat dan ke tepikan.
Jangan dok pikir bebukan ticer tengah siyes ni..😜
Tumis dengan sedikit sahaja minyak masak, tunggu hingga naik bau.

Isi ayam, sedikit udang dan fish cake dimasukkan ke dalam periuk dengan bahan yang telah ditumis wangi tadi.
Kacau hingga sebati, kemudian masukkan 1 sb paste tomyam dan perencah sayur adabi. Kacau lagi.

Apabila nampak bahan-bahan tadi sudah matang, tuangkan air mengikut  citarasa memasing. Kalau nak kuah banyak letak la air banyak taw. Jangan ngengade nak tanya air ape ye, nanti ticer sebat punggung tu. Mestilah air paip ataw air dari mesin penapis korang..!

Setelah kuah korg tu menggelegak, masukkan pula segala sayur yang korang suka seperti brokoli, bunga kobis, carrot, tomato, bwg holand dan cendawan butang. Sayur pun ikut citarasa korang jugak. Sebelum tu basuh dan rendam sayuran korang dalam cuka dan garam. Nanti korang tengok la ap yang kuaw ea..😂

Bila nampak kuah korang menggelegak manja-manja, masukkan 2 helai daun limau purut, mihun yang korang dah toskan dan jangan lupa sayur kangkung kali. Kacau perlahan-lahan dan biarkan ia masak dengan betul.

Sambil tunggu Mihun Reneh Sesukarasa masak, kita sediakan kicap cili potong versi ticer. Ia  sebenarnya penyedap resepi ni.

10 o 15 bji Cili padi dipotong/ hiris
Letak garam n sedikit gula
Air panas.. agak2 byk mana korg nak
Tuangkan kicap..kacau
3 ulas bawang putih diracik
Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak masak goreng bawang putih td sehingga naik bau o berwarna keemasan. Angkat dan toskan minyak, lepastu masukkan ke dlm cili kicap td.
Kemudian, titiskan minyak bijan.
(Klu xde minyak bijan, bleh je amik sikit minyak goreng bawang putih td)

Siap!!!..

Mihun dah masak, bolehlah hidangkan. Akhir kali taburkan bawang goreng..
so ap tunggu lg..
Baca doa makan n selamat menjamu selera...

**Kicap cili potong tu korg bleh je mkn dgn ap jua jenis sup dan juga bubur nasi.

Resepi dari sexyams03

Jom Main Masak2 Bersama @sexyams03Where stories live. Discover now