3

234 12 0
                                    

Fara mundar – mandir di luar bilik air. Sejak pagi tadi, Kai asyik ulang – alik ke bilik air je. Sekejap buang air besar, sekejap muntah! Senang kata, cirit birit!

“Uwerkkkk!”

“Kai! Kau okey tak?” Tanya Fara risau, sesekali bibirnya digigit.

Tidak lama kemudian, Kai keluar dari bilik air bersama wajah yang pucat. Semakin bertambah risau Fara dibuatnya. Dia terus berjalan ke arah Kai, lelaki itu dipapah ke arah katil sebelum dia membantu suaminya itu duduk.

Segelas air disuakan pada mulut Kai. Lelaki itu meneguk beberapa teguk lalu menggeleng. Fara meletakkan gelas tadi ke atas meja lalu membantu Kai baring, badan suaminya diselimutkan.

Dia mengeluh. Rambut Kai dibelai perlahan, dahi suaminya itu dikucup lembut sebelum dia bangun daripada duduk. Kaki dibawa melangkah ke arah balkoni.

“Kenapa Kai tiba – tiba jadi macam tu ea? Semalam elok je. Ke dia ada salah makan? Semalam dia makan apa ea? Dia makan...oh my god!”

Fara menekup mulutnya lalu segera berjalan masuk ke dalam bilik. IPhonenya diambil, nombor seseorang dicari. Sebaik sahaja nombor itu dijumpai, butang call terus ditekan.

“Tut tut...tut tut...”

“Hello?”

“Hello, Wa.”

***

“Kau suruh aku datang ke rumah kau semata – mata untuk rasa masakan kau? Kalau aku tahu, baik aku tidur je dekat rumah tu tau!” Bebel Najwa.

“Alah kau ni, Wa. Tolonglah aku. Semalam, aku masak untuk Kai. Then, pagi ni dia tiba – tiba cirit – birit. Kot – kotlah semua tu berpunca daripada masakan aku, kan?” Ujar Fara.

“Haish, kau ni. Habis tu, macam mana kalau aku pun cirit – birit lepas makan masakan kau ni?” Balas Najwa.

“Alah, Wa. Please.”

“Fine!” Balas Najwa lalu mencapai sudu, lauk yang dimasak oleh Fara dimasukkan ke dalam mulut.

Dia segera mencapai sebuah jag air bersama sebuah gelas. Air terus dituangkan sebelum ia diteguk dengan rakus. Gadis itu terbatuk kecil sebelum nafas lega dihembuskan.

“Ra, apa yang kau masak ni?” Tanya Najwa bersama wajah yang sedikit berkerut.

“Kenapa? Teruk sangat ke?” Tanya Fara.

“Kau rasalah sendiri.”

Fara terus merasa masakannya dengan hujung lidah, terbantuk – batuk dia dibuatnya.

“Ra, kau tak rasa dulu ke sebelum hidang?” Tanya Najwa.

“Tak.” Jawab Fara lalu tersengih, Najwa menepuk dahi.

“Uwerkkk!”

“Kai!” Jerit Fara lalu segera naik ke tingkat atas untuk mendapatkan suaminya.

***

“Doktor cakap apa?” Tanya Najwa sebaik sahaja Fara dan Kai keluar dari bilik doktor.

“Doktor cakap, maybe dia tersalah makan. Or makanan yang dia makan tu tak sesuai dengan perut dia.” Jawab Fara lalu memandang ke arah suaminya.

“Sorry, Kai.” Ucap Fara perlahan, kepalanya ditundukkan.

Kai yang melihat isterinya yang menunduk tersenyum kecil. Kepala Fara digosok perlahan, membuatkan gadis itu mengangkat kepala memandangnya.

“It’s okeylah, bukan salah kau. Atleast, kau dah cuba sediakan makanan untuk aku.” Balas Kai lalu tersenyum.

misi memikat hati encik hubby ✔︎Where stories live. Discover now