8

183 16 0
                                    

Suasana di meja makan riuh - rendah dengan perbualan mereka semua. Masing - masing menceritakan pelbagai pengalaman memandangkan mereka jarang berjumpa.

Namun, tidak bagi Fara dan Kai. Mereka berdua hanya diam tanpa tanpa berbicara sepatah pun.
Bella sedar akan kelakuan pasangan itu, namun dia hanya mendiamkan diri. Masih cuba berfikir cara untuk menegur mereka berdua.

"Fara dah kenyang, kau orang makanlah." Kata Fara lalu terus bangun daripada duduk sebelum dia keluar dari ruangan dapur.

"Kenyang? Tapi, dia tak sentuh pun makanan dia. Dia dah makan ke, Kai?" Tanya Fiqa sambil memandang ke arah menantunya.

"Err, biar Kai pergi tengok dia." Balas lelaki itu.

Dia terus keluar dari ruangan dapur lalu berjalan ke ruang tamu untuk mencari Fara. Namun, kelibat gadis itu langsung tidak kelihatan. Dia berjalan pula ke luar rumah.

Kelihatan gadis itu sedang duduk sambil mengayun perlahan buaian yang terletak tidak jauh daripada rumah ibubapanya. Tanpa Kai sedar, senyuman kecil terukir pada bibirnya sebelum dia berjalan mendekati isterinya itu. Dia berhenti di belakang gadis itu.

"Fara." Panggil Kai perlahan, membuatkan gadis itu berpaling.

"Kenapa?" Pertanyaan Fara membuatkan Kai berjalan ke hadapannya, lelaki itu membongkokkan badannya supaya menyamai kedudukan isterinya.

"Awak nak apa? Pergilah makan. Nanti perut awak masuk angin, siapa yang susah?" Ujar Fara, Kai menggeleng.

"Aku takkan makan selagi kau tak makan." Balas Kai.

"Awak janganlah macam ni. Saya dah kenyang, so tak payah tunggu saya." Kata Fara.

"Aku pun kenyang kalau kau dah kenyang." Balas Fara.

"Awak jangan macam ni. Pergi makan, okey?" Ujar Fara lalu terus bangun daripada buaian.

Gadis itu terus berjalan pergi. Kai pula hanya memandang sebelum keluhan terbit pada bibir. Kenapalah mulut dia berat sangat untuk mengucapkan kata maaf.

"Masalahnya bukan terletak pada mulut kau, Kai. Tapi, kau tu yang ego." Ujar Bella sambil berdiri di tepi abangnya, seakan - akan dapat membaca fikiran lelaki itu.

"Apa yang aku patut buat?" Tanya Kai perlahan.

"Aku tak tahu apa masalah korang dan aku tak akan masuk campur. Kau pandai buat masalah, kau pandai - pandailah tanggung sendiri." Balas Bella lalu terus beredar, Kai mendengus lalu mengusutkan rambutnya dengan kasar.

Stres!

***

"Kita balik sekarang." Kata Kai kepada Fara, tegas.

"Tak nak. Awak balik je sorang, saya nak duduk sini." Balas Fara tanpa memandang Kai.

"Sampai bila kau nak marah aku? Hah?" Ujar Kai.

"Sampai awak sedar apa kesalahan awak." Jawab Fara lalu terus beredar, Kai mengeluh kasar.

Buntu!

"Bro." Panggil Im, Kai berpaling.

"Kalau kau datang nak tambah stres aku, baik kau blah. Aku tak ada mood nak layan." Balas Kai.

"Kai, rendahkan ego kau. Pergi minta maaf dekat Fara. Kau marah dia kot, takkanlah dia tak terasa." Ujar Im.

"Kau tahu?" Tanya Kai.

"Sorry. Tapi, masa aku lalu depan bilik korang semalam, aku terdengar perbualan korang. So, that's it." Terang Im.

"Aku nak buat apa? Bel pun dah tak nak tolong aku." Ujar Kai.

misi memikat hati encik hubby ✔︎Where stories live. Discover now