Fara hanya menatap kosong ke arah laut yang berada di hadapannya. Matanya bengkak akibat terlalu kuat menangis, hidungnya juga masih merah.
Dia mengeluarkan iPhonenya yang telah dimatikan sedari tadi. iPhone tersebut ditatap seketika, sebuah memori bermain di minda.
"Kai, bagilah balik. Saya nak guna." Arah Fara sambil cuba mendapatkan kembali iPhonenya yang telah dirampas oleh suaminya.
"Tak nak! Kau guna untuk stalk mamat - mamat Korea, aku tak izinkan." Balas Kai.
"Alah, biarlah saya nak stalk siapa pun. Bagilah balik." Ujar Fara.
"Try lah ambil kalau boleh!" Kata Kai sambil meninggikan lagi kedudukan iPhone isterinya.
"Ish! Tak baiklah awak ni. Suka usik saya, kan?" Ujar Fara geram.
"Werkk!" Ejek Kai.
Fara mengetap bibir geram. Dia terus melompat sambil cuba mencapai iPhonenya. Namun, lain pula jadinya apabila badannya jatuh ke arah Kai. Badannya terus menghempap badan suaminya itu.
Fara tidak terus bangun, sebaliknya dia hanya mengangkat kepala sebelum memandang wajah Kai. Mata itu ditatap dengan penuh khusyuk.
"Sakitlah!" Adu Fara apabila dahinya tiba - tiba dijentik.
"Kau memang sengaja nak goda aku, kan? Kalau tak nak aku terkam kau, baik kau bangun sekarang." Kata Kai bersama senyuman nakal.
"Gatal!"
Pap!
iPhone tersebut selamat masuk ke dalam laut. Sekali lagi, gadis itu menghamburkan tangisan. Segala kesakitan seakan - akan diluahkan melalui air mata.
"Aku nak benci kau, Kai! Tapi, aku tak boleh! Kenapa aku mesti jatuh cinta dekat kau? Sedangkan kau tak pernah nak cuba untuk cintakan aku!
Kau tahu aku cintakan kau! Tapi! Kau buat - buat tak tahu! Setiap hari aku luahkan rasa cinta! Tapi! Tak pernah sekali pun kau balas!"
"Aku sayang kau, Fara."
"Kenapa kau ungkapkan sayang, sedangkan kau curang? Kenapa kau rasa cemburu, sedangkan hati kau bukan untuk aku?
Kenapa kau lamar aku dan kata kau kahwini aku secara rela, sedangkan hati aku terluka? What is the meaning behind all of that, Qaizeen? Aku benci diri sendiri sebab cintakan kau!"
*****
Tidak lama kemudian, dia berjalan ke arah kereta. Kunci dibuka lalu dia terus masuk ke dalam. Dia memanaskan enjin lalu memandu ke sebuah tempat.
Sebaik sahaja tiba di sebuah kawasan parking, keretanya diparkingkan di situ. Dia memakai mask hitam, dipadankan dengan pakaiannya yang sememangnya serba hitam.
Dia memanjat bangunan menggunakan kemahiran yang dipelajarinya. Setelah satu kilometer daripada tempat parking tadi, dia tiba di sebuah tempat.
Tempat tersebut sukar dijumpai oleh orang ramai kerana lokasinya yang sememangnya tersorok daripada pandangan orang ramai. Tempat yang diberi nama 'Fantastic Night Club' itu menjadi destinasi Fara.
Baru sahaja ingin melangkah ke dalam, lengannya tiba - tiba ditarik oleh seseorang. Fara terus mengunci pergerakannya tanpa melihat wajah orang itu.
"Lepaskan Adam." Arah seorang gadis yang berdiri tidak jauh daripada mereka.
"What? Adam?" Ujar Fara lalu menarik lelaki yang berada di dalam pegangannya ke kawasan yang mempunyai cahaya.
"Awak?" Ujar Fara terkejut sebaik sahaja melihat wajah Adam, lelaki itu terus dilepaskan.
"Macam mana awak boleh cam saya?" Tanya Fara.
"Kitorang perhatikan awak dari dalam kereta lagi. Kitorang cam awak punya mask." Terang gadis itu.
"Are you..."
"Ain. Adam's wife." Ujar Ain.
"Ouh, I see. Nice to meet you." Kata Fara.
"Awak buat apa dekat sini?" Tanya Adam tegas.
"Saya..."
"Fara, I don't know what is your problem. And saya faham kalau awak nak tenangkan diri. But, please. Bukan dekat tempat macam ni." Ujar Ain.
"Listen. Korang dah salah faham ni. Saya datang sini bukan sebab nak release tension. Saya datang nak jumpa kawan saya je." Terang Fara tentang keadaan sebenar.
"Kawan? Kawan awak kerja dekat sini?" Tanya Ain.
"Ha'ah. But, he's a boy. So, takde masalah. Lagipun, dia tak pernah sentuh benda - benda haram. Saya nak bawak jugak dia keluar dari situ. And malam ni jugak saya akan dedahkan tempat ni dekat polis." Terang Fara lagi.
"Saya mintak sangat korang pergi. Nanti, kalau ada yang nampak korang, bahaya." Ujar Fara.
"Tapi, awak..."
"Jangan risau, Ain. Saya tahu apa yang saya buat. Saya pandai jaga diri. And Adam, bawak Ain pergi. Bahaya kalau perempuan cantik macam dia datang dekat tempat - tempat macam ni. Okey, chaw!"
***
"Good job, Kim." Puji General Nik, Ketua Teras Neurology.
Kim? Yes, Fara datang ke Fantastic Night Club sebagai Kim untuk menjalankan misi, bukan untuk berfoya - foya.
"Memang kerja saya, general." Balas Fara.
"Awak pun sama, Ejen Sean. Terima kasih." Puji General Nik kepada kawan yang Fara maksudnya tadi.
Ejen Sean ialah Ejen 12 dari Akademi EXPO. Dia merupakan Ejen Teras Neurology yang masih sedang belajar. Nama sebenarnya ialah Anix.
"Kalau macam tu, saya pergi dulu lah, ya." Pinta General Nik, Anix dan Fara hanya mengangguk.
"Kim, kau okey tak?" Tanya Anix kepada gadis bermask itu.
"Aku okey je."
"Tapi, kau nampak macam ada masalah. Aku tak tahu macam mana dan aku tak nampak muka kau. Tapi, mata kau tunjukkan segalanya."
Fara hanya diam.
"Kim, kita memang tak boleh lari dari masalah. Kalau kita lari pun, masalah tu takkan selesai. Jadi, daripada lari, bukan ke lebih baik kalau kita hadapi?" Petah Anix.
"Thanks, Anix. Apapun, hasil kerja kau bagus. Tak sangka, kau pakar jugak menyamar jadi penjaga kaunter dekat kelab tu."
"Hey, ni Ejen Sean lah."
"Dah lah. kau pergi balik. Perasan je lebih." Arah Fara, Anix mencebik.
***
"Assalamualaikum!"
"Iya! Kejap!"
Tidak lama kemudian, pinta rumah tersebut dibuka oleh seorang gadis. Dia melopong melihat gerangan yang sedang berdiri dihadapan pagar rumahnya.
"Fara!" Jerit gadis itu sambil berlari ke arah Fara.
"Wa." Ujar Fara lalu memeluk Najwa.
"Ra, kau beritahu aku, kau pergi mana? Kau tahu tak, aku risau gila bila Im call aku beritahu kau hilangkan diri. Dah lah phone pun kau off!
Sorry kalau kau rasa serabut dengan soalan aku, tapi aku betul - betul risaukan kau." Bebel Najwa sebaik sahaja pelukan dilepaskan.
"Sokay, Wa. Sorry sebab buat kau risau. And please jangan beritahu sesiapa yang aku ada dekat sini." Pinta Fara.
"Okey, aku janji." Balas Najwa tanpa ragu - ragu.
***
Sad ending or happy ending?
Gomawo for your votes, reads and comments 💗
YOU ARE READING
misi memikat hati encik hubby ✔︎
أدب المراهقين[ the boyz series 2 ] ° sometimes annoying, sometime enjoying ° Perkahwinan yang dijalankan hanya atas dasar cinta sebelah pihak. Namun, tiada istilah kahwin paksa dalam ikatan. Malah, mereka berdua sendiri yang memilih untuk menghalalkan hubungan. ...