"Fara, semua yang dah jadi tu bukan salah kau pun. Janganlah macam ni, dah tiga hari kau tak makan. Badan tu dah kurus kering, tahu tak?" Ujar Najwa dalam nada penuh kerisauan.
"Aku mengaku memang salah aku. Tapi, sekarang ni aku betul - betul kecewa tau. Aku kecewa sangat dengan Kai. Aku tak tahulah berapa lama lagi aku boleh bertahan dengan dia." Ujar Fara bersama air mata yang mulai menitis.
"Fara." Panggil Najwa lembut lalu terus memeluk kawan baiknya itu.
"Fara, dengar cakap aku. Semua yang berlaku tu bukan salah kau. Kau tak minta pun semua tu jadi. Semua tu berlaku atas kehendak Allah. Allah dah susun cantik - cantik jalan hidup kita, kita kena redha." Pesan Najwa sambil menepuk lembut bahu kawan baiknya itu.
"Kau fikir macam tu tapi Kai, tak. Dia orang yang lain pula, aku tak tahu apa yang dia orang fikir pasal aku. Maybe, diorang pun dah benci aku macam mana Kai benci aku." Ujar Fara lalu mula menangis.
"Fara, jangan cakap macam tu. Tak baik." Balas Najwa.
Ding! Dong! Ding! Dong!
"Assalamualaikum!" Ucap seorang lelaki.
"Weh, tu bukan suara Im ke?" Tanya Najwa sambil melepaskan pelukan.
"Wa, janji dengan aku jangan beritahu dia yang aku ada dekat sini. Janji dengan aku, please?" Pinta Fara dengan wajah penuh berharap.
"Assalamualaikum!" Ucap Im lagi.
"Okey - okey, aku janji. Dah, kau pergi masuk bilik. Biar aku yang uruskan." Arah Najwa, Fara mengangguk lalu terus naik ke tingkat atas.
Najwa mengeluh kecil lalu berjalan ke arah pintu. Dia tersenyum kecil ke arah Im sambil berjalan ke arah lelaki itu yang sedang berada di luar pagar.
"Waalaikumussalam. Sorry, Im. Aku tak dengar, aku tengah masak tadi." Ujar Najwa.
"Eh, tak apalah. Aku pun datang tiba - tiba. Ni, pasal Fara. Dia memang tak ada datang jumpa kau ke? Call ke apa?" Tanya Im.
"Sorry lah, Im. Fara memang tak ada datang sini. Aku pun tak tahu dia pergi mana, aku call dia tak jawab." Tipu Najwa.
"Tapi kalau dia ada datang sini, bagitahu dia yang Bel nak jumpa tau. Sebab masa mula - mula Bel bangun, dia terus cari Fara. Dia dah tahu semua yang jadi, sekarang ni pun dia tengah risau pasal Fara." Ujar Im.
"Hmm, okey. Tapi, Bel macam mana?" Tanya Najwa.
"Tipulah kan kalau dia tak terkejut. Dia sedih juga. Tapi alhamdulillah, dia terima semua tu dengan hati yang terbuka. Lagipun, dia kuat. Lebih kuat daripada yang kita bayangkan." Jawab Im lalu tersenyum nipis.
"Aku harap macam tu lah." Balas Najwa.
"Sorry ea kacau kau. Pergilah sambung masak, nanti senang bila dah jadi suri hati aku." Usik Im lalu tersengih nakal.
"Hey, tak payah nak mengada. Siapalah yang nak jadi suri hati dia. Dah lah, bye." Ujar Najwa lalu terus masuk ke dalam, Im hanya mampu ketawa.
Najwa terus naik ke tingkat atas untuk mendapatkan Fara yang berada di dalam biliknya. Fara terus menyerbu ke arah kawan baiknya itu.
"So, how?" Tanya Fara.
"Kau ni kan, disebabkan kau aku terpaksa menipu." Balas Najwa lalu mula menceritakan perbualannya dengan Im sebentar tadi.
"Fara. Aku cadangkan, kau pergi jumpa Bel." Ujar Najwa.
"Tapi, macam mana kalau dia marah aku?" Tanya Fara.
"Ra, dia tak marah kau. Dia risau adalah. Kalau ya pun kau marah dengan Kai, janganlah sampai tak pergi melawat Bel." Ujar Najwa, Fara mengeluh.
"Fine."
***
Ding! Dong! Ding! Dong!
"Assalamualaikum!"
"Waalaikumussalam! Kejap!"
Tidak lama kemudian, pintu dibuka oleh seorang gadis yang menjadi punca kedatangan mereka ke situ. Gadis itu terkejut saat melihat gerangan yang sedang berdiri di hadapan matanya itu.
"Bel." Panggil Fara bersama mata yang mula berair.
"Fara!" Panggil Bella lalu terus memeluk gadis itu.
"Fara, kau tahu tak yang aku risau gila dekat kau?" Ujar Bella sambil memeluk Fara.
"Maafkan aku, Bel." Ucap Fara.
"Jom masuk, Ra. Najwa, jemputlah masuk." Ajak Bella.
Mereka bertiga terus masuk ke dalam, masing - masing melabuhkan duduk di atas sofa. Fara melabuhkan duduk bersebelahan Bella.
"Er, Bel. Aku nak pinjam tandas sekejap." Pinta Najwa.
"Dekat belakang sana. Kau jalan je, nanti jumpalah." Ujar Bella, Najwa terus meminta diri.
"Bel, aku minta maaf sangat - sangat atas apa yang dah jadi dekat kau." Ucap Fara sambil menggenggam erat tangan Bella.
"Ra, bukan salah kau pun. Aku yang salah sebab tak pandai jaga diri." Balas Bella.
"And bukan kau yang patut minta maaf, tapi aku. Disebabkan aku, kau dengan Kai bergaduh teruk. Aku mintak maaf, Ra." Sambung Bella, Fara menggeleng.
"Not your fault."Sekali lagi, mereka berpelukan.
"Kau tak nak jumpa Kai ke?" Tanya Bella sebaik sahaja pelukan dilepaskan.
"Tak nak, Bel. Aku kecewa sangat dengan dia." Balas Fara.
"Ra, aku tahu. Tapi, apa gunanya kau tak nak jumpa dia sedangkan hati kau rindu dia?" Ujar Bella, Fara diam.
"Ra, kalau kau nak tahu. Sejak kau hilangkan diri, Kai langsung tak ada semangat tau. Nasib baik Niel dengan Rian ada untuk tengokkan dia. Izz, Im dengan Lia pun sibuk.
Daddy dengan appa pun ada kerja juga. Mummy pula tolong jaga aku. Kadang - kadang, dia orang datang juga datang jenguk Kai. Dia orang cuba pujuk Kai, tapi Kai nakkan kau je. Dia tak terurus langsung, Ra. Jumpa Kai, please?" Pujuk Bella, tangan Fara digenggam kemas.
"Tak nak, Bel. Kalau aku jumpa dia, makin susah untuk aku teruskan keputusan yang aku dah buat." Balas Fara bersama gelengan.
"Keputusan? Keputusan apa, Ra?" Tanya Bella risau, namun Fara hanya diam.
"Ra, please beritahu aku. Janganlah buat aku takut. Keputusan apa? Hm?" Tanya Bella lagi.
"Bel, aku tahu aku tak patut beritahu kau dengan keadaan kau yang macam ni. Tapi, mungkin kau patut tahu tentang ni." Balas Fara sambil memandang Bella dengan pandangan penuh makna.
"Ya, keputusan tentang apa? Hm?" Tanya Bella, air liur ditelan kerana berdebar.
"Aku nak failkan penceraian."
***
Gomawo for your votes, reads and comments 💗
YOU ARE READING
misi memikat hati encik hubby ✔︎
Fiksi Remaja[ the boyz series 2 ] ° sometimes annoying, sometime enjoying ° Perkahwinan yang dijalankan hanya atas dasar cinta sebelah pihak. Namun, tiada istilah kahwin paksa dalam ikatan. Malah, mereka berdua sendiri yang memilih untuk menghalalkan hubungan. ...