"Kai, makanlah. Kau tak kasihan ke dekat aku? Penat tau aku masak." Pujuk Niel.
"Tak naklah, aku tak nak. Aku nak Fara! Kau faham tak, aku nak Fara!" Balas Kai lalu menyerabaikan rambutnya.
Niel memandang sahabatnya itu dengan pandangan sayu. Dia memandang pula ke arah Rian yang sedang berdiri di muka pintu sambil berpeluk tubuh.
"Kai. Kalau kau tak makan, nanti kau sakit. Macam mana kau nak jumpa Fara kalau kau sakit?" Ujar Rian cuba memujuk, hal yang paling dia lemah.
Kalau diikutkan hati, ingin sekali dia memberikan kata - kata sentap kepada lelaki itu. Namun saat melihatkan keadaan sahabatnya itu, dia kuburkan sahaja niatnya.
Kai hanya mengabaikan Niel dan Rian lalu terus bangun daripada duduk. Dia berjalan keluar dari bilik itu tanpa memandang mereka berdua walau sedikit pun.
"Rian, sampai bila Kai nak jadi macam tu? Cuti kita pun dah nak habis ni. Kalau keadaan Kai terus macam tu, siapa nak jaga dia lepas ni?" Tanya Niel, Rian mengeluh kasar.
Sementara itu, Kai berjalan ke arah bilik Fara yang terletak bersebelahan dengan biliknya. Hanya bilik itulah satu - satunya tempat untuk dia melepaskan rindu terhadap isterinya.
Dia membaringkan diri ke atas katil Fara. Bau Fara masih kekal di situ, membuatkan rasa rindu terhadap gadis itu semakin membuak - buak. Kenangannya bersama gadis itu mula bermain di minda satu persatu.
"Fara, kau dekat mana? Aku rindu. Aku rindu suara kau, ketawa kau. Aku rindu usikan kau, pandangan nakal kau. And aku rindu nak peluk kau. Baliklah, Ra." Ujar Kai sendiri.
Matanya terpandang ke arah meja belajar Fara. Dia terus bangun daripada pembaringan lalu berjalan ke arah meja itu, laci yang terdapat padanya menarik perhatian Kai.
Kunci yang terdapat pada laci itu membuatkan Kai ditimpa rasa ingin tahu yang membuak - buak. Kunci yang terdapat di situ dipulas, membuatkan laci itu terbuka.
Mata Kai terus terhenti pada sebuah buku berkulit tebal dan bersaiz sederhana yang terdapat di situ. Pada muka hadapan buku tersebut tertulis Diary Fara.
Kerana rasa ingin tahu, Kai terus membuka diary tersebut. Namun, hampa apabila tiada apa - apa yang tertulis. Dia turut memeriksa setiap helaian yang seterusnya, namun setiap muka surat hanya diisi dengan helaian yang kosong.
Sehinggalah sehelai kerja terjatuh daripada diary tersebut, Kai terus mengambil kertas itu. Riak terkejut terus terpapar pada wajahnya sebaik sahaja membaca isi yang tertulis di situ.
"Fara..."
Dia terus melangkah keluar dari bilik Fara lalu berjalan ke arah biliknya di mana Niel dan Rian masih kekal di situ. Kedua - dua lelaki itu memandangnya dengan pandangan penuh tertanya - tanya.
"Niel, kau hack iPhone Fara sekarang. Detected location dia!" Arah Kai tegas.
"Kai, aku dah cuba. Tapi..." Kai terus berlalu pergi tanpa sempat Niel menghabiskan ayatnya, Rian pula hanya mampu menggelengkan kepala.
"Kita kena jumpa Im, Izz dengan Lia. Maybe, diorang boleh tolong carikan Fara?" Ujar Rian.
"Aku call diorang sekarang." Putus Niel.
"Walau apapun yang terjadi, kita kena cari Fara secepat yang mungkin. Kali ni, kita kena jadi seserius yang mungkin. Aku dah tak sanggup nak tengok Kai yang dah serupa orang gila tu."
***
"Kau orang dah cari dekat semua tempat ke?" Tanya Rian.
"Ya, aku dah cari." Jawab Lia.
"Aku kasihan sangat tengok si Kai tu. Dah macam orang gila, tahu tak?" Ujar Niel.
"Kalau kau orang sakit hati, dekat mana kau orang akan pergi?" Tanya Izz, mereka semua mula berfikir.
"Tapi kan, korang. Semalam aku ada pergi rumah Najwa tau, kawan baik Fara dekat U." Im membuka cerita.
"Then?" Tanya Lia.
"Najwa kata, Fara tak ada datang. Tapi, aku rasa macam masa aku tengah berbual dengan Najwa tu, ada orang perhatikan kita orang dari rumah Najwa.
Aku pun tengoklah dekat tingkat atas rumah tu, and nampak langsir dekat salah satu bilik bergerak - gerak. Tapi, aku buat - buat bodoh je lah." Cerita Im.
"Then, kau nak beritahu kita orang yang selama ni Fara ada dekat rumah Najwa, tapi Najwa pura - pura tak tahu apa - apa?" Teka Niel.
"Genius!" Balas Im.
"Tunggu apa lagi? Jomlah pergi rumah Najwa." Ujar Lia penuh bersemangat.
"Nak call Bel ke?" Tanya Rian.
"Tak payahlah, biar je dia rehat." Bantah Izz, mereka semua mengangguk akur.
***
Ding! Dong! Ding! Dong!
"Assalamualaikum!"
Najwa yang sedang syok menonton K - Drama terus bangun daripada duduk lalu berjalan ke arah pintu. Dia terus berjalan ke arah pintu pagar.
"Waalaikumussalam. Ya, cari siapa ramai - ramai ni?" Tanya Najwa.
"Najwa." Panggil Im.
"Im? Dia orang ni siapa?" Tanya Najwa.
"Dia orang ni best friend aku dengan Fara."
"Okey. So, kenapa kau orang datang ni?" Tanya Najwa.
"Najwa, jujur dengan aku. Fara ada dekat sini ke tak?" Tanya Im tegas.
"Kan aku dah kata, dia tak ada." Tipu Najwa.
"Wa! Kau buat apa..." Kata - kata Fara terhenti sebaik sahaja melihat sahabat - sahabatnya yang berada di pintu pagar, air liur pahit ditelan.
***
"Ra, dah lah tu. Aku tahu dan aku mengaku Kai tu memang dah melampau. Tapi, takkanlah kau nak salahkan dia sepenuhnya atas apa yang dah terjadi." Ujar Lia.
"Lia, aku dah tak nak cakap apa - apa dah pasal dia. And tak lama lagi, aku akan failkan cerai." Balas Fara tegas.
"What?" Jerit mereka semua yang berada di situ terkejut.
Buk!
Mata mereka semua terus tertumpu ke arah pintu. Kelihatan Bella sedang berdiri di situ, manakala Kai sudah jatuh terduduk.
"Sampai macam tu sekali ke kau bencikan aku?"
Air mata Kai mulai bertakung, Fara hanya diam.
Mereka yang lain terus keluar dengan segera, sengaja ingin memberikan peluang kepada Fara dan Kai untuk berbual secara peribadi."Aku mengaku, aku bukan seorang suami yang baik. Aku mengaku, aku gagal sebagai seorang suami. Tapi aku tak boleh nak nafikan yang aku sayangkan kau, Fara." Ujar Kai.
"Enough, Kai. Aku dah penat dengan semua ni, tak ada gunanya pun. Kau tak akan nampak aku, sampai bila - bila pun kau tak akan cintakan aku. Bagi kau, aku hanyalah sekadar isteri di atas kertas." Kata Fara tanpa riak.
Kai berjalan mendekati Fara sambil menggenggam erat segulung kertas. Ia dihulurkan ke arah Fara tanpa suara, gadis terus mengambilnya tanpa memandang suaminya.
"Apa ni? Surat ce-cerai ke?" Tanya Fara bersama nada suara yang sedikit bergetar sebelum membuka kertas itu.
"Kai, ma-macam mana a-awak jumpa kertas ni?"
***
Gomawo for your votes, reads and comments 💗
YOU ARE READING
misi memikat hati encik hubby ✔︎
Novela Juvenil[ the boyz series 2 ] ° sometimes annoying, sometime enjoying ° Perkahwinan yang dijalankan hanya atas dasar cinta sebelah pihak. Namun, tiada istilah kahwin paksa dalam ikatan. Malah, mereka berdua sendiri yang memilih untuk menghalalkan hubungan. ...