°
Setahun lalu.
"so macam mana?" soal seorang gadis pada rakannya yang baru sahaja sampai di apartmen mereka.
"ala kau jangan risau lah, aku dah tolak dah perkahwinan tu. Terima kasih sebab kau dah tolong aku." ujar Soo-yeong. Rakannya tersenyum manis dan membuka fake pregnant belly.
"kau tak marah kan?" kata Yuju, gadis cantik dengan kulitnya juga putih.
"hey.. Kenapa pula aku nak kena marah kau, kitakan kawan lagipun aku dah ada teman lelaki, kau pula suka Yoongi jadi rasa tak salah kalau kau berterus terang." bicara Soo-yeong.
"eh.. Aku tak rasa dia akan suka aku balik" kata Yuju, Soo-yeong mengeluh sukar dia memujuk rakannya ini sikap rendah dirinya teruk sangat.
"eh.. Kalau tak cuba tak tahu lah, so try test cuba" Yuju ketawa tatkala Soo-yeong melawak. Ternyata Soo-yeong sudah punya pilihan hati.
jadi, Soo-yeong meminta Yuju berlakon untuknya, dan akhirnya perkahwinan itu tidak terjadi. Yuju jatuh cinta pada Yoongi dia berharap kalau dia bisa berterus terang dengan lelaki itu.
Namun apakan daya dia terlalu malu untuk bersua muka dengan Yoongi. Dia kenal dengan Yoongi sejak lelaki itu dengan rakan-rakannya selalu datang lepak ditempat Yuju bekerja.
"malam ni kau kerja?" soal Soo-yeong, Yuju mengangguk.
"jadi ini lah peluang kau untuk raih cinta mr. tampan kau" usik Soo-yeong, Yuju tersenyum malu.
°
Seperti biasa setiap menjelang malam Yuju akan berganti dengan pekerja yang bekerja siang. Dia hanya bekerja pada sif malam pula.
"kenapa dia tak datang ek?"
Yuju melihat-lihat di sekitar kawasan dimana tempat dia bekerja. Masuk sahaja dia lihat seorang rakan kerja yang juga sama dengannya untuk sif malam.
Tiba-tiba sahaja pandangannya kabur dia berjalan ke bilik khas untuk pekerja. Tangannya berpegang pada dinding.
"ah.. Kenapa lagi dengan aku ni" keluh Yuju. Kepalanya sakit rasa ingin muntah pula.
Buk!
Tubuh gadis itu jatuh terjempuk diatas lantai dia tidak dapat menahan dan mengimbangkan badannya.
"eh? Yuju!"
°
Seorang gadis berlari dengan cepat keluar dari sekolahnya dia terkejut mendengar kakaknya dimasukkan ke hospital ini sudah kali yang ke dua dia dimasukkan ke hospital.
"yak! Yuna-ah!" panggil teman Yuna, Choi Yuna.
"aku balik dulu, eonnie aku masuk hospital" kata Yuna.
"aaa.. Hati-hati!!" jerit teman Yuna bila gadis rupanya sebijik seperti sang kakak bermaksud mereka kembar seiras. Yuna berlari mencari teksi dia tidak pernah menggunakan teksi namun ini sudah terlalu terburu. Ibu bapanya sudah menunggu di hospital.
"pakcik tolong hantar saya ke hospital" kata Yuna. Pemandu teksi itu mengangguk lalu menjalankan teksinya.
°
Hospital.
Yuna jalan kearah wad dimana kakaknya berada. Yuna mengetuk pintu wad. Dia membuka pintu wad memperlihatkan sang kakak yang sedang duduk sambil berbual dengan kedua ibu bapa mereka.
"eonnie? Eonnie tak apa-apa?" soal Yuna. Yuju mengangguk.
"eonnie okey lah" jawab Yuju. Yuna duduk di tepi katil hospital.
"kamu ni macam mana boleh keluar dari sekolah?" soal sang bapa. Yuna tersengih.
"sebenarnya... Kita orang dah nak sampai sekolah tadi bila dengar eomma cakap eonnie masuk hospital semalam terus Yuna lari lah ke sini" kata Yuna. Encik Choi mengelengkan kepalanya.
"jadi kamu ponteng sekolah?" soal Encik Choi. Yuna memeluk lengan sang bapa mulalah dia manja dengan bapanya.
"ala..sekali ni je hem, lepas ni Yuna janji takkan ponteng lagi. Eonnie punya pasal lah ni!" rajuknya, Yuju menayangkan wajah kelirunya. Berfikir apakah salahnya.
"bwo?"
"eonnie tak payah kerja malam dah eonnie kan dah kerja pagi kenapa nak kerja malam pula" kata Yuna membebel. Yuju tersengih.
"tak pa, lagipun eonnie selesa kalau bekerja dari duduk rumah bosanlah tak kerja" kata Yuju. Yuna menaikkan keningnya.
"tengoklah! Aish eon-"
"ya, ya.. Sudahlah, kenapa nak kena membebel pula ni? Aish kamu perlu belikan bubur untuk eonnie kamu kat kantin hospital ni" arah Puan Choi. Yuna mengangguk meletakkan beg sekolahnya pada sofa.
Choi Yuna pelajar tahun terakhir tahun ini. Dia berumur 18 tahun, tahun depan dia akan meninjak dewasa. Dia berhasrat ingin memasuki universiti.
Yuna pun keluar dari wad dan berjalan menuju ke kantin. Sampai sahaja di kantin dia lihat kantin tersebut tutup.
"Aik?" Yuna mengeluh seketika kemudian dia keluar dari hospital ingin membeli bubur di luar hospital.
Dah namanya pun hospital keadaan yang tenang dan bau ubat lagi. Yuna lihat tiga buah ambulance yang masuk kedalam perkarangan hospital. Tiga katil bergerak masuk kedalam wad kecemasan tubuh badan mereka penuh dengan luka-luka.
"ya tuhan, mesti diaorang kemalang tadi." ujar Yuna dari jauh. Dia berjalan ke pintu utama hospital. Kemudian tanpa sengaja bahunya berlanggar dengan seseorang. Langsung Yuna berpaling.
"uh? maafkan saya, encik tak apa-apa?" soal Yuna. Dia memandang lelaki yang tingginya sekitar 1.74m.
"maa-" Yuna tidak berucap lagi bila sepasang mata lelaki itu merenungnya. Matanya cantik terpampang namun tampak seperti seorang yang dingin. Matanya seperti boleh membunuh sahaja, garang sangat.
"eh? Orang dah minta maaf, dia boleh abaikan orang saja?" kata Yuna bercakap sendiri bila lelaki itu pergi meninggalkannya. Lelaki itu mungkin pesakit hospital ini dia memakai baju putih dari hospital ini juga kepalanya juga berbalut tidak lupa tangannya turut berbalut.
°
Choi Yuju
YOU ARE READING
I LOVE YOU MR. MILLIONAIRE
RomanceMin Yoongi & Choi Yu-na Min Yoongi, Jutawan muda terkenal dengan sikapnya yang dingin. Ketakutannya menghantui dirinya sejak satu kemalangan yang tidak disengajakan. Namun apakah benar ia tidak disengajakan? Semua orang menunding jari pada Min Yoon...