°
Yoongi sudah bersiap-siap hendak ke pejabat hari ini. Walaupun dia baru sahaja pulang dari Japan semalam dia tidak merasa lelah pun. Dia mahu menyiapkan urusannya dengan cepat. Yoongi sebenarnya ada sedikit susah mengikat tali lehernya.
Selalunya makcik yang berkerja sebagai pembantu rumah Yoongi rela melakukannya buat lelaki berumur 28 tahun ini.
"aish! Aku ni dah tua-tua pun tak reti lagi nak ikat tali leher ni!" kesal dengan dirinya, dari tadi dia cuba mengikat tali lehernya dengan kemas dan rapih.
Tok.. Tok..
"hem.. Masuk!" jawab Yoongi, matanya masih fokus melihat dirinya yang berdepan dengan cermin. Tangannya pula masih mengikat tali leher. Rasa seperti nak saja marah. Takkan benda kecil nak marah kot?.
"nak saya tolong encik Min ikat tali leher tu?" soal Yuna menawarkan pertolongan. Yoongi memandang Yuna dia bercekak pinggang.
"aku kalau boleh nak je aku buang semua tali leher ni! Susah betul!" kata Yoongi geram. Yuna tersenyum.
"meh." Yuna mengangkat kolar baju lelaki itu. Yoongi mengalihkan pandangannya kearah balkoni. Deria baunya mencium wanyian yang digunakan oleh Yuna. Bau vanilla yang menusuk lubang hidung.
Yoongi secara tidak sengaja melirik wajah gadis itu. Ketinggiannya hanya mencecah dada Yoongi sahaja. Pendek.
"dah siap!" kata Yuna dengan tersenyum. Terus mencari coat lelaki itu. Lalu disarungkannnya pada Yoongi.
"kerja elok-elok." pesan Yoongi seperti seorang suami dan isteri namun hakikatnya bukan. Yuna tersengih.
"aku balik nanti pastikan kau dah masak untuk aku." kata Yoongi. Yuna meletakkan tangannya pada dahi umpama seorang tentera memberi penghormatan pada jeneral mereka.
Yoongi mengedipkan matanya berkali-kali. Buang tabiat ke si Yuna ini pasti itu yang di pikir lelaki itu.
°°
Disini pula, Jungkook berdiri tidak jauh dari lif apartmen biasa ini. Dia lihat rumah sewa Yuna dan Hyejin. Wajahnya ditutup menggunakan mask. Kepalanya tersarung topi.
Tangan Jungkook menarik telefon bimbitnya dari poket seluar. Tangannya mencari nombor telefon Seulgi.
"aku tak nampak perempuan tu keluar dari rumah sewa dia." kata Jungkook, matanya masih memerhati kearah rumah sewa tersebut.
"kerja lagi agaknya? Sebab dia kerja malam je?"
"eh! Bodoh, sekarang dah pukul 10 pagi, takkan kerja lagi time ni?" kata Jungkook free-free Seulgi diperbodohkan oleh Jungkook.
YOU ARE READING
I LOVE YOU MR. MILLIONAIRE
RomanceMin Yoongi & Choi Yu-na Min Yoongi, Jutawan muda terkenal dengan sikapnya yang dingin. Ketakutannya menghantui dirinya sejak satu kemalangan yang tidak disengajakan. Namun apakah benar ia tidak disengajakan? Semua orang menunding jari pada Min Yoon...