°
Yuna dapat panggilan dari Namjoon kalau Yoongi masuk hospital sebab semalam dia balik sahaja dari rumah satu dan neneknya terlalu lewat dan Yoongi hampir sahaja terlibat dalam kemalangan. Dan itu adalah kejadian yang membuatnya benar-benar trauma dengan kisah yang sama berlaku pada keluarganya setahun lepas.
"kenapa kau call aku! Kau nak pergi mana pula?" kata Yuna pada Namjoon. Lelaki itu mengaru kepalanya yang tidak gatal. Dia sebenarnya mahu masak untuk Yoongi tetapi dia tidak reti kalau setakat potong-potong bawang itu kerja senang yang pernah dia lakukan.
"kenapa kau tak call je buah hati kau suruh dia tolong kau." bicara Yuna. Namjoon menaikkan keningnya.
"eh.. Takkan kawan sendiri kerja pun kau tak tahu" Yuna menepuk dahinya. Kedengaran kekehan halus dari Yuna.
"takpalah, macam mana dengan kawan kau? Dia okey? " soal Yuna. Namjoon mengangkat bahunya menandakan dia tidak tahu.
"dia nampak macam nak demam saja, dia berpeluh teruk gila" ujar Namjoon, Yuna mengangguk kepalanya.
"yeke? Takpalah biar aku hantar makanan ni dulu." kata Yuna menatang dulang bubur tadi ke bilik Min Yoongi.
"eh! Ni aku nak keluar kejap aku nak kena jemput kawan aku kejap, kereta dia buat hal" ujar Namjoon. Yuna mengangguk.
"tolong aku jaga dia kejap, kau faham-faham lah sendiri dia tu degil sikit nak makan ubat pujuk dia" kata Namjoon. Yuna angguk lagi. Haih? Dah besar pun taknak makan ubat?
"kau pergi lah naik aku dah nak keluar ni, kalau kau perlu apa-apa or jadi apa-apa call saja aku" ujar Namjoon melangkah keluar dari rumah Yoongi.
Perlahan Yuna menolak daun pintu bilik Yoongi, di sebabkan pembantu Yoongi pulang ke kampung halaman semalam tiada siapa yang menjaga lelaki itu disini.
Yuna membungkuk meletakkan dulang makanan tadi diatas meja lampu tidur. Yuna terus memproses betapa dia ingat macam mana rupa Yoongi saat datuknya melihat lelaki dingin dengan pandangan lembut dengan panggilan yang juga menyamankan deria pendengaran.
"encik Min?" panggil Yuna namun masih tidak bergerak lelaki itu. Sekali lagi nama Yoongi di laung lembut serta tepukkan pada bahu lelaki itu. Tidak terlalu kuat namun cukup sekadar menyedarkan lelaki itu dari lenanya tidur.
"Hmm..jangan kacau aku lah!" Yuna yang terkebil mendengarnya, matanya terpejam mulut lelaki itu berbicara.
"encik Min?" panggilan itu suaranya lembut dan kedengaran jelas seperti seorang wanita. Yoongi pantas mencelikkan matanya. Dia terkejut beruk melihat wajah Yuna yang membungkuk meneliti wajah tampan Yoongi.
"argh!" pekik Yoongi berserta Yuna manakan tidak terkejut wanita itu bila Yoongi menjadi dia juga automatik ikut menjerit. Yoongi memandang ruang bilik dimana dia berada.
'eh? Ni bilik aku? Mana celah perempuan ni datang?'
"m-macam mana kau boleh masuk sini? A-aku ta-" Yuna menghidangkan bubur yang dia masak untuk lelaki itu diberikan padanya.
"encik makan lah, lepas tu encik makan ubat ya" kata Yuna. Yoongi memandang bubur yang diletakkan wanita itu diatas pahanya yang masih berselimut.
"kau boleh balik lah, mana Namjoon?" soal Yoongi dingin, tidak dia menghiraukan Yuna yang tetap berdiri di hadapannya.
"encik kena makan habis tau bubur tu, saya masak dengan penuh kasih sayang" kata Yuna, Yoongi mengangguk.
"terima kasih, dah balik-balik!" halau Yoongi. Yuna sedikit pun tidak terasa dia dengar cerita dari Namjoon dan Hyejin si Yoongi ini seorang yang dingin dan kalau dia marah macam kucing. Garang.
Meow!
°
Yuna berjalan masuk kedalam apartemen sederhana yang Hyejin dan Yuna sewa bersama. Memandangkan mereka bekerja di kedai yang sama.
"hai friend!" ceria sahaja Yuna mendekati Hyejin yang sedang ingin melabuhkan punggung di katil miliknya.
"kau kenapa ni seronok je? Ada apa-apa ke... Namjoon kata kau tolong dia jaga Yoongi." kata Hyejin. Yuna mengangguk.
"habis tu.. Apa yang seronok nau sampai tak henti tersenyum ni?" tanya Hyejin.
"aku rasa macam aku akan tetap tolong dia berbaik dengan keluarga dia." ujar Yuna selamba. Hyejin mengeluh puas juga dia dengar perkataan itu, dulu.. Namjoon pun pernah mencuba memujuk kedua hati warga tua itu namun payah dan sulit.
Luka yang sudah mengering sudah pun menjadi parut. Yoongi pula tertekan.
"betul ni? Kalau tak boleh juga macam mana? Aku dengan Namjoon dah cuba banyak kali tak satu habuk pun takda jadi tau!" kata Hyejin. Yuna tersenyum tipis meskipun dia masih belum pasti dia akan cuba. Ini pesanan akhir si kakak sebelum wanita itu menghembus nafas terakhir.
"hmm.. Kenapa tetiba baik nak tolong orang pula ni" usik Hyejin tiba-tiba. Yuna menjeling kearah Hyejin.
"kenapa? Tolong orang kan wajib."
"eh! Tolong ada banyak cara tau! Ada yang tolong semata-mata untuk dapat ganjaran ada yang tolong sebab.... Dah jatuh cinta!" usik Hyejin langsung bangun dari katil dengan kedua keningnya terangkat tnada mengusik wanita yang sekarang berusaha ingin menolong Yoongi.
" diamlah! "merah wajah Yuna kerana dia jujur menyukai lelaki itu sejak awal mereka bertemu. Sifat yang dingin tapi pemalu.
"ha! Tak payah berangan sangat kau pergi mandi busuk lah!!" jerit Hyejin dari dapur walaupun tidak terlalu jauh Hyejin sengaja menaikkan suaranya agar rakannya itu sedar sikit.
Pikir cinta hati ler tu..
°
YOU ARE READING
I LOVE YOU MR. MILLIONAIRE
RomanceMin Yoongi & Choi Yu-na Min Yoongi, Jutawan muda terkenal dengan sikapnya yang dingin. Ketakutannya menghantui dirinya sejak satu kemalangan yang tidak disengajakan. Namun apakah benar ia tidak disengajakan? Semua orang menunding jari pada Min Yoon...