Yoongi duduk didalam bar, dia terus memecut pulang ke Seoul selepas dia dengar berita itu. Dia akan mencari Seulgi. Sekarang orang upahan masih mencari tahu wajah psycho tersebut.
"boss?" panggil seorang lelaki. Yoongi menoleh kepada suara tersebut.
"hem duduk lah. Apa yang kau dapat?" soal Yoongi. Lelaki tadi memberikan Yoongi sekeping sampul coklat.
Yoongi tanpa ragu-ragu membuka sampul tadi. Dia menarik keluar kepingan gambar didalam bila dia lihat, kejut benar dia gambar tersebut adalah lelaki yang sangat dia kenal bahkan dia pernah bertemu dengannya.
"ini Jeon Jungkook?" soal Yoongi. Lelaki itu mengangguk. Yoongi menghempas gambar tadi diatas meja geram dengan diri sendiri.
"dia takda dekat Seoul boss, tadi saya cuba cari dia. Saya cuba untuk jejak dekat mana dia tinggal. Cik Seulgi pun menghilang sejak akhir-akhir ini." kata lelaki itu. Yoongi memandang lelaki itu.
"dia hilang ke mana?" kata Yoongi mengerut wajahnya. Hampa lelaki itu juga tidak tahu.
"keluarga dia cuba mencari dia menerusi polis tetap sahaja sukar. Tapi menurut siasatan polis dia pergi ke sebuah bar bersama dengan seorang lelaki. Dan saya belum pasti itu jungkook atau bukan. Sebab lelaki itu tampak sedikit tua. " ujarnya. Yoongi berdecih.
"menjijikan."
"kau report je lah tentang Jungkook ini, sebab aku pasti dia akan balik bila-bila mana sahaja. " kata Yoongi. Lelaki itu mengangguk.
✘
Yuna disini pula bersendirian, dia berjaya mencari datuk dan nenek Yoongi. Dia sekarang berada disini. Dia memegang telefonnya menanti Yoongi menelefonnya.
Namun semakin dia menanti semakin hampa dia. Lelaki itu tidak menelefonnya atau bahkan menghantar pesanan padanya.
Yuna perlahan mengeluh dia tidak nak buat apa lagi, apakah Yoonhi betul-betul tidak mempedulikannya?.
"kenapa tak masuk? Dah malam ni sejuk kat luar ni cu. Meh la masuk." ujar Nenek Yoongi. Yuna hanya tersenyum sahaja.
Mereka sama-sama masuk kedalam rumah ruangannya sedang-sedang luas. Seusai untuk tinggal berdua.
"kamu tunggu siapa kat luar? Dari tadi nenek tengok kamu asyik belek-belek telefon." ujar Nenek Yoongi.
Yuna memandang wajah wanita tua itu lalu bibirnya membentuk senyuman manis.
"ya.. Saya tunggu kekasih saya call. Tapi dia nampak macam tak perduli." dukaku. Nenek Yoongi tersenyum.
"siapa nama dia?" soalnya.
"dia cucu nenek. Mim Yoongi" jawab Yuna, dia pandang wajah wanita tua itu. Riaknya tadi tersenyum kini berubah tegang.
"em.. Kamu minum la, jangan lama-lama ya dah lewat malam ni tidur la esok pagi kamu telefon lagi dia." kata Nenek Yoongi. Datuk Yoongi sudah lama lena.
YOU ARE READING
I LOVE YOU MR. MILLIONAIRE
RomanceMin Yoongi & Choi Yu-na Min Yoongi, Jutawan muda terkenal dengan sikapnya yang dingin. Ketakutannya menghantui dirinya sejak satu kemalangan yang tidak disengajakan. Namun apakah benar ia tidak disengajakan? Semua orang menunding jari pada Min Yoon...