E I G H T

11 2 0
                                    

°

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

°

M. Y COMPANY.

Yoongi berjalan dengan tenang sambil kedua tangannya berada didalam poket seluarnya.

"hai baby!" sapa satu suara terperanjat Yoongi bila kulitnya bersentuhan dengan satu lagi kulit yang lembut seperti wanita. Yoongi berpaling dia lihat Seulgi lah yang menghampirinya dan memeluk lengan lelaki dingin itu.

Menyatukan jemari mereka, tidak pula Yoongi menolak namun dia memang seperti ini. Lepas tu bila berita keluar pasal dia bercinta dengan Seulgi tak suka pula dia lepas tu layan pula minah kepoh ni.

"kau buat apa kat sini?"

"I belum breakfast Yoongi... Jom temankan I please..." manja saja bunyi Seulgi memujuk Yoongi. Lelaki itu jelas terkalah goda Yoongi. Wajahnya memerah menahan diri dari mengatakan tidak pada gadis itu.

"ak-"

"Namjoon?" Yoongi lihat Namjoon yang berdiri tidak jauh dari mereka berdua sambil menunjukkan ke pergelangan tangannya memberi isyarat pada Yoongi kalau dah lambat. Meski pun lelaki itu bukan bekerja di syarikat Yoongi namun mereka sudah berjanji mahu keluar sarapan bersama.

"it's okey, aku keluar dengan Namjoon ada kerja sikit." kata Yoongi meleraikan pegangan tangan mereka. Langkah kaki Yoongi mendekati Namjoon kemudian terkaku bila dia lihat sosok tubuh yang pernah dia lihat setahun lalu.

Dan wanita itu adalah Yuna, dia juga yang menjaga Yoongi semalam. Memaksa lelaki itu agar menelan ubat demam.

"kau buat apa kat sini?" kata Yoongi menatap Yuna. Wanita itu mengedipkan matanya polos sahaja wajahnya.

"ha..kau berdua naik satu kereta, tunggu kat restoran aku nak jemput Hyejin jap." kata Namjoon. Yuna mengerut dahinya.

"bwo!?" serentak dua insan itu tatkala Namjoon seakan memberi peluang untuk mereka kenal satu sama lain.

"ha.. Aku pergi dulu ingat aku ada benda nak bincang." kata Namjoon berjalan keluar dari syarikat rakannya itu. Mata Yoongi menjeling tajam kearah Namjoon.

"Namjoon pergi mana tu?" Yoongi pantas menoleh. Dia dengar suara Seulgi dari belakangnya.

"Seulgi? I thought you dah pergi tadi" kata Yoongi dia memandang tangan Seulgi yang mencapai tali lehernya. Dia benci perempuan tetapi mengapa jiwanya kalah dengan belaian lembut Seulgi.

Dia memang dingin tetapi dia juga manusia yang polos dia juga mampu tergoda dengan godaan perempuan.

"I join you guys boleh?" tanya Seulgi. Dia kemudian memandang wajah yang turut memandang Yoongi dan Seulgi.

Sontak Seulgi terkejut, matanya terbuntang seakan tidak percaya apa yang dia lihat. Wanita ini -

"d-do I know you? Did you know me?" kata Seulgi dia tetapkan pandangannya terkejut dengan apa yang dia lihat.

"no.. I don't-"

'bukan ke perempuan dah mati?? Ma-'

Kelu tanpa kata, Seulgi beralih semula memandang Yoongi. Lelaki itu menayangkan wajah bersahaja di depan Seulgi dan Yuna. Tak mahu masuk campur malas!

"I-I balik dulu lah, if you free we'll have a date hem?" kata Seulgi mengoda Yoongi dengan mengusap lengan lelaki itu. Yoongi mengangguk terpaksa walaupun sebenarnya dia rimas dengan belaian itu.

Sosok tubuh Seulgi berjalan meninggalkan mereka berdua. Pantas Seulgi menarik telefon pintarnya dari beg tangannya. Mencari nombor yang dia mahu dail.

"yah! Kenapa perempuan tu masih hidup!!? Kau dah betul-betul bunuh dia ke!?" gertak Seulgi.

"betullah.. Aku dah buat macam apa yang suruh aku seksa dia persis kau minta."

"yah! Dia masih hidup lagi jungkook, dia boleh tersenyum pula. Kau betul ke kau dah bunuh dia"

Jungkook lelaki itu yang bersubahat dengan Seulgi. Dia diupah oleh Seulgi untuk membunuh.

"eh.. Aku bunuh kau pula nanti kang! Aku dah bunuh dia lah! Kau kena bagi aku duit kalau kau nak aku hapus kan dia lagi"

"no..aku nak siasat dulu siapa dia. Dan macam mana dia boleh hidup lagi. Aku nak tahu apa dia buat dengan Yoongi. Aku taknak mereka bersama!" kata Seulgi. Dia benci akan Yuju dia tidak pernah tahu kalau Yuju mempunyai kembar serupa. Yuna bukan yang senang-senang mempercayai orang dan dia tidak mudah berputus asa, Yuju pula polos dan terlalu baik hingga dia sendiri teraniaya.

Jeon Jungkook pula psychopath yang tergilakan Yuju sejak dia dikenalkan oleh Seulgi padanya hanya untuk sebatas kerja. Namun psychopath itu jatuh cinta hingga dia obess dengan Yuju.

Tetapi dia tahu kalau Yuju tidak menyukainya dia lebih sukakan Yoongi. Dan sejak itulah Jungkook menyiksa batinnya.

Dia suka mendengar suara tangisan Yuju merayu untuk dilepaskan oleh Jungkook. Rahsia besar yang disembunyikan oleh Seulgi dan Jungkook berkenaan dengan kematian orang tua Yoongi dan kematian Yuju. Hanya mereka sahaja yang tahu.


°

Kafe.

Yoongi resah berlama dengan Yuna dia dapat mengawal diri dari terus memerhati wajah cantik itu. Sesekali dia merenung wajah Yuna.

Tiba-tiba Yoongi langsung panik bila Yuna berpaling membalas pandangan Yoongi.

Yoongi melarikan wajahnya memandang kearah lain. Jatuh saham bila dia berlagak macho tiba-tiba tak jadi pula!

"encik Min pernah bercinta?" pelik, Yuna juga pelik dengan soalan dia. Dia juga buntu mahu menjawab apa dia kekok dengan suasana sepi antara mereka.

"tak" singkat Yoongi. Yuna tersenyum tiba-tiba senyumnya kecut. Teringat akan wanita yang tadi memeluk lengan Yoongi.

"siapa perempuan tadi?" tanya Yuna lembut, Aik?

Yoongi memandang Yuna, dia meneka kalau wanita dihadapannya itu nampak pelik. Padahal mereka baru sahaja mengenali satu sama Yuna bertanya seakan mereka bercinta dan sekarang mereka dalam situasi pasangan kekasih yang bergaduh kerana ada orang ketiga..

Yoongi tersenyum sumbing. Dia sudah mengagak.

"kau suka aku ke?" tanpa segan silu lagi Yuna mengangguk bila soalan itu ditanyakan padanya. Yoongi menaikkan keningnya pandangan matanya tertuju pada mata cantik milik Yuna.

'boleh gila aku!' detus hati Yoongi. Dia mana pernah jumpa perempuan yang dengan sekaligus tanpa segan silu pula mengangguk ya bila dia tanya begitu.

"awak?" panggil Yuna. Raut wajah Yoongi yang masih panik bila suara lembut itu menegurnya.

'aduh apahal dengan aku ni!! Aku tak pernah macam ni!!'

"Encik Min?" panggil Yuna ketawa. Dia tahu kalau lelaki itu panik bila mengangguk tadi. Yuna tidak suka menyimpan perasan, takut melepas pula kan? Tak salah kan? Jujur?

"nampak macam terhegeh" ucap Yoongi perlahan namun dapat didengari oleh Yuna. Mata lelaki itu menunjukkan dia seorang yang susah di tafsirkan. Perubahan sikapnya susah diketahui.

"saya tak peduli lagipun tak salah kalau jujur, itu bukan terhegeh encik min, itu namanya jujur" kata Yuna dengan senyuman manisnya.

"jangan jumpa cik seulgi lagi tau! Saya cemburu" kata Yuna saja mahu mengusik Yoongi. Yoongi terperanjat dengan kata-kata Yuna.

Terlepas tawa Yuna. Dia tersenyum.

"encik Min ni takda lah garang sangat tapi comel"

I LOVE YOU MR. MILLIONAIREWhere stories live. Discover now