33

3K 278 229
                                    

jadi, kita skip kan sekejap. malam mula tiba selepas seharian aku buat kerja. maksud aku, semua lah buat kerja but kita cuba fokuskan kat aku sekejap.

macam biasa, rumah aku kalau buat kenduri ke apa (?) of course lah kenduri tu bukan takat siang je. and orang ramai pun bukan datang siang je guys tapi malam pun diaorang still lagi datang. ingat nak juga lah berehat sekejap tapi along pulak kacau line.

bilik aku yang kat tingkat atas jadi mangsa. aku ingat awal tu nak memberontak lah sekejap sebab aku baru je nak berehat tapi bila along bagitahu yang dia nak tidurkan Ryan, terus aku pelawa masuk. ye lah macam mana budak nak tidur kat bawah kalau tetamu yang lain sembang kuat.

shawl yang sentiasa aku sangkut belakang pintu aku capai. bagitahu along yang aku nak lepak belakang rumah dulu sebelum aku keluar bilik lepas along dah angguk. turun bawah tu, aku terus salam tetamu yang sebahagian tu aku kenal. senyuman kekok terus terukir bila diaorang tanya pasal Jaehyun. aku jadi blur sebab tak sangka diaorang nak tanya tiba-tiba. umi di sebelah aku pandang dengan wajah -apa-Nurul-nak-jawab?-

umi nampak macam tak faham dengan riak wajah yang aku beri. so tak de pilihan lain, aku pun buat-buat batuk cakap yang aku tercekik kuih even tak de pun umi jamu kuih kat diaorang.

and sampai je dapur lepas dah lari selaju yang boleh (?) aku senyum sorang-sorang sambil hembus nafas. Ayu yang tengah buat air aku pandang. act Ayu tengah membelakangi aku sekarang. terus terlintas plan jahat nak terkejut kan Ayu. slow-slow aku hampiri Ayu sebab tak nak ada bunyi even tho masa aku turun tangga tadi pun aku rasa Ayu boleh dengar. aku pun berdiri kat belakang Ayu sebab nak dia terkejut tu masa pusing tapi sekali dia pusing- okay aku menyesal sekejap.

bukan Ayu guys but Ika! yaa Ika yang korang cari kat chapter lepas. perasaan menyesal masih lagi tak hilang sebab aku silap nak beracah terkejut dengan perempuan ni and satu lagi kenapa aku tak boleh nak cam Ayu?

" tepi lahh! " tak macam drama lain yang selalu watak jahat akan jadi baik. perangai Ika still lagi tak berubah. tahu yang aku kat belakang dia ni, kasar dia langgar bahu aku. nasib baik lah aku dah biasa kena dengan perempuan ni. so bila dia tolak tu tak de lah aku terus jatuh sebab aku sempat stabilkan diri.

cawan dia letak atas dulang. jelas aku dengar dia tengah merengus kasar. Ika peluk tubuh sebelum pusing tengok aku.

" Jaehyun mana? " soal Ika.

aku angkat bahu tanda tak tahu.

" aku tahu kau tahu. bagitahu aku mana Jaehyun? "

" masalahnya aku tak tahu " jawab aku kasar. benda aku tak tahu yang kau nak paksa ni kenapa?

" ohh lupa lah. orang tu kan dah kena cerai, kan? mana lah dia nak tahu suami ehh bekas suami dia kat mana " dah kalau jahat kan, sambil dia cakap tu of course lah dengan muka minta penampar. senyuman yang aku tak tahu kut ada yang suka dengan senyuman Ika tapi sumpah aku benci tengok.

" sokayy, at least aku tak kahwin dengan orang tua " balas aku selamba.

berubah terus muka Ika. pandangan marah diberi. sekejap dia jeling aku sekejap dia merengus. entah lah mungkin tengah fikir ayat nak cakap kat aku kut.

" aku sumpah yang aku akan musnahkan hidup kau, perempuan "

" okayy " aku angguk beberapa kali. penat nak dengar ayat sama yang diulang.

" dan aku sumpah... aku akan pastikan yang Jaehyun akan jadi milik aku "

" hmm ye lah. ambik-ambik " aku angguk lagi. jalan lepasi Ika dan buka almari. cawan aku keluarkan lepastu pusing. maybe masa aku ambil cawan ni, Ika follow aku kut sebab bila aku pusing dia memang dah ada kat belakang aku. tangan kiri Ika angkat tinggi (?) baru je nak tampar aku, nama Ika dipanggil kuat. serentak kitaorang tengok gerangan yang panggil tu.

[✔] ʙᴇ ǫᴜɪᴇᴛ ᴅᴏɴᴛ ᴄʀʏ 2Where stories live. Discover now