phone aku letak atas kabinet dapur. tengok jam yang tergantung sebelum kaki aku melangkah ke dapur dan aku masak air. lagi 15 minit Jaehyun balik. sambil tunggu air masak, aku buka peti ais. keluarkan ayam lepastu tutup peti ais semula.
alang-alang Jaehyun nak balik kerja ni, baik aku masak je. aku pula tak pergi kerja harini. tak makan masa yang lama (?) ayam pun memang dah siap potong and dah basuh, aku pun bersungguh-sungguhlah buat ayam masak merah.
jujur aku cakap, aku kurang dalam bab masak ni. nak kata sedap tu hmm aku pun tak sure tapi tak pernah lagi lah ada yang cakap tak sedap. maybe bagi korang of course lah tak cakap sebab nak jaga perasaan aku kan. jadi aku cuba bagi Haechan rasa masakan aku sebab budak ni memang jujur gila. and time tu dia langsung tak bagi komen apa. jadi aku pun anggap lah masakan aku beshe-beshe je.
aku skip je lah, takkan nak cerita the whole aku buat ayam masak merah ni. dah siap bancuh air and letak atas meja makan. aku terus cuci kuali, pinggan dengan sudip yang aku guna tadi sebelum melangkah ke ruang tamu semula. baru je nak duduk, pintu rumah diketuk dari luar.
ohh sebelum aku lupa, Ayu dan Haechan baru je balik. aku ajak juga lah diaorang tidur kat sini tadi. boleh lah jadi peneman sekejap atau lebih kepada aku nak diaorang tengok perangai Ika tapi Ayu bagitahu yang dia pula kerja esok. nak tinggal Haechan memang tak lah sebab budak ni lusa dah exam.
so aku pun pasrah je lah. but sempat bagitahu diaorang untuk datang rumah aku jumaat depan. okay berbalik pada tadi, dengar je pintu rumah diketuk, laju aku lari buka pintu. tersembul lah wajah Jaehyun yang aku tunggu dan Ika yang berdiri kat belakang. serentak tu mata aku jatuh pada plastik yang dipegang Ika. malas nak soal jadi aku ambil beg yang Jaehyun hulur.
" nah untuk akak " baru nak follow Jaehyun dari belakang, Ika halang jalan aku dan angkat plastik yang tadi aku tengok dia pegang. Jaehyun pun berhenti sekali dan toleh tengok kami berdua.
aku sambut huluran Ika.
" apa ni? "
" lauk untuk akak " Ika beri senyuman kat aku and macam biasa aku tak balas.
lauk?
wait.. takkan diaorang makan kat luar kut?
" saya baru je masak " aku tengok Jaehyun. dia nampak terkejut bila aku bagitahu yang aku masak tu.
" lauk tu awak simpan je lah se... "
kata-kata Jaehyun dipotong Ika.
" sebab Ika dengan abang Jaehyun dah pergi makan tadi "
aku telan liur. bersungguh aku masak tadi, boleh pula dia pergi makan dengan perempuan ni. yee memang aku tak bagitahu dia yang aku nak masak tapi kenapa dia pun tak boleh ke nak mesej aku kata pergi makan dengan perempuan ni!?
kalau aku tahu nak jadi macam ni, baik aku tak payah masak. baik aku makan je dulu dari tadi. baik aku tak tunggu dia balik.
plastik yang aku pegang ni aku letak atas sofa. tengok Ika sekilas dan pandang Jaehyun lama sebelum aku ke dapur, ambil phone dan berlalu naik atas.
kau simpan lah lauk tu sendiri!!!
dah naik atas tu, masuk je bilik aku baling beg Jaehyun atas katil. contact umi aku cari. aku rasa aku memang dah tak tahan nak hadap benda ni. aku kena bagitahu umi juga kali ni.
faham je lah bila tengah marah ni contact yang aku cari pula tak jumpa, memang bertambah lah marah aku. sekali dengan phone aku campak atas katil. rambut aku serabutkan.
perasan yang pintu bilik dikuak dari luar, aku angkat kepala. siapa lagi kalau bukan Jaehyun. dia tengok aku, aku tengok dia.
" awak dah makan ke? "
" belum " jawab aku sepatah. phone dan beg Jaehyun kat belakang atas katil aku ambil semula. kang dia kata macam aku tunjuk perasaan pulak.
" kenapa tak makan? buat penat je kitaorang beli kat awak "
" habis penat saya masak awak tak fikir? " aku soal dia balik.
" lauk tu boleh je awak simpan lepastu esok awak panaskan kita makan lah sama-sama "
" yee memang boleh panaskan tapi at least awak bagitahu lah saya yang awak nak makan dengan perempuan tu kat luar. tak de lah saya nak masak banyak-banyak " dahi aku berkerut.
" okay jom kita makan "
" tak payah " aku jeling dia. memang tak lah aku nak pergi makan dengan keadaan sekarang.
" orang dah ajak tak nak pulak " dia jalan lepasi aku. jam tangan dia letak atas meja sebelum tie dibuka.
" kalau awak duduk tempat saya pun, awak tak nak kan? "
" kalau saya, saya okay je "
°°
YOU ARE READING
[✔] ʙᴇ ǫᴜɪᴇᴛ ᴅᴏɴᴛ ᴄʀʏ 2
Short Story" ᴀᴋᴀᴋ ʙᴀɢɪ ʟᴀʜ ᴀʙᴀɴɢ ᴊᴀᴇʜʏᴜɴ ᴅᴇᴋᴀᴛ ɪᴋᴀ " " ᴋᴀᴛ ᴍᴀᴛᴀ ᴅɪᴀ ʜᴀɴʏᴀ ᴀᴅᴀ ʟᴀᴋɪ ᴋᴀᴜ. ᴅɪᴀ ᴅᴀʜ ᴛᴀᴋ ᴛᴇɴɢᴏᴋ ʟᴀᴋɪ ʟᴀɪɴ " " ʙᴀʟɪᴋ-ʙᴀʟɪᴋ sᴀʏᴀ ᴛᴇɴɢᴏᴋ ɪᴋᴀ ʏᴀɴɢ ʙᴀɪᴋ ᴅᴀʀɪ ᴀᴡᴀᴋ " sᴛᴀʀᴛ : 𝟶𝟺𝟶𝟿𝟸𝟶 ᴇɴᴅ : 040321 ©ʏᴇᴏʀᴇᴏʙᴜɴ-