" Nurul sekejap! bagi saya explain dulu " dihalang aku yang baru nak masuk bilik. aku dah tayang muka malas nak dengar explain dia.
" explain apa lagi? " aku langgar bahu Jaehyun sebelum masuk bilik. tunggu dia nak bagi aku jalan, aku rasa mau sampai esok aku berdiri kat sini.
kek yang aku bawa dari tadi aku letak atas meja kecil. duduk sila atas katil sebelum hirup susu kotak yang aku pegang. Jaehyun pula, of course follow aku dari belakang. awal tu dia duduk sebelah aku. tahu yang aku buat donno, dia duduk bercangkuk pula kat depan aku.
yang aku pula okay je mula tu tapi bila Jaehyun tengok je setiap gerak geri aku, aku jadi tak boleh nak duduk diam atau lebih kepada tak boleh nak makan dan minum dengan aman.
aku mengeluh sebelum soal dia.
" awak nak apa? "
" nak awak "
terhenti sekejap kunyahan aku lepas dengar jawapan dia.
" tak lawak "
" tak lawak pun awak terkejut juga. entah-entah suka "
aku tak balas apa-apa bila dia sengih kat aku. entah lah mungkin lenguh, Jaehyun yang tadi bercangkuk terus duduk tengok aku. mestilah dengan senyuman yang dah lama aku tak tengok.
" saya tak boleh nak makan kalau awak tengok macam ni " aku bangun. tak jangan risau, aku bukan nak lari ke apa. aku cuma nak ambil air yang memang aku dah sedia awal-awal dalam bilik ni. minum susu banyak ni buatkan aku jadi macam nak muntah.
" teman saya makan " dia jongket kening kat aku berulang kali.
" awak dah makan dengan Ika kan tadi? "
" tak, saya tak makan dengan dia pun "
" habis yang dia cakap awak pergi makan dengan dia tu apa? "
Jaehyun mengeluh. rambut dikuak kebelakang.
" sumpah! saya tak pergi makan dengan dia pun. kitaorang cuma... tak bukan kitaorang tapi dia. dia ajak saya pergi beli barang dapur lepastu kitaorang terus balik "
terus dahi aku berkerut.
" barang dapur? "
Jaehyun angguk.
" bukan saya dah beli ke? saya tak rasa dah habis sebab dia bukan masak banyak pun, kan? "
Jaehyun diam.
haa nampak?
tak boleh nak jawab soalan aku.
tapi serious lah, barang dapur apa dia nak beli tho. minggu ni pun dia masak dua kali je. itu pun Jaehyun dengan dia je yang makan. aku pulak makan luar. nak kata sarapan pagi tu Ika masak apa je. benda biasa macam roti dengan bihun. kut masak nasi dengan lauk ke boleh lagi aku terima kata nak pergi barang dapur.
and selama dia duduk sini pun, aku sorang je yang pergi beli. tak pernah dia nak volunteer diri kata nak pergi beli ke apa.
" mana saya tahu. dia yang nak pergi beli "
aku duduk semula atas katil lepas dah jeling kat Jaehyun. apa punya jawapan lah yang dia bagi.
" jom lah teman saya makan " kali ni dia pula yang bangun.
malas nak bagi respon apa tapi sempat aku tengok muka dia yang berkerut. macam nak marah pun ada.
" saya tak larat. awak pergi lah ma- yahhh! "
nak tak nak dengan pasrah, aku follow juga Jaehyun dari belakang bila selamba je phone, kek dengan air kotak yang tadi aku bawah (?) dia ambil dan keluar bilik.
YOU ARE READING
[✔] ʙᴇ ǫᴜɪᴇᴛ ᴅᴏɴᴛ ᴄʀʏ 2
Short Story" ᴀᴋᴀᴋ ʙᴀɢɪ ʟᴀʜ ᴀʙᴀɴɢ ᴊᴀᴇʜʏᴜɴ ᴅᴇᴋᴀᴛ ɪᴋᴀ " " ᴋᴀᴛ ᴍᴀᴛᴀ ᴅɪᴀ ʜᴀɴʏᴀ ᴀᴅᴀ ʟᴀᴋɪ ᴋᴀᴜ. ᴅɪᴀ ᴅᴀʜ ᴛᴀᴋ ᴛᴇɴɢᴏᴋ ʟᴀᴋɪ ʟᴀɪɴ " " ʙᴀʟɪᴋ-ʙᴀʟɪᴋ sᴀʏᴀ ᴛᴇɴɢᴏᴋ ɪᴋᴀ ʏᴀɴɢ ʙᴀɪᴋ ᴅᴀʀɪ ᴀᴡᴀᴋ " sᴛᴀʀᴛ : 𝟶𝟺𝟶𝟿𝟸𝟶 ᴇɴᴅ : 040321 ©ʏᴇᴏʀᴇᴏʙᴜɴ-