Malam itu, Soobin kembali mengamuk. Vase kaca dibalingnya dengan kasar ke dinding. Bahkan, perhiasan-perhiasan mahal yang tersusun di atas meja ditolaknya sehingga jatuh dan pecah di atas lantai. Rumah mewah itu bertukar tunggang langgang dalam sekelip mata.
Hueningkai hanya berdiri beberapa meter dari situ. Sorot matanya sayu melihat tindakan tidak terkawal dari Soobin. Melihat barang-barang berharga di rumah itu hancur berkecai membuatkan hatinya juga seakan-akan ikut hancur.
Mana tidaknya, dia mengambil masa selama 2 jam untuk mengemas ruang tamu itu. Tetapi Soobin hanya memerlukan masa sebanyak 3 saat untuk memusnahkan semuanya.
"Cukup, Hyung ! "
Soobin jatuh terduduk, air matanya deras mengalir membasahi pipi. Isakan pilu mula terdengar memenuhi ruangan itu.
"Hiks Kenapa, Junmi? Kenapa kau buat aku macam ni?"
Hueningkai hanya mendiamkan diri sahaja. Sejujurnya, dia juga berasa iba dengan nasib Soobin. Semua ini tidak akan terjadi jika Soobin tidak membaca kad jemputan pertunangan Junmi dengan seorang lelaki bernama Jeon Jungkook, pelakon terkenal yang sering muncul di televisyen.
Sepatutnya, Hueningkai lebih cepat membakar kad jemputan itu sebelum kad itu jatuh ke tangan Soobin. Lagipon, apa motif Junmi menjemput Soobin hadir ke majlis pertunangannya selepas membuang Soobin secara tragis 5 tahun lepas? Memikirkan itu membuatkan Hueningkai semakin membenci gadis itu.
"Sudahlah, Hyung. Tolonglah lupakan dia! Dia tu dah sah-sah perempuan yang pentingkan rupa. Dia malu ada boyfriend hodoh macam Hyung, sebab tu dia tinggalkan Hyung! Kenapa Hyung bodoh sangat? Lupakan dia, buat hidup baru! "
Soobin masih terisak. Tangannya meremas kain seluar, menahan rasa sesak di dada. Hueningkai mengeluh. Kemudian dia turut duduk di atas lantai, mengusap lembut tubuh lelaki yang masih bergetar itu dari belakang.
"Hyung, Tuhan takdirkan hyung untuk kemalangan tepat sehari sebelum korang menikah. Tuhan cuba nak tunjukkan yang Junmi bukan perempuan baik untuk Hyung. Dia tak ikhlas berhubungan dengan Hyung pon sebelum ni. Hyung layak dapat perempuan yang lebih baik daripada dia."
Senyuman tipis muncul di wajah Hueningkai sebaik sahaja melihat tangisan Soobin semakin mereda.
"Hyung masih layak dapat happy ending. Jangan putus asa."
.
.
Pukul tiga pagi, Sunoo terjaga dari tidurnya. Dahinya sedikit berkerut apabila melihat cahaya terang dari luar yang disuluh ke arah tingkap biliknya. Dengan cepat, dia turun dari katil lalu menghampiri tingkap biliknya.
Tingkap dibukanya dengan luas, memperlihatkan rakan-rakannya sedang berdiri di luar rumah sambil memegang lampu suluh.
"Cepatlah! " marah Sunghoon separuh berbisik. Sunoo mengangguk lalu menutup tingkap biliknya rapat. Kakinya berlari ke arah bilik Minseo yang berada bersebelahan dengan biliknya.
Pintu yang tidak tertutup rapat itu ditolaknya perlahan. Wajah tenang Minseo ketika tidur dipandangnya lama. Tiba-tiba muncul rasa bersalah untuk menipu kakaknya.
Dia kembali menutup pintu bilik Minseo. Setelah yakin dengan keputusan yang dibuat, Sunoo terus berlari ke arah pintu utama.
"Yah, kau ni asal lambat sangat? Dah 30 minit kitaorang tunggu! " marah Jay dengan berbisik sebaik sahaja melihat Sunoo baru keluar dari rumah.
"Sorry, Sunoo tertidur." Sunoo menunduk.
"Okay, sudah. Dengar sini, sama macam plan kita kat sekolah tadi. Kita akan pergi rumah monster tu ! Kita rakam suasana dalam rumah tu, lepastu upload kat youtube. Confirm dapat banyak viewers memandangkan ramai yang curious apa yang ada dalam rumah itu."
KAMU SEDANG MEMBACA
because disney say so ; soobin √
FanfictionKalau cerita pasal happy ending, semua orang nak. Tapi tak semua orang boleh dapat. Begitu juga dengan Choi Soobin, yang sanggup melakukan apa sahaja agar Minseo tidak meninggalkannya. ⚠️ 15+ | cringe namatey, nak nangis aku bila baca balik. Start...