Kertas-kertas dicampak dengan geram lalu tangan besarnya mengetuk meja untuk melepaskan kesesalan yang dirasai. Melihat Dragon J mengamuk, anak-anak buahnya terus berdiri tegak manakala mangsa tahanannya sudah menangis katakutan.
"Macam mana anak-anak buah aku kat Gangnam boleh kena tangkap dengan polis? Habis semua perempuan yang aku jual dengan dadah-dadah tu sekali kena rampas!"
Dragon J semakin geram. Rasanya aktiviti gelap mereka sudah ditutupi dengan rapi. Sudah bertahun-tahun dia menggerakkan perdagangan haramnya ini, tetapi tidak pernah sekali pon tertangkap polis.
"Polis lebih maju kedepan, seolah-olah dia dah tahu semua plan kita. Jangan-jangan ada pengintip dalam ahli kita." tambah RB, orang kanannya.
Dragon J mendengus. Dia memandang satu persatu anak buahnya yang sedang berdiri tegak tanda penghormatan.
"Dengar sini baik-baik, kalau betul lah apa yang RB cakap tu. Aku akan pastikan mana-mana ahli yang mencurigakan mati sebelum sempat dia keluar dari gudang ni! "
RB tersenyum tipis mendengar amaran Dragon J.
"Kang Terry, mana anak-anak keluarga Kim tu? Bila kau nak bawa diaorang kat aku? " soal Dragon J. Nada suaranya sudah sedikit tenang, dia duduk di atas kerusi lalu memicit batang hidungnya.
"Nanti. Saya masih tunggu masa yang sesuai." jawab Taehyun datar.
"Masa sesuai tu bila? Dah berapa lama kitaorang tunggu, tapi langsung tak ada perkembangan! Jangan-jangan kau yang pembelot! " RB tiba-tiba menyerang Taehyun, tubuh lelaki itu ditolak terus ke tembok lalu dicekik.
"Kim Minseo, dia dikelilingi orang yang terpandang kat korea. Kalau aku tak berhati-hati, habis terbongkar lah organisasi kita. Kau nak benda tu berlaku? " jawab Taehyun tenang. RB semakin geram apabila Taehyun menjawab, leher lelaki itu dicekik semakin kuat tetapi Taehyun langsung tak menunjukkan sebarang reaksi.
"Lagi satu, kalau kau lupa. Perempuan tu aku yang bawa. " Taehyun menjeling sekilas ke arah seorang gadis yang sedang diikat disudut ruangan. "-aku tak kan membelot. Tapi kalau perasan, kau tu yang tak pernah buat kerja. Entah-entah kau yang laporkan benda ni dekat polis."
RB mengeraskan rahangnya. "Aku tak buat kerja sebab aku orang kanan boss." bisiknya geram.
"Dah! lepaskan dia. Betul juga kata dia, jangan terburu-buru sangat. " potong Dragon J. RB terus melepaskan leher Taehyun. Taehyun jatuh terduduk.
"Tapi ingat kalau aku dapat tahu ada mata-mata polis dalam ni, hukumannya cuma satu iaitu mati."
.
."Sunoo, cepat makan. Nanti lambat pergi sekolah." kata Beomgyu apabila melihat budak jagaannya masih duduk termenung di atas meja makan, sambil memainkan nasi goreng di atas pinggan dengan Sudu.
"Kenapa? Hyung masak tak sedap eh? Sorry lah, selama ni Yeonjun yang masak, hyung tolong makan je. Tapi entahlah dia tu, sejak kebelakangan ni asyik tak de kat rumah je-" bebel Beomgyu sambil mengikat tali lehernya sendiri di hadapan cermin. Selepas menghantar Sunoo ke sekolah, dia akan terus ke syarikat.
Sunoo menggeleng lemah. "Se-sedap, cuma Sunoo tak nak pergi sekolah."
Pergerakan tangan Beomgyu terhenti, dia menoleh ke arah kanak-kanak itu.
"Kenapa? Ada masalah? "
"Entahlah, semua yang Sunoo buat semuanya salah. Kawan-kawan Sunoo jauhkan diri dari Sunoo. Sunoo pura-pura okay kat depan noona, tapi sekarang noona pon dah tak de. Noona kata eomma ngan appa ada kerja kat Amerika, tapi kenapa diaorang tak pernah tanya khabar Sunoo langsung? Semua orang tak sayang Sunoo eh? "
KAMU SEDANG MEMBACA
because disney say so ; soobin √
FanficKalau cerita pasal happy ending, semua orang nak. Tapi tak semua orang boleh dapat. Begitu juga dengan Choi Soobin, yang sanggup melakukan apa sahaja agar Minseo tidak meninggalkannya. ⚠️ 15+ | cringe namatey, nak nangis aku bila baca balik. Start...