Paginya, bangunan terbiar itu menjadi sibuk. Tali kuning tergantung di sepanjang kawasan siasatan. Kereta polis, ambulans dan bomba memenuhi kawasan itu. Wartawan-wartawan juga tidak melepaskan peluang untuk merakam dan menyiarkan berita ini.
Yeonjun berdiri tidak jauh dari situ, matanya hanya menatap lurus kearah pasukan keselamatan yang sedang bertungkus lumus membawa mayat-mayat keluar dari bangunan separuh siap itu.
"Mayat-mayat tu semua adalah orang yang tak dapat bayar hutang Wild Hogs."
Yeonjun menoleh, menatap lelaki berhoodie hitam di sebelahnya dengan kerutan di dahi.
"Wild - apa? "
"Itu-" Kang Taehyun terkekeh sebelum kembali bersuara. "-cuma panggilan yang polis buat untuk diaorang."
Yeonjun terdiam, lalu menatap kembali ke hadapan. Fikirannya sudah pon melayang entah kemana-mana. Dia tidak menyangka lelaki berambut merah ini merupakan seorang polis yang sedang dalam penyamaran. Awalnya, dia tidak percaya. Tetapi setelah Taehyun menunjukkan kad identiti polisnya, barulah Yeonjun percaya. Hampir sahaja dia melepaskan peluru pada kepala Taehyun semalam.
Taehyun juga sudah berusia 26 tahun, bukan 18. Jadi benarlah tekaan Yeonjun selama ini, lelaki ini memang memalsukan datanya.
"Tapi kenapa aku tak pernah dengar kes ni? Tak kan tak de satu pon keluarga mangsa buat report polis pasal kehilangan diaorang? Polis tak buat kerja eh?"
"Itulah masalahnya. Wild Hogs lebih cepat bertindak sebelum sempat diaorang nak buat report. Diaorang akan diculik. Selalunya kalau ahli keluarga perempuan akan dijual ke bar, kanak-kanak dijual organ, lelaki pulak akan dipaksa jadi keldai dadah."
"-nampak? Diaorang dapat untung banyak. Dari hutang je, diaorang dapat kembangkan bisnes diaorang. Walaupun tak de yang buat report , polis tetap dapat jejak diaorang. That's why aku jadi mata-mata polis. Aku bekerja dengan diaorang tapi dalam masa yang sama aku bagi info kat polis."
"Aku pon semalam baru je jumpa tempat ni." terang Taehyun. Dia semalam secara tidak sengaja mendengar perbualan Dragon J dan RB mengenai tempat pembuangan mayat. Sebab tu dia ke sini, dia tidak menyangka pula akan bertemu dengan Yeonjun.
"Jadi apa yang kau tunggu lagi? Kau dah jumpa tempat ni, so tangkap je lah babi babi tu sekarang. Kau nak tunggu berapa ramai lagi yang mati? " soal Yeonjun kesal. Taehyun menghela nafas.
"Masih ada yang aku kena cari."
Yeonjun terdiam. Dia cuma merisaukan keadaan Minseo sahaja. Dia tidak dapat membayangkan jika gadis itu dijual di bar dan disentuh oleh lelaki-lelaki tidak bermoral di luar sana. Membayangkannya sahaja boleh membuatkan hati Yeonjun panas terbakar.
"Taehyun, kenapa kau buat semua ni? Kau tahu kan kerja kau ni bahaya? Bila-bila masa je penyamaran kau boleh terbongkar."
"Aku tahu."
Taehyun tersenyum miris. Dia mungkin telah memalsukan semua datanya tetapi kisah yang pernah dia ceritakan kepada Minseo itu adalah benar dan bukanlah satu kebohongan.
"-aku buat semua ni untuk eomma aku. Tu je."
.
.Minseo diam terpaku, mulut ditutup dengan menggunakan tapak tangan. Air mata jatuh mengalir membasahi pipi apabila melihat berita yang baru sahaja disiarkan di televisyen itu.
"Eomma... Appa... "
Lidahnya kelu melihat gambar kedua-dua ibubapanya yang sempat dia berikan kepada polis tempoh hari sedang dipaparkan sebagai salah satu identiti mayat yang telah ditemukan.
KAMU SEDANG MEMBACA
because disney say so ; soobin √
FanfictionKalau cerita pasal happy ending, semua orang nak. Tapi tak semua orang boleh dapat. Begitu juga dengan Choi Soobin, yang sanggup melakukan apa sahaja agar Minseo tidak meninggalkannya. ⚠️ 15+ | cringe namatey, nak nangis aku bila baca balik. Start...