fifteen

162 47 43
                                    

Seorang pengawal keselamatan meronda-ronda di kawasan belakang sekolah seorang diri. Langit mendung, menandakan hujan akan turun sebentar nanti. Walaupun baru pukul 4 petang, tetapi langit seolah-olah menunjukkan sekarang adalah pukul 7 petang.

Lampu suluh dihalakan pada lorong yang dilaluinya.

"Hiksss-" suara orang menangis membuatkan langkah pengawal keselamatan itu terhenti.

Bunyi tangisan itu sungguh perlahan dan menyeramkan membuatkan bulu roma pengawal keselamatan itu meremang.

"Siapa pula yang menangis petang-petang macam ni?" tegurnya takut-takut. Mana tidaknya, dulu pernah tersebar satu cerita tentang seorang guru yang pengsan selepas melihat satu makhluk menyeramkan yang sedang bertenggek di atas singki tandas.

Awalnya dia tidak mempercayai gosip itu, tetapi apabila mendengar tangisan yang begitu pilu ini dia tiba-tiba teringat semula pada kisah itu.

"Hiks, tolong..."

Ditambah lagi, suara itu sedang meminta tolong membuatkan pengawal keselamatan itu ingin cepat-cepat beredar dari kawasan itu.

"Ahjussi, adik saya belum balik rumah. Kalau ahjussi jumpa dia, tolong call saya. Tolong sangat-sangat. Saya dah tak tahu nak cari dia kat mana."

Suara seorang perempuan tiba-tiba terlintas di ingatannya. Memang betul, lebih kurang sejam yang lalu ada seorang gadis dengan muka yang sembab menangis datang kepadanya. Tapi dia hanya menjawab yang sekolah ini sudah benar-benar kosong sejak pukul 2 tadi.

Dengan berani, dia masuk ke dalam tandas. Dia yakin suara itu berpunca dari kanak-kanak yang hilang itu. Satu pintu tandas yang terkunci dari luar menarik perhatian nya. Tanpa membuang masa, dia terus membuka pintu itu.

Benar dugaannya, di dalam sana terdapat seorang kanak-kanak lelaki yang sudah tertidur sambil memeluk kedua-dua lututnya, walau begitu mulutnya masih mengeluarkan sisa tangisan.

.
.

Soobin berdiri di luar bilik Minseo. Matanya sayu memandang ke arah dua beradik yang sedang tidur sambil berpelukan itu. Mata gadis itu sedikit bengkak kerana tidak boleh berhenti menangis apabila melihat keadaan adiknya.

Sunoo pulang dalam keadaan yang basah kuyup. Tubuhnya menggigil kesejukan, dalam masa yang sama suhu tubuh kanak-kanak itu meningkat naik diserang demam panas. Ditambah lagi, kanak-kanak itu langsung tidak mahu menceritakan hal sebenar kepada Minseo.

Bila ditanya, dia akan menjawab yang dia terkunci sendiri di dalam tandas dan itu membuatkan Minseo semakin sedih. Sudah jelas, Sunoo dibuli! Bajunya kotor dan basah disiram air longkang.

Soobin mendekati Minseo perlahan-lahan. Selepas gadis itu menangis di dalam telefon ketika menceritakan tentang adiknya, Soobin dan Hueningkai terus bergegas ke rumah gadis itu.

Rambut yang menutupi wajah Minseo disisir ketepi. Wajah gadis yang sedang terlelap itu ditenungnya lama. Masih ada kerutan di dahi Minseo menandakan dia tidur dalam keadaan yang tidak tenang.

Sekarang dia faham, budak lelaki itu begitu berharga bagi Minseo, jika Sunoo terluka secara tidak langsung Minseo juga akan ikut terluka.

Dan siapa yang membuat Minseo terluka bermaksud dia berurusan dengan Choi Soobin.

.
.

"Park Sunghoon! "

Sunghoon yang ketika itu sedang berbual dengan kawan-kawannya di bawah pondok terus menolehkan kepalanya ke arah sumber suara. Dahinya berkerut melihat Jake sedang berdiri seorang diri di sana sambil memandang mereka semua dengan tatapan tajam.

because disney say so ; soobin √Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang