eleven

188 50 116
                                    

Cuaca hari ini begitu terik. Matahari sudah pon terpacak tinggi di atas kepala. Hueningkai mengesat peluh yang mengalir dari dahinya dengan sebelah tangan, manakala sebelah tangannya lagi digunakan untuk menyidai baju.

Sudah dua hari, semenjak pergaduhan di antara Soobin dan Minseo berlaku. Selama itu juga gadis itu sudah tidak menampakkan wajahnya di rumah ini. Jelas yang gadis itu masih marah, lagipon Soobin sendiri yang menghalau Minseo keluar.

Hueningkai tidak mahu masuk campur, sudah jelas salah hyungnya sendiri yang tidak pandai mengawal emosi.

"Ye eomma, tak lama pon. Petang nanti Jia balik lah! "

Suara seorang gadis menarik perhatian Hueningkai. Dia menoleh dan melihat Song Jia, anak perempuan kepada janda yang sering mengganggunya itu sedang menyarung high heels nya di depan pintu rumah.

Dari pemakaiannya, Huening yakin yang Jia mempunyai temu janji dengan seseorang. Lagipon, itu bukan urusannya. Jadi, Hueningkai terus menyambung aktivitinya menyidai baju.

"Kau tu cakap je balik petang, nanti tengah malam baru sampai rumah!"

Jia hanya mendengus mendengar jeritan ibunya. Walaupun ibunya masih berada di dalam rumah dan dia sudah pon menutup pintu dengan rapat, suara puan song tetap terdengar jelas. Bahkan, Jia yakin jiran-jiran pon mendengarnya.

"Bising betul. Padahal aku nak study kat library dengan kawan-kawan je." bebel Jia sendiri. Jia merupakan pelajar universiti, jadi dia perlu menyiapkan tugasan sebelum tarikh yang ditetapkan bersama rakan-rakannya di library.

Jia membuka pagar rumahnya, entah kenapa matanya terus bertemu dengan mata milik jiran depan rumahnya yang sedang menyidai baju.

"Ke-kenapa dia tengok aku macam tu?" soal Jia sebelum cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke tepi.

Kalau tidak salah, dia lah lelaki yang sering disebutkan ibunya. Tampan tetapi wajahnya jelas menunjukkan yang lelaki itu bukan berasal dari Korea.

"Cantik sangat ke aku ni sampai dia tak berkedip tengok aku?" monolog Jia. Dengan pipi yang memerah malu, dia terus menapak pergi dari situ. Kawannya sudah berjanji untuk menjemputnya di bustop 10 minit lagi.

Hueningkai terdiam melihat pemergian Jia. Sebelah bibirnya dijungkitkan seolah-olah mempamerkan reaksi jijik.

"Kenapa dia pandang aku macam tu? Tak pernah tengok abang hot sidai baju ke? "

Kepala digelengkan laju. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia boleh melihat gadis itu tadi. Kebetulan sahaja dia menoleh kearah pagar rumah puan Song ketika itu.

Hueningkai mengibas selimut putih dengan kuat sebelum menyidainya. Tanpa sedar dia tersenyum kecil.

"Tapi cantik juga."

.
.

"Jadi awak Kang Taehyun?" soal Minseo sebaik sahaja membaca data pesakit yang duduk dihadapannya sekarang. Nampaknya, pesakitnya kali ini masih pelajar sekolah menengah.

"-saya Kim Minseo. Awak boleh panggil saya psikiater Kim. "

Lelaki itu mengangguk. Kepala ditundukkan ke bawah, dia memainkan jari-jari tanganya menahan gugup. Dia tidak berani menatap wajah Minseo. Padahal waktu kali pertama mereka bertemu gadis itu terlihat sungguh ramah. Tetapi sekarang wajah gadis itu sangat serius.

Apa kerana dia bergaduh dengan teman lelakinya yang waktu itu bersama dengannya?

"Maaf, saya tak beberapa nak sihat harini." ujar Minseo tiba-tiba seolah-olah dapat membaca fikiran Taehyun. Taehyun terus mengangkat kepalanya.

because disney say so ; soobin √Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang