FLASHBACK
"Hiks, eomma." seorang kanak-kanak lelaki duduk di sudut biliknya dengan ketakutan. Kedua-dua lututnya dipeluk erat, air mata dari tadi tidak henti-henti mengalir membasahi pipi putihnya itu.
"Oppa, sa-sakit! Maafkan saya, saya janji tak buat lagi."
Suara ibunya meminta dan merayu terus menerus menyapa gegendang telinganya.
"Maafkan? Kau tu dah memalukan aku kat depan semua kawan-kawan bisnes aku! Kat mana aku nak letak muka aku lepas ni? Kahwin dengan perempuan sampah macam kau ni adalah kesalahan paling besar yang aku pernah buat!"
Tubuh ibunya disebat menggunakan tali pinggang tanpa henti. Pemandangan ini sudah terbiasa dilihatnya. Memang setiap hari ibunya akan dipukul ayah bahkan jika wanita itu melakukan kesalahan sekecil zarah sekalipun. Nak dipendekkan kata, ibu menjadi tempat ayah melampiaskan kemarahan.
Memang dari awal, perkahwinan mereka bukan disebabkan cinta.
Kanak-kanak lelaki itu menangis. Kedua-dua telinganya ditutup dengan menggunakan tapak tangan, matanya juga dipejam rapat, tidak sanggup melihat ibunya didera sebegitu oleh bapa kandungnya sendiri.
Malam itu, entah kali keberapa tali pinggang itu menyentuh tubuh ibunya. Yang pasti, akhirnya wanita itu sudah terbaring lemah di atas lantai. 'Dia' yang ketika itu masih berusia 8 tahun, terus berlari ke arah ibunya.
"Eomma hiks. Eomma tak apa-apa?"
Wanita itu membuka matanya, tersenyum lembut seolah-olah mengatakan yang dia baik-baik sahaja sekarang walaupun telah dilibas tali pinggang .
"Sa-sayang, dah siapkan kerja sekolah? Eomma dengar e-esok ka-kamu ada exam."
Dengan cepat 'dia' mengangguk laju, air mata dari tadi tidak kunjung-kunjung berhenti melihat keadaan ibunya. Walaupun sedang menderita wanita itu tetap mengambil berat padanya.
Lelaki itu, lelaki yang dibencinya selama ini masih berdiri disitu, memandang ibu dan anak itu dengan tatapan angkuh dan jijik. Sebelum tiba-tiba dia mencengkam rahang kanak-kanak itu dan memaksanya untuk berdiri.
"Hiks, appa... Sakit."
"Dengar sini baik-baik, Choi Soobin... Perempuan tak dicipta untuk melengkapi lelaki tetapi dicipta untuk menyembah lelaki. Kau, jangan sesekali nampak lemah kat depan kaum hina ni. Tunjukkan siapa yang lebih berkuasa."
END FLASHBACK
.
.
."Amboi unnie, dari tadi senyum-senyum sendiri." sakat Hyemi sambil membawa dua cawan americano masuk ke dalam ruangan Minseo. Minseo yang ketika itu sedang menyiapkan laporan pesakit hanya ketawa.
Melihat reaksi dari Minseo, Hyemi terus mendekatkan diri pada gadis itu. Sempat juga dia memeriksa kiri kanan untuk memastikan tiada orang lain di dalam ruangan ini.
"-dia dah confess ke? " bisik Hyemi seolah-olah sedang bergosip.
"Confess apa? Siapa?"
"Alah unnie, janganlah buat-buat tak tahu. Lelaki yang datang tadi tu. Dah sah-sah dia memang suka unnie."
Minseo tersenyum kecil. "Tak, kitaorang makan je tadi."
"Tipu! Dah tu kenapa senyum-senyum dari tadi?"
Minseo terdiam. Tak kan dia nak bagitahu punca kebahagiaannya hari ini adalah kerana menerima seutas rantai yang dijumpai Yeonjun di tong sampah , walaupun dia memang sudah tahu Yeonjun yang membelinya sendiri. Lelaki itu terlalu malu untuk mengaku.
KAMU SEDANG MEMBACA
because disney say so ; soobin √
FanficKalau cerita pasal happy ending, semua orang nak. Tapi tak semua orang boleh dapat. Begitu juga dengan Choi Soobin, yang sanggup melakukan apa sahaja agar Minseo tidak meninggalkannya. ⚠️ 15+ | cringe namatey, nak nangis aku bila baca balik. Start...