"Atas kebenaran siapa kau bawa dia masuk dalam rumah aku?!"
"Please lah hyung, dia nak jumpa hyung."
"Aku tak nak jumpa dia! Kau faham bahasa ke tidak?"
Minseo yang berada di luar hanya mampu terdiam mendengar pertengkaran kecil diantara Soobin dan Hueningkai di dalam bilik. Dia mengigit bibirnya resah. Dia sendiri tidak tahu apa motifnya untuk berkata demikian tadi. Perkataan itu tiba-tiba sahaja keluar dari mulutnya, mungkin kerana Minseo sudah lama tertanya-tanya sendiri bagaimana rupa sebenar 'monster' yang sering disebut-sebut orang awam itu.
Pintu bilik tiba-tiba terbuka membuatkan lamunan Minseo pecah. Dia terus berdiri tegak apabila melihat Hueningkai disana.
"Ah Huening, saya nak balik. Sunoo dah tunggu lama sangat kat rumah. Pasal, Soobin tu... Lupakan! Saya tak serius pon pasal nak jumpa dia tadi. Maaf kalau saya mengganggu."
Minseo dengan cepat membongkokkan tubuhnya tanda minta maaf. Hueningkai mengerutkan sedikit dahinya apabila melihat Minseo seakan terburu-buru untuk pulang ke rumah.
Baru setapak Minseo ingin melangkah pergi, Hueningkai lebih cepat menarik lengan Minseo membuatkan pergerakan gadis itu terhenti.
"Awak dah nak balik? Penat tau saya pujuk Soobin untuk jumpa dengan awak."
"N-nae?" Minseo mengerutkan dahinya, sedikit tak faham dengan apa yang cuba disampaikan lelaki dihadapannya ini.
"Soobin hyung nak jumpa awak. Dia dah tunggu awak kat dalam bilik."
.
.Minseo menarik nafasnya dalam apabila melihat sosok lelaki sedang melukis dengan membelakanginya. Lelaki berambut hitam itu sedang ralit melukis, entah sedar atau tidak dengan kehadirannya disini.
"Soo-Soobin... "
Terasa dipanggil, Soobin menghentikan tangannya dari menggerakkan berus lukisan.
"... Saya kakak kepada budak lelaki yang buat kekacauan kat rumah awak pagi tadi. Saya nak minta maaf bagi pihak adik saya. Saya harap awak tak marahkan dia lagi."
"Hm." gumam Soobin sebagai balasan sebelum menyambung semula aktiviti melukisnya.
Dia langsung tidak tertarik untuk memusingkan tubuhnya kebelakang dan menatap wajah gadis yang sudah berani menjejakkan kaki ke dalam biliknya itu.
Minseo menarik nafas lega. Rupanya, lelaki ini tidak lah begitu menakutkan sama seperti yang diceritakan orang lain. Kini, Minseo lebih berani untuk melangkah menghampiri Soobin.
Dengan jelas, dia dapat melihat wajah gadis di dalam lukisan Soobin. Cantik dan manis! Wajahnya juga sama dengan wajah gadis di dalam gambar yang digantungkan di ruang tamu tadi.
"Cantiknya, pandai awak lukis."
Sekali lagi, pergerakan tangan Soobin terhenti. Tapi kali ini, penuh dengan amarah. Berus lukisan yang berada di tangan digenggam dengan kuat.
"Bukan urusan kau."
"Soobin-ssi, macam ni ke awak ucap terima kasih pada orang yang dah puji bakat awak? Awak patut cakap gu-ma-wo. " ucap Minseo dengan ramah seolah-olah sedang mengajar di sekolah tadika. Soobin berdecih sinis.
"Aku tak rasa itu pujian, jadi keluar dari bilik aku! "
Minseo menggeleng kecil. Dia merupakan psikiater, jadi dia memang dilatih dan mempunyai pengalaman untuk menguruskan orang seperti Soobin ini.
"Choi Soobin! Saya Kim Minseo. Bermula hari ni, kita kawan. Okey?"
Ucapan ini mungkin terdengar biasa bagi orang lain, tapi bagi lelaki yang sudah mengasingkan diri dari dunia luar selama lima tahun dan cuma pernah berbual bersama Hueningkai, ucapan itu terdengar sangat asing di telinganya.
KAMU SEDANG MEMBACA
because disney say so ; soobin √
FanfictionKalau cerita pasal happy ending, semua orang nak. Tapi tak semua orang boleh dapat. Begitu juga dengan Choi Soobin, yang sanggup melakukan apa sahaja agar Minseo tidak meninggalkannya. ⚠️ 15+ | cringe namatey, nak nangis aku bila baca balik. Start...