four

207 55 118
                                    

Mereka berenam melarikan diri menuju ke taman permainan berdekatan. Sebaik sahaja tiba di sana, mereka semua terus bersembunyi di belakang gelongsor besar. Heeseung mengeluarkan sedikit kepalanya dari situ untuk meninjau keadaan.

"A-aku rasa kita dah selamat. Monster tu tak kejar kita." Bisik Heeseung sebaik sahaja tidak melihat sesiapa pon di kawasan itu. Taman itu sunyi sepi memandangkan sekarang sudah memasuki jam 4 pagi. Hanya lampu jalan yang menerangi kawasan itu.

"Fuh, nasib baik. Korang nampak tak tadi? Monster tu tak tidur lagi! Mesti dia baru lepas bunuh orang kat bilik rahsia dia." bisik Sunghoon pula dengan lagak seperti detektif.

"Ka-kalau macam tu kita kena report polis!" ujar Niki takut-takut.

Jake hanya diam, dia memerhati satu persatu wajah ketakutan sahabatnya sebelum tiba-tiba dia menyedari sesuatu.

"Su-sunoo! Mana Sunoo?"

Wajah Jake bertukar cemas, begitu juga dengan yang lain. Mata mereka mula melilau mencari kelibat Sunoo tetapi langsung tidak kelihatan.

"Ja-jangan dia dah kena makan dengan monster!"

"Kalau macam tu kita kena selamatkan dia!" Ujar Jake mutlak. Baginya, budak lelaki itu adalah tanggungjawabnya sekarang. Dia sudah pernah berjanji pada Minseo untuk menjaga Sunoo. Pasti gadis itu kecewa dan melarang Sunoo bersahabat dengannya lagi selepas ini.

Belum sempat Jake ingin berlari untuk kembali ke rumah tadi, Heeseung dengan cepat menahan tangan Jake.

"Jangan pergi, bahaya! "

"Habistu tak kan kita nak tinggalkan dia sorang-sorang kat sana?"

"Entah-entah dia dah lari balik rumah. Dia kan penakut." tambah Jay.

Jake terdiam seketika. Dia bertambah cemas memikirkan nasib yang akan menimpa sahabat baru sekaligus jiran sebelah rumahnya itu.

"At least kita kena pastikan dulu! Kita yang ajak dia keluar, maksudnya kita lah yang bertanggungjawab untuk hantar dia balik jugak."

Sunghoon tiba-tiba berdecih tak suka membuatkan dia terus menjadi pusat perhatian sahabat-sahabatnya.

"Penting sangat ke Sunoo tu? Aku perasan yang sejak dia pindah sini, kau asyik main dengan dia je. Kau abaikan kitaorang. Kau dah tak nak kawan dengan kitaorang lagi ke?" soal Sunghoon. Matanya tajam melihat ke arah Jake.

Jake terdiam, cepat-cepat dia menggeleng. "Bu-bukan macam tu. Dia kan masih baru kat sini, jadi aku ingat nak tolong dia biasakan diri."

"Alasan!"

"Betul lah! Kenapa kau ni, Sunghoon?" Jake mula bengang apabila dituduh sebegitu. Padahal niatnya baik, tetapi disalah anggap oleh rakan-rakannya.

"Tak kenang budi. Padahal kita yang kutip dia dulu." sokong Jay sambil menyilangkan tangannya didada dengan angkuh.

"Entahnya. Kau lupa ke dulu kau tak ada kawan? Duduk kat tepi parit tengok kitaorang main bola. Sekarang dah ada kawan baru, dia lupakan kita! " tambah Heeseung.

Sunghoon automatik tersenyum sinis apabila Heeseung dan Jay berada di pihaknya. Jungwon dan Niki pula hanya mendiamkan diri, tidak berani untuk masuk campur.

"Ko-korang.."

"Macam ni lah, Jake. Kalau kau pergi selamatkan Sunoo automatik kau bukan kawan kitaorang lagi. Jadi pilih! Antara kitaorang atau budak baru tu." kata Sunghoon.

Jake terdiam. Matanya tiba-tiba tertumpu pada Niki. Niki menggelengkan kepalanya perlahan mengisyaratkan agar Jake tetap disini dan tidak pergi menyelamatkan Sunoo. Dia tidak sanggup kehilangan seorang sahabatnya.

because disney say so ; soobin √Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang