Pagi esoknya, selepas menghantar Sunoo ke sekolah, Minseo terus menuju ke klinik kecilnya untuk bekerja. Jam tangan dilihatnya sekilas. Masih ada satu jam sebelum waktu bekerjanya bermula, jadi dia mengambil keputusan untuk pergi ke kedai coffee yang terletak tidak jauh dari kliniknya itu .
"Macchiato Cara-"
"Green Tea Latte one, please."
Minseo mengerutkan dahinya apabila ucapannya terpotong begitu sahaja oleh seseorang. Nak tak nak, dia terpaksa menolehkan kepalanya ke sisi kanan dan didapati seorang lelaki 20 cm lebih tinggi daripada nya sedang berdiri di sebelah sambil bermain telefon pintar.
Lelaki itu langsung tidak rasa bersalah kerana sudah memotong barisan nya! Tetapi jika dilihat, wajahnya kelihatan sedikit familiar di mata Minseo.
"Awak ni Choi Yeonjun kan?! " teka Minseo tiba-tiba tanpa memperdulikan cafe yang tiba-tiba senyap kerana jeritannya.
Lelaki yang dipanggil Yeonjun itu berhenti dari menatap screen telefon, dia meneliti gadis pendek disebelahnya itu dengan sebelah matanya sahaja.
"Pardon ?"
"Saya Kim Minseo, psikiater kat klinik baru tu! Kita pernah berjumpa haritu-" Minseo terus membongkar beg tangannya mencari sesuatu. Beberapa saat kemudian, sekeping kad dikeluarkan lalu diserahkan pada Yeonjun. "-ini, awak tercicir kat depan klinik saya haritu."
Yeonjun terdiam seketika, menatap kad itu lama sebelum beralih menatap ke arah wajah manis gadis yang sedang tersenyum mesra itu.
"Ah, i see... Tapi aku dah ada kad baru sekarang." balasnya tanpa minat sambil menunjuk kad putih yang tergantung di lehernya. Walaupun begitu, dia tetap mengambil kad lama itu dari tangan Minseo lalu memasukkannya ke dalam poket seluar.
Minseo tersenyum kekok, kemudian mereka berdua terus menatap lurus ke depan menunggu coffee pesanan mereka siap dibungkus. Minseo mengalihkan pandangannya ke sisi kiri lalu memusingkan bola matanya menyampah.
"-dia ni sama je macam lelaki tu. Tak reti nak cakap terima kasih." rungutnya perlahan tetapi masih dapat didengari jelas oleh Yeonjun. Yeonjun tersenyum sendiri.
"Pesanan no. 137 dan 138." sebut pelayan itu.
Tanpa membuang masa Yeonjun terus mengambil green tea lattenya. Belum sempat Minseo ingin mengambil macchiato caramelnya juga, Yeonjun lebih cepat mengambilnya. Minseo semakin terpinga-pinga apabila meihat Yeonjun tersenyum sinis sambil mendekatkan bibirnya pada telinga Minseo.
"Aku tak tahu lelaki mana yang kau maksudkan tadi. Tapi, kalau kau dah cakap macam tu..."
"ㅡcoffee saya perempuan ni bayar." ucapnya tiba-tiba kepada cashier sebelum melangkah bersama macchiato caramel ke pintu keluar cafe. Minseo masih terdiam mencerna kata-kata lelaki itu.
"cik, total harga -"
"Yah, Choi Yeonjun! " Jerit Minseo membuatkan cashier itu terkejut.
"Oh ya, lupa... Thanks sweetie!" balas Yeonjun tanpa rasa bersalah dan keluar dari cafe itu.
Minseo menahan nafasya geram. Dengan laju, dia mengeluarkan duit dari dompetnya dan memberikannya kepada cashier itu. "Simpan baki." selepas mengatakan itu, Minseo dengan cepat berlari keluar mengejar Yeonjun.
Yeonjun terkekeh geli sebaik sahaja gadis itu berjaya mengejarnya. Dia menghentikan langkahnya, menatap gadis yang sedang tercungap-cungap keletihan itu.
"Kau nampak haus. Nak air? Aku belanja-" pelawa Yeonjun sambil menghulurkan macchiato caramel tadi kepada Minseo. Dengan geram, Minseo merampasnya dari tangan Yeonjun.
KAMU SEDANG MEMBACA
because disney say so ; soobin √
FanfictionKalau cerita pasal happy ending, semua orang nak. Tapi tak semua orang boleh dapat. Begitu juga dengan Choi Soobin, yang sanggup melakukan apa sahaja agar Minseo tidak meninggalkannya. ⚠️ 15+ | cringe namatey, nak nangis aku bila baca balik. Start...