Yeonjun mengerang kesal, telefon pintar yang memaparkan contact Minseo ditenungnya dengan kerutan di dahi. Kenapa gadis itu langsung tidak mengangkat panggilan telefonnya? Yeonjun risau, bagaimana jika terjadi sesuatu kepada Minseo?
Sekali lagi dia cuba mendail nombor telefon Minseo.
Tut... Tut...
Sedang dia menunggu, tiba-tiba matanya tertumpu pada seorang gadis yang baru sahaja keluar dari klinik Minseo. Itukan gadis yang bekerja di bahagian receptionist. Terus dia mematikan panggilan itu dan berlari mengejar gadis itu.
"Hey! " panggilnya. Gadis itu menoleh.
"Oh, encik. Kenapa datang sini?"
Yeonjun sedikit mengintai ke dalam klinik. Dahinya berkerut apabila melihat gadis itu sedang mengunci pintu klinik.
"Minseo mana?"
"Minseo unnie? Saya tak tahu. Dia tak masuk kerja harini, saya call pon dia tak angkat."
"Memang kau tak tahu dia kat mana? Dia tak de bagitahu kau apa-apa? "
Gadis itu menggeleng. Yeonjun terus menghela nafas kasar, tubuh disandarkan pada tembok memikirkan kemungkinan yang akan terjadi pada Minseo sekarang. Gadis itu dia biarkan sahaja pergi.
Jadi selama ini ibubapa Minseo hanya menipu yang mereka ke Amerika? Apa motif mereka menipu? Jika betul lah mereka masih berada di Korea, kenapa mereka tidak pernah menjenguk atau menghubungi anak-anak mereka?
Kring!
Handphone Yeonjun tiba-tiba berbunyi. Dia ingatkan Minseo yang menghubunginya, rupa-rupanya Choi Beomgyu. Dengan malas dia mengangkatnya.
"Yah! Mana kau pergi? Dah lupa jalan balik ke?"
Yeonjun mengerutkan dahi apabila mendengar teriakan Beomgyu.
"Kau ni bising je lah. Aku tahu lah nak balik nanti. Aku kena selesaikan sesuatu dulu." jawab Yeonjun.
Entahlah, walaupun masalah ibubapa Minseo bukanlah urusannya tetapi dia tetap mahu membantu gadis itu. Seperti yang dia pernah kata, keselamatan Minseo adalah tanggungjawabnya. Dia tidak mahu terjadi sesuatu yang buruk kepada Minseo.
"Yela, aku risau kat kau je. Tapi wey, aku nak mengadu sesuatu kat kau ni hiks-" Beomgyu terus mengeluarkan tangisan palsunya.
"Hm." walau bagaimanapun, Beomgyu adalah adik sepupunya sekaligus housemate dan rakan sekerjanya, dia sudah hidup bertahun-tahun dengan lelaki ini. Walaupun Beomgyu selalu menyakitkan hatinya, dia tetap menganggap lelaki itu sebagai adik. Jadi tidak jarang Beomgyu akan meluahkan apa yang dia rasa pada Yeonjun.
"Tak guna betul anak Choi tu. Dia kata aku kena jadi pembantu dia, tapi dia layan aku macam pesuruh dia!"
"Anak choi? Kau pon choi."
"Kau pon sama, paboya. Maksud aku, Choi Soobin. Haritu dia suruh aku stalk perempuan kat bar, habis kotor tangan aku nak raba-raba perempuan tu semata-mata nak kutip info. Sekarang, dia suruh aku jadi babysitter pulak! Hiks- dia buli aku, Yeonjun."
KAMU SEDANG MEMBACA
because disney say so ; soobin √
FanficKalau cerita pasal happy ending, semua orang nak. Tapi tak semua orang boleh dapat. Begitu juga dengan Choi Soobin, yang sanggup melakukan apa sahaja agar Minseo tidak meninggalkannya. ⚠️ 15+ | cringe namatey, nak nangis aku bila baca balik. Start...