"Hyung, aku tak yakin lah. Boleh ke hyung tinggal sen-"
"Aku dah besar. Pandai lah aku jaga diri. Kau tu yang perlukan rehat, 5 tahun kau tak pernah cuti jaga aku." ujar Soobin sambil membantu mengeluarkan beg roda milik Hueningkai daripada bonet kereta.
"Aku tak sedap hati lah, hyung."
"Aku yang sepatutnya tak sedap hati. Risau nanti pengakhirannya kau date dengan Puan Song bukannya Jia kat pulau Jeju tu."
Hueningkai tersenyum kelat lalu melirik ke arah sepasang ibu dan anak yang sedang seronok berbual tidak jauh daripada mereka. Mereka sekarang sudah berada di airport. selepas majlis semalam, Puan Song tiba-tiba mengajaknya untuk ikut bercuti sekali bersama mereka ke Pulau Jeju. Hueningkai setuju sahaja, bolehlah dia meluangkan lebih masa bersama Jia nanti.
Tetapi yang menjadi masalahnya sekarang, dia tidak sanggup untuk meninggalkan Soobin sendirian di Seoul.
"Aku tak jadi pergilah. Aku nak jaga hyung."
"Tak payah lah, bodoh. Berapa kali aku nak cakap, aku boleh jaga diri. Lagipon ada Tuan Lee dengan Minseo kan. Yang kau risau sangat kenapa?"
"Risau lah hiks. 5 tahun aku jaga hyung, 5 tahun tu juga hyung tak boleh buat apa-apa, semuanya hyung harapkan aku. Sekarang aku sedih bila hyung dah tak perlukan aku lagi hiks."
Soobin terkejut apabila melihat Hueningkai tiba-tiba menangis. Padahal selama perkenalan mereka, Soobin tidak pernah melihat air mata lelaki itu walaupun setitik.
"Dah lah, aku okay je. Bukannya aku tak perlukan kau, aku cuma nak kau bahagia je. Lagipon sampai bila kau nak duduk kat bawah ketiak aku? Nanti aku kahwin dengan Minseo, kau aku jadikan bibik. Nak? "
Soobin memeluk Hueningkai. Berdehem perlahan untuk menghilangkan awkward, malu juga apabila orang-orang mula melihat kearah mereka. Kang tiba-tiba disangka gay.
Hueningkai terus menjauhkan diri dari Soobin. Wajah lelaki itu dipandangnya dengan satu tatapan yang sulit diertikan.
"Minseo? Bukan hyung dengan Junmi sekarang? " entah kenapa, nada suara Hueningkai bertukar datar. Sakit pula hatinya apabila mengingat kemesraan Soobin dan Junmi semalam.
"Perempuan tu? Aku tak bodoh lah, Huening." Soobin tiba-tiba tersenyum dan itu membuatkan bulu roma Hueningkai meremang.
"Maksud hyung? "
"Dia-"
"Oppa, cepatlah! " marah Jia sambil melambaikan tangan ke arah Hueningkai. "Kejap! " Hueningkai tersenyum tipis sebagai balasan sebelum kembali menatap ke arah Soobin.
"Aku pergi dulu, jaga diri." walau berat hati, Hueningkai terpaksa melangkah. Soobin terkekeh melihat tingkah laku Hueningkai yang sesekali akan memusingkan kepalanya kebelakang untuk melihat wajah Soobin.
"Bye, enjoy! " apabila Hueningkai sudah jauh dari pandangan matanya, Soobin terus bersandar pada badan kereta. Handphone dikeluarkan untuk menghubungi seseorang.
Walau Hueningkai sudah pergi bercuti, dia masih ada pembantu lain yang boleh dibuli.
"Hello, Beomgyu-ssi."
"Hmm, kenapa call pagi-pagi buta ni? Kacau je." soal Beomgyu mamai. Suaranya jelas mengatakan bahawa dia baru sahaja bangun dari tidur.
"Pagi buta kau. Dah pukul 11!"
"Pagi lah tu. Ini semua gara-gara kau. Pukul 4 pagi tadi aku baru tidur tau." Soobin tersenyum tipis.
KAMU SEDANG MEMBACA
because disney say so ; soobin √
FanfictionKalau cerita pasal happy ending, semua orang nak. Tapi tak semua orang boleh dapat. Begitu juga dengan Choi Soobin, yang sanggup melakukan apa sahaja agar Minseo tidak meninggalkannya. ⚠️ 15+ | cringe namatey, nak nangis aku bila baca balik. Start...