"Hmm...~~"
~ • ~ • ~ • ~ • ~ • ~
"Weh Taehyung." Jungkook memandang susuk tubuh belakang Taehyung yang sedang sibuk membaca buku.
"Apa?" Taehyung menjawab.
"Apa yang kau fikir pasal Cikgu Hoseok? M-maksud aku ciri-ciri yang kau nampak ada pada dia?"
"Dia baik. Sebab selalu bagi aku pinjam buku." jawab Taehyung tak acuh.
"Selain tu?"
"Hmm... Seorang yang peramah."
"Lagi?" Jungkook masih tak berpuas hati dengan jawapan Taehyung.
"Ada masa pelik."
"Lagi?"
"Dia baik."
Jungkook tak puas hati dengan jawapan yang dijawab oleh Taehyung secara berulang kali. "Kau dah cakap la yang tadi tu! Selain tu?!"
Taehyung berhenti membaca buku lalu memutarkan kerusi dan memandang wajah Jungkook yang sedang duduk di katil Taehyung. Alis kening Taehyung terangkat seakan tak faham maksud kata-kata Jungkook sebentar tadi.
Taehyung memandang Jungkook dalam keadaan serius. "Apa maksud kau 'selain tu' dan 'lagi'? Kau sebenarnya nak apa dari aku?"
Jungkook menelan air liurnya dan menunduk disebabkan tak berani untuk menatap wajah Taehyung yang dalam keadaan serius.
"P-pasal tu... takkan hanya disebabkan Cikgu Hoseok baik dan peramah... K-kau suka dia dan apa-apa je la... kan?"
Taehyung terdiam dan dia memandang raut wajah Jungkook yang masih menunduk lalu tersenyum.
"Heh! Kau suka aku ke?"
Jungkook yang mendengarnya seakan tak percaya. Lalu tangannya pantas mengeluarkan Posyen Transfigurasi Binatang dan menyimbah ke arah Taehyung.
"T-tak mungkin! Tak mungkin aku suka kau!" Jungkook berlari keluar dari bilik Taehyung."Woi! Posyen apa yang kau simbah ni?!"
Secara automatik tubuh badan Taehyung berubah menjadi tubuh binatang buas iaitu harimau.
"Rawrrrr! (Tukarkan aku balik!)"
Manakala Namjoon dan Seokjin yang ketika tu sedang menonton tv berduaan mula mendengar suara binatang di ruang tamu menoleh ke arah sumber suara tersebut. Seokjin memandang suaminya yang berada di sebelahnya.
"Chagi, awak dengar tak apa yang saya dengar?"
Namjoon hanya tersenyum. Dalam diam dia faham apa yang dimaksudkan suaminya.
"Dengar sayang. Tu suara anak kita. Dia mesti terkena dengan Posyen Transfigurasi Jungkook."
Seokjin tersenyum sumbing.
"E-errr... Tapi bunyi suara tu... suara harimau chagi... T-takkan sampai macam tu sekali."
Namjoon memegang pinggang ramping suaminya dan menarik dekat ke arahnya. Namjoon tahu Seokjin sedang ketakutan.
"Biarkan je la mereka berdua. Kejap lagi ok la tu. Takkan la anak kita nak serang kita pula. Awak tenang je." Seokjin hanya mengangguk je. Manakala Namjoon tersenyum sambil tangannya mencubit hidung suaminya.
~ • ~ • ~ • ~ • ~ • ~
Jungkook sempat berlari masuk ke biliknya selepas menukar Taehyung menjadi binatang.
Akhirnya dia menutup pintu dan menyandar di pintu sambil memikirkan kata-kata Taehyung sebentar tadi. "A-aku tak mungkin suka dia. Taehyung terlalu menakutkan dan membuatkan aku berfikir banyak kali untuk menyukai manusia sadis macam dia tu. Tak! Dia bukan manusia tapi sebenarnya raksasa. Separuh manusia separuh ahli sihir."
YOU ARE READING
Love Potion ~Taekook~ √
Fanfiction"... tapi tugasan 'Love Potion' memerlukan kau jatuh cinta kat aku." "Heh! Kau tengah luahkan perasaan kat aku ke?" Apa akan terjadi apabila Jungkook ahli sihir kelas A bertemu dengan Taehyung separuh manusia dan separuh ahli sihir untuk dijadikan u...