Ch. 8

69 6 4
                                    

Hoseok menghulur posyen yang telah dia hasilkan tadi pada Jungkook.







"Saya pulang."

Seokjin yang baru keluar dapur mula menjenguk Jungkook yang baru pulang. "Oh! Kamu dah pulang Jungkook. Nak makan?"

Jungkook menggeleng kepalanya.

"Saya dah makan dengan Cikgu Hoseok tadi. Erm--- Encik Kim ada?"

"Dia belum balik lagi."

"Kalau macam tu tak apa la. Taehyung dah balik?"

"Tae ada kat dalam bilik." Seokjin mula beredar pergi ke biliknya.

Setelah melihat Seokjin hilang dari pandangannya, dia mula pergi ke arah pintu bilik Taehyung. Tanpa membuang masa Jungkook membuka dengan seluasnya tanpa tahu yang pada ketika tu Taehyung yang sedang masih tidur.

"TAEHYUNG!!!"

Taehyung yang mendengar namanya dipanggil mula bangun secara mengejut dan memegang dadanya.

"Woi gigi arnab! Kau tahu tak, nak tercabut jantung aku." kata-kata Taehyung, Jungkook hanya abaikan. "Taehyung, aku suka kau! Aku nak tahu apa perasaan kau kat aku!" luahan Jungkook ditolak mentah-mentah.

"Tak!"

Dia mula mendekati Taehyung lalu mencengkam baju t-shirt Taehyung dan memandang tepat pada anak matanya. "Aku nak kau jatuh cinta pada aku! Kalau tak---"

Jungkook mula menunduk malu apabila Taehyung membalas tatapan dalam keadaan serius. "Kalau tak apa?"

Jungkook mengalih pandangannya dari terus ditatap oleh Taehyung. "A-aku tak tahu. Aku pun tak tahu apa yang patut aku buat."

Dia mula melepas baju T-shirt Taehyung.

Taehyung memandang Jungkook yang masih dalam keadaan bingung. "Macam tu ke? Jadi apa yang perlu aku buat?" Taehyung menatap Jungkook dengan tatapan ingin tahu namun kata-kata Taehyung disalah erti oleh Jungkook sendiri membuatkan kemarahannya makin berlipat ganda.

"Kalau aku tahu apa yang patut aku dan kau buat, taklah aku tanya dengan manusia sadis macam kau!!!"

Taehyung yang mendengarnya mula ketawa dengan kata-kata Jungkook sebentar tadi. "Okay aku akui yang aku tak benci kau."

Jungkook mula mencengkam semula baju T-shirt Taehyung lalu menggoncang tubuhnya akibat tengah malu mendengar pengakuan Taehyung. "Kalau macam tu jangan bergerak! Dan minum!" Jungkook mula menyondor posyennya ke dalam mulut Taehyung secara paksa.

"Macam mana?"

Jungkook menjadi semakin penasaran dengan posyen yang dia buat. Taehyung yang baru lepas dipaksa minum posyen  tersebut hanya sekadar mengerut dahi dengan rasa posyen tersebut.

"Manis sangat ke? Kau susah nak telan?"

Dengan tiada respon dari Taehyung, Jungkook dengan gegabah minum lebihan posyen tersebut. Namun setelah beberapa minit berlalu, posyen tersebut tiada tindak balas pada antara satu sama lain.

K-kenapa...?

Jungkook mula putus harapan dengan posyennya. Taehyung yang melihat Jungkook hanya diam.

"Selama ni dah banyak posyen yang aku buat tak pernah gagal. Kenapa posyen ni aku gagal? Kalau aku gagal dalam tugasan ni maknanya aku tak boleh graduate. A-aku tak layak jadi ahli sihir." Jungkook mula terasa sedih.

Wajahnya mula menunjukkan yang dia mahu menangis.

Taehyung yang mendengarnya mengangkat alis keningnya. "Yang kau bagi kat aku tafi posyen Love?"

Jungkook mengangguk lemah.

"Jadi gagal ke?"

Jungkook terdiam dan makin menunduk kepalanya ke bawah. "N-nampaknya la..." suaranya seakan dah berputus asa.

Taehyung yang mendengar mula menghela nafas. "Sini!" dia menepuk katilnya mengajak Jungkook mendekatinya lalu Jungkook mengangkat wajahnya dan memandang Taehyung.

"Hah?"

"Kau nampak macam nak menangis."

Jungkook yang mendengar mula terasa ingin mengeluar air mata namun ditegah dengan mengesat air mata supaya tidak mengalir. "Mana ada! Aku ok je!"

Taehyung masih menepuk katilnya dan menghulur tangan. "Sini. Biar aku tenangkan kau. Kau kan suka aku, jadi mari sini aku tenangkan kau."

Jungkook yang mendengarnya mula bangun dan terasa sakit hati dengan ungkapan Taehyung seolah-olah Taehyung mempermainkan perasaannya. "Siapa yang suka kau?!"

Secara tiba-tiba badan Jungkook bergerak dengan sendiri ke arah Taehyung lalu memeluk tanpa kerelaannya sendiri.

Situasi tersebut membuatkan mereka berdua terkedu dan terdiam kerana tindakan diluar jangkaan.






Next Chapter 👉

Love Potion ~Taekook~ √Where stories live. Discover now