Situasi tersebut membuatkan mereka berdua terkedu dan terdiam kerana tindakan diluar jangkaan.
Apabila menyedari jarak mereka, Jungkook menolak tubuh Taehyung. "A-apa yang dah jadi ni?! Ni sesuatu berlaku tanpa di duga!"
Taehyung menutup telinga apabila Jungkook bercakap agak kuat. "Bising la! Kau sendiri yang datang kat aku tadi dan peluk. Jadi jangan salahkan aku pula!"
"A-aku tak ada niat nak peluk kau tadi. Masalahnya benda tgh high hh highu berlaku di luar kawalan aku!" Jungkook memandang tajam pada Taehyung. "Entah-entah kau yang cuba kawal aku! Sebab tu kau cuba menafikan dan menyalahkan aku!"
"Apahal aku pula?! Kau yang biasa kawal orang! Kau lupa yang kau larang aku untuk menggunakan sihir?!"
"Mesti kau!"
Taehyung terdiam sebentar.
Dia mengerut dahinya memikirkan kata-kata Jungkook tadi.
"Tak mungkin la aku... Jungkook, jilat kaki aku."
Jungkook yang mendengar arahan mengarut Taehyung lalu datang padanya. "Pergi mati la kau!" Dan memberi satu tumbukan tepat ke arah pipi Taehyung sehingga mengeluar darah di sudut bibirnya.
"Kau pergi la jilat kaki kau sendiri!"
Taehyung hanya ketawa dalam kesakitan dan mengesat darah di sudut bibirnya. Adakah ni disebabkan posyen yang Jungkook bagi tadi? Kalau betul...
"Kalau macam tu--" Taehyung mengeluh lalu menepuk pahanya dan memanggil Jungkook. "Datang sini."
"T-tak nak la aku!"
Bagaikan magnetik, tubuh badannya Jungkook dengan sendiri datang ke arah Taehyung dan serta merta masuk dalam pelukan Taehyung.
Taehyung tersenyum bangga tanpa sepengetahuan Jungkook. Kemudian terbit idea nakalnya dan bicara dengan lembut serta penuh seksi. "Peluk la kuat-kuat."
Jungkook tak mampu berkata apa-apa. Badannya semulajadi memeluk erat tubuh Taehyung.
Taehyung tersenyum.
"Aku dah tahu sekarang. Posyen yang kau buat ni membuat seseorang tu jujur dengan kata hatinya sendiri."
Jungkook terkebil-kebil mendengarnya. "Jujur?"
"Ertinya kau tak gagal."
Wajah Jungkook mula kemerahan lalu memandang Taehyung yang berada tepat di depan matanya. "Jangan sibuk hal aku!"
Taehyung mula tersenyum jahil. "Heh! Kau hanya boleh salahkan diri sendiri."
"Apa?!"
"Siapa suruh kau buat posyen ni dengan cemerlang." Taehyung datang dekat ke arah wajah Jungkook. "Dengan ni, aku boleh gunakan dengan sebaik mungkin. Seperti sekarang ni."
Jungkook terpaku.
"A-apa maksud kau?"
Taehyung tak menjawab pertanyaan Jungkook malah dia hanya mendekatkan wajahnya pada Jungkook. Hanya tinggal beberapa sentimeter bibir mereka berdua akan bersentuhan.
Namun.......
"Tae, makan malam kamu appa dah sediakan----?" Seokjin dan Namjoon yang datang bersama ke bilik anaknya mula terdiam apabila melihat anaknya Taehyung bersama Jungkook dalam keadaan berpelukan.
Taehyung yang melihat kedatangan orang tuanya hanya mampu berdehem sahaja manakala Jungkook menyorok wajahnya yang malu kedalam pelukan Taehyung dan tak berani menoleh akibat situasi sekarang ni.
Namun sesuatu diluar jangkaan telah berlaku apabila Namjoon yang sedari tadi ada bersama Seokjin mula pengsan akibat kejutan yang ada di depan matanya.
Seokjin yang melihat suaminya pengsan mula panik dan memanggil anak tunggalnya untuk melihat keadaan papanya.
Next Chapter 👉
YOU ARE READING
Love Potion ~Taekook~ √
Fanfiction"... tapi tugasan 'Love Potion' memerlukan kau jatuh cinta kat aku." "Heh! Kau tengah luahkan perasaan kat aku ke?" Apa akan terjadi apabila Jungkook ahli sihir kelas A bertemu dengan Taehyung separuh manusia dan separuh ahli sihir untuk dijadikan u...