Seokjin yang melihat suaminya pengsan mula panik dan memanggil anak tunggalnya untuk melihat keadaan papanya.
Sejak kejadian Namjoon pengsan beberapa hari yang lalu, semuanya balik keadaan seperti biasa, dimana Taehyung dan Jungkook tak mengungkit tentang posyen tersebut.
Mereka berdua pergi ke universiti bersama-sama seperti biasa namun Jungkook masih menjaga jarak antara satu sama lain.
Disebabkan oleh...
"Mari..." Taehyung menghulurkan tangannya, Jungkook yang melihat huluran tangan Taehyung mula menjauhkan diri.
"TAK NAK!!!"
Taehyung memandang wajah Jungkook lalu tetap memanggilnya untuk mendekatinya. Badan Jungkook tanpa ragu mula datang sendiri ke sebelah Taehyung dan mulai pegang lengan baju Taehyung.
Taehyung tersenyum sinis.
"Baik kau berhenti melawan. Apa yang kau takutkan dengan aku? Aku bukan harimau yang nak makan kau."
Jungkook hanya diam dan terus berjalan bersama Taehyung yang masih memegang lengan bajunya. "Diam-diam macam ni aku suka juga. Tapi lagi suka aku tengok muka kau bila tengah marah."
Jungkook yang mendengarnya mula naik angin.
"Jangan anggap aku macam mainan !!!"
"Jiminie~~ Cepat turun." Jimin yang berada di tempat rehat favourite mereka mula was-was untuk turun kerana terlalu tinggi.
"Takut..."
"Cepat. Saya sambut ni." Yoongi menghulurkan tangannya untuk mencuba meyakinkan bahawa dia boleh menangkap kekasihnya.
Jimin tanpa ragu mula terjun dan disambut oleh Yoongi. "SAFE!"
Kini tiba giliran Jungkook untuk turun ke bawah. Dia mula memandang ke bawah dan ragu untuk turun tanpa posyennya. Kemudian Jungkook mendapat satu akal untuk membuatkan Jimin meninggalkannya.
"Aku boleh turun sendiri, Jimin. Kau bolehlah pergi dengan Yoongi."
Namun ditantang oleh Jimin.
"Bahayalah. Ni semua salahkan Little Meow Meow! Sebab patahkan tangga."
"Sayang maafkanlah saya. Saya mana tahu akan jadi macam ni." Taehyung yang menyaksikan hanya diam lalu mengeluh halus. Seakan faham apa yang Jungkook maksudkan dengan alasan untuk Jimin pergi tadi. Tanpa berfikir panjang, Taehyung maju ke depan dan menghulur tangannya lalu memandang ke atas. "Cepatlah turun!"
Jungkook yang mendengarnya bagaikan terhipnosis hanya memejamkan mata dan berdegup kencang. Dengan sendiri tubuhnya bertindak diluar jangkaannya.
Setelah selang beberapa minit, Jungkook tersedar dia masih berada di dalam dakapan Taehyung yang masih memeluknya dengan erat sekali.
Jimin yang sedang membalas mesej dengan kekasihnya mula tersedar yang Jungkook sepertinya termenung jauh. "Kookie, kenapa awak termenung jauh?" Jungkook mula tersedar apabila Jimin menanyakan keadaannya. "Jimin---- Taehyung, dia dengan saya langsung tak sama...."
Jimin terdiam.
Dia faham apa yang Jungkook cuba sampaikan pada dia.
"Disebabkan tak samalah kita melengkapi satu sama lain."
Jungkook hanya sekadar diam.
Jungkook hanya keluar dari bilik tidurnya mula terlihat kelibat Taehyung yang baru balik entah dari mana.
YOU ARE READING
Love Potion ~Taekook~ √
Fanfiction"... tapi tugasan 'Love Potion' memerlukan kau jatuh cinta kat aku." "Heh! Kau tengah luahkan perasaan kat aku ke?" Apa akan terjadi apabila Jungkook ahli sihir kelas A bertemu dengan Taehyung separuh manusia dan separuh ahli sihir untuk dijadikan u...