Ch.11

28 2 0
                                    

Mata Jungkook mula terbeliak apabila sentuhan bibir Taehyung mula menyentuh bibir Jungkook. Dia terkedu dengan tindakan Taehyung.



Ciuman yang diberikan oleh Taehyung mampu membuatkan air mata Jungkook berhenti. Kini cium itu dilepaskan.

"A-apa....?"

Jungkook yang ingin bertanya mula mendapat ciuman lagi dari Taehyung. Kecupan yang ringan kini semakin dalam dan hangat membuatkan Jungkook diam dan merelakannya. Apabila terasa semakin berlarutan, Taehyung melepaskan kecupan tersebut dan melihat ke wajah Jungkook yang merah padam.

Tangan Taehyung mula mengusap kepala Jungkook sambil tersenyum. "Jangan menangis lagi." kemudian Taehyung menyambung membaca. Seolah tak ada apa yang berlaku.

Jungkook seakan tak percaya apa yang baru dia saksikan.

Aku dipermainkan ke?









Jungkook yang kini berada di dalam biliknya mula termenung dengan tingkah laku Taehyung seolah-olah dia......





Dipermainkan!!!!!

Jungkook mula rasa kecewa dengan posyennya sepertinya dia merasa yang dia telah gagal. "Adakah Taehyung sekarang menggunakan kesempatan untuk mempermainkan aku?"

Tangannya mula mengepal menandakan dia tak puas hati dengan apa yang terjadi. "Macam mana aku nak hilangkan perasaan ni?"

Jungkook mengeluh panjang.

Setelah berfikir terlalu lama, akhirnya dia mendapat idea. "Nampaknya aku kena hasilkan Posyen Lupa." lalu Jungkook dengan segera menghasilkannya dengan hanya beberapa bahan nisbah untuk menghasilkan posyen tersebut.

"Aku tak pernah terfikir yang aku akan minum dengan penuh suka rela posyen yang kategori sebagai Posyen Sumpahan."

Mahu atau tak mahu, Jungkook harus minum posyen tersebut untuk melupakan tentang perasaannya pada lelaki yang bernama Kim Taehyung.

"Semoga hari aku indah sepertia biasa." lalu Jungkook meminum posyen tersebut.







"Selamat pagi Encik Kim!"

Namjoon dan Seokjin mula memandang Jungkook lalu tersenyum senang. "Selamat pagi Jungkook."

"Selamat pagi Tae." Namjoon memberi ucapan pada anaknya setelah melihat anaknya keluar dari biliknya.

"Pagi."

Jungkook yang mendengar suara Taehyung mula memberi reflek biasa lalu duduk di kerusi seakan tak ada apa yang berlaku.

"Selamat pagi Taehyung."

Taehyung yang melihat wajah Jungkook mula terasa ada yang tak kena. Apa yang dah jadi dengan dia ni?

Semua yang sarapan di situ hanya terdengar bunyi sudu yang berlaga dengan piring. Tiada lagi bunyi pertengkaran yang selalu terjadi antara Jungkook dan Taehyung.





"Adoi!" Taehyung meraung kesakitan apabila kakinya dipijak oleh Jungkook apabila bas terlalu banyak penumpang dan membuatkan mereka berdua berhimpit.

"Maaf... Taehyung."

Taehyung yang mendengar Jungkook bercakap dalam formal membuatkan dia terasa ada yang tak kena.

Apabila mereka sampai ke destinasi, Taehyung yang tak boleh tahan akan sikap Jungkook mula membuat Jungkook berhenti.

"Tunggu sekejap!!"

Jungkook menoleh memandang Taehyung.

"Kau ni mengjengkelkan betul la! Kau cuba balas dendam tentang semalam kan?"

Jungkook yang mendengarnya mula tidak faham disebalik kata-kata Taehyung.

"Semalam? Kenapa dengan semalam Taehyung?"

Taehyung yang mendengar pertanyaan Jungkook hanya terkedu. "J-jangan main-main la. Tak baik tau!"

Jungkook mengeluh galus.

"Aku tak ingat apa-apa yang berlaku semalam. Hmmm---- aku rasa bukan semalam je, segala apa yang mengenai kau pun aku tak ingat. Yang aku tahu, kau adalah ahli keluarga di rumah yang aku tumpang."

"A-apa maksud kau?"

Jungkook tersenyum.

"Aku rasa yang aku dah sihir diri aku sendiri untuk buat lupa pada kau."

Taehyung yang mendengarnya cukup terkejut. "Kau bukan nak buat aku marah tapi kau betul-betul lupa siapa aku?" Jungkook mengangkat kedua bahunya menandakan dia tak pasti mahupun tahu akan pertanyaan itu. "Aku pun tak pasti adakah aku cuba nak lupakan kau untuk buat kau marah atau sebaliknya." Taehyung memegang kedua belah bahu Jungkook dan menghadap ke hadapannya. "Jangan bergurau! Mana boleh senang-senang je kau lupakan seseorang itu!"

Jungkook kini terkaku.

"Kau sekarang betul-betul buat aku marah."

Jungkook mengangkat kedua bahunya dan tersenyum senang. "Apa-apa pun tu bukan lagi urusan aku."







Taehyung yang duduk memandang siling dibiliknya. Dia mula mengangkat tangannya lalu menggerakkan tangan untuk mencuba melukiskan beberapa pentagram.

Taehyung mengeluh panjang.

"Mesti Posyen N.O hilang disebabkan dia lupa yang dia pernah guna posyen tu pada aku sebelum ni." idea nakal mula bermain dalam fikirannya. "Hehehe!!! Saatnya aku guna pentagram ni." Taehyung mula keluar dari biliknya lalu pergi ke arah bilik Jungkook.

"WOI GIGI ARNAB!!!!"

Taehyung terdiam apabila melihat Jungkook yang sedang tidak memberi respon apa-apa pun lalu dia memandang jam di dinding. "A-awalnya dia tidur....?"

Kemudian dia datang dekat ke arah Jungkook lalu menyentuh tangan Jungkook dan memejam mata. Dengan memejamkan mata sahaja Taehyung mampu membuat pentagram yang dia inginkan.

Jungkook mula tersedar seperti ada sesuatu magis yang terlukis ditangannya. Tanpa dia sedari, dia terhantuk kepala dengan Taehyung.

"ADOIII!!!!!"

Mereka berdua mula pegang kepala masing-masing. "Kau kenapa?!"

"A-aku.... kenapa aku tiba-tiba teringat perasaan yang menakutkan ni?! Apa yang kau buat?! Apa yang pernah kau buat kat aku?!"

Taehyung yang mendengarnya hanya tersenyum sinis.

"Mana boleh aku bagi tahu..... Ni rahsia~~~~"

Jungkook yang mendengar jawapan Taehyung mula tak puas hati dan memegang baju Taehyung sekuat tenaganya. "Beritahu cepat!!"

Taehyung ketawa.

"Sebenarnya......"

Love Potion ~Taekook~ √Where stories live. Discover now