BERMACAM bentuk rekaan barang perhiasan yang dihasilkan dari batu berlian asli tersusun dengan rapi didalam sebuah almari kaca yang bersaiz besar.Kotak baldu berwarna hitam keemasan yang mewah dengan tulisan
The Golden Blue Moon
Syarikat besar yang mengeluarkan dan mengukir barang-barang perhiasan dengan berlian asli dan mahal.
Hari ini sudah dua bulan Armel bekerja di syarikat besar ini, dia dan kumpulannya ditugaskan untuk melayan pelanggan VVIP.
Ya, Very important Person. Pelanggan yang merupakan 1% teratas.
Walaupun baru bekerja selama dua bulan tapi banyak Armel pelajari dari kerja itu. Bersabar yang sudah pasti itu yang utama.
Kerja ini tidak terlalu senang. Mereka harus sangat tertib harus lebih tertib daripada para pelanggan memilih barang dagangan.
Golongan VIP selalu menginginkan kesempurnaan. Satu cacat celah saja boleh meletuskan perang. Lagipula Cantik sahaja memang tak cukup jika tak mahal, pasti tidak menjadi pilihan.
Tapi apa yang Armel pasti, customer always right.
Jadi walau macam mana sekali pun mereka harus melayan dengan ramah dan penuh sabar. Beginilah cara dia mencari rezeki untuk menyarah hidupnya sendiri.
Kotak terakhir itu Armel susun ditempat yang paling atas antara kotak-kotak yang lainnya, sebelum dia mengangkat 5 kotak baldu hitam yang berisi barang perhiasan itu dan melangkah keluar dari bilik stok.
Setelah mengunci, dia menyambung langkahnya semula namun deringan telefon bimbit yang berada dipoket seragam mengganggu keselesaanya.
Armel mengeluh berat, dia paling tidak suka diganggu waktu bekerja. Dia hanya berbiarkan panggilan itu sehingga akhirnya telefonnya itu berhenti berdering juga.
Namun tak sempat menghela nafas lega telefonnya berdering semula.
Armel memutarkan mata ke atas. Kedudukan kotak-kotak baldu yang ditangan dibetulkan sedikit agar memudahkan dia mencapai samsung A5 yang berada di poket suit seragam.
ESA
Setelah membaca nama yang terpapar di skrin utama, Armel terus mematikan panggilan. "Apa lagi lah dia ni nak. Kacau betul."
Esa adalah bekas tunangnya. Lelaki tak guna. Lelaki buaya yang bertuhankan nafsu seperti Esa memang layak dia tinggalkan.
Buk!
Adui! Terasa seperti dia terlanggar sesuatu yang keras. Langkah Armel terhenti dan spontan kotak-kotak baldu itu terlepas dari tangannya.
Cepat-cepat Armel duduk melutut untuk memeriksa kotak-kotak baldu yang sudah bersepah dilantai.
YOU ARE READING
Unseen Love | OG (EDITING)
RomanceARMEL ZULEYKHA | TUNKU DANISH Gelaran Playboy tidak bererti dia senang untuk didampingi. Tunku Danish memandang darjat adalah segala-segalanya, jika hanya wanita biasa-biasa jangan bermimpi untuk mendampingi Si playboy kacak itu. Dia tidak memilih...