𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟭𝟵

877 54 20
                                    

JARI dimainkan satu sama lain, Armel sengaja menundukkan kepala

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


JARI dimainkan satu sama lain, Armel sengaja menundukkan kepala. Rasa gelisah betul-betul menghempap dadanya ketika ini. 

Dia betul-betul tak tahu nak buat apa sekarang. Sekarang barulah dia faham kenapa Tunku Danish tak pernah benarkan dia keluar rumah. Adui! Apalah malang nasibnya.

Ni la padahnya kalau melawan cakap, ketika ini kalau dia menghembuskan nafas saja pun boleh mencentus perang. Mati la dia kali ni.

"Armel apa kabar?"

Armel tersentak, wajahnya terus diangkat menghadap Fina yang sedang duduk dikerusi hadapan.

Kini wanita itu sudah mengajaknya ke sebuah Cafe, awalnya Armel memang berkeras untuk menolak tapi Fina tak henti-henti memujuk sehingga dia sudah tiada pilihan selain akur saja.

Jika Fina bersendirian, dia mungkin tiada masalah tapi Tunku Danish juga bersama mereka sekarang. Melihat pandangan lelaki itu saja dia sudah tahu apa nasibnya lepas ini.

"Lama I cari you, I dah cuba call number dalam kad yang you bagi. Tapi tak dapat. You sure ke number tu you guna lagi?" Fina mengajukan soalan lagi.

Armel sudah agak Fina mesti bertanya tentang itu. Selepas saja dia tahu yang wanita itu tunang Tunku Danish, Armel terus menukar number telefon untuk menjauhinya.

Dia tahu sejak awal lagi Tunku Danish tak pernah senang jika Fina berkawan dengannya. 

"I.. I dah lama tak guna number tu lagi." Beritahu Armel, sempat dia mengelir Tunku Danish yang duduk disebelah Fina. Lelaki itu tak henti melemparkan pandangan tajam padanya, buat Armel tak senang duduk saja. 

"Ouh, I see. So kalau macam tu you bagi number yang you guna sekarang. Senang I nak contact you lepasni." Fina mengeluarkan telefon pintar dari bag tangannya sebelum diserahkan pada Armel. Namun Armel tidak menyambut sebaliknya hanya memandang telefon itu dengan keluhan ringan. 

Dia mengelengkan kepala. "I dah tak guna fon apa-apa lagi sekarang. Sorry." Itu sajalah alasan yang dapat Armel berikan sekarang. Agak klise tapi dia bersyukur kerana Fina kelihatan percaya dengannya.

"Ouh." Ringkas saja jawapan Fina, yang sebenarnya dia tahu itu cuma alasan Armel tapi apakan daya dia juga tidak boleh memaksa wanita itu. Jika Armel sendiri yang tak mahu nak buat apa lagi. Dia meletakkan semula telefon pintar tadi ke dalam bag tangan.

Tiba-tiba pager waiter berdering menandakan pesanan mereka sudah siap. Armel yang melihat itu terus mencapai pager tersebut. "I pergi Ambil."

Namun Fina cepat menghalang, wanita itu mengambil pager tersebut dari tangan Armel. "Tak pe, You duduk. Biar I je ambil." Katanya sambil tersenyum ramah. 

Armel duduk kembali, langkah Fina yang sudah sedikit jauh dihantar dengan pandangan. Dia mengeluh sedikit. Sebelum memandang Tunku Danish yang sibuk dengan telefon pintar. "Danish..I.."

Unseen Love | OG (EDITING)Where stories live. Discover now