ARMEL mengatur langkah ke pantri pejabat, tiba-tiba tekaknya terasa loya lagi, dia memerlukan sesuatu untuk melegakannya.
Sebaik saja di pantri dia melihat dua orang staf perempuan sedang duduk minum coffee sambil berborak.
"Cik Armel nak minum ke? Saya boleh tolong bancuhkan." Salah seorang dari mereka menawarkan diri untuk membantu.
Armel senyum seraya menggelengkan kepala. "Tak pe, susahkan awak pula. Lagipun saya just nak ambil jus kat dalam peti ais." Beritahunya, dan berganjak ke peti sejuk.
"So macam mana? Kau nak tak?" Staf wanita tadi menyambung perbualan mereka.
"Aku bukan apa, Dato' tu gatal sangat nak minta lebih pula."
Armel yang sedang menuang jus oren ke dalam gelas kaca itu buat-buat tak dengar. Malas nak masuk campur.
Perbualan seperti ini memang sudah biasa dia dengar apa lagi digalangan staf-staf wanita syarikat ini. Terutamanya staf department VIP.
Itu kerana mereka bertugas melayani client-client VIP. Dan ada sesetengah pekerja yang mengambil kesempatan untuk mendapat pendapatan sampingan dengan menjadi perempuan simpanan lelaki kaya. Tak kira tua muda, sudah berkahwin atau bujang siapa yang membayar lebih itulah yang menjadi rebutan mereka.
"Kalau dia minta bagi jela. Kalau kau bagi dia lebih, confrim dia bagi bayaran kau lebih juga."
"Eh! Tak nak aku. Kalau aku pregnant macam mana?"
Armel terkaku. Gelas kaca berisi jus oren yang hampir dibawa ke mulut itu kembali diletakkan ke atas meja kabinet. Rasa ingin tahu muncul tiba-tiba, mungkin kerana perkataan pregnant itu mula mencuri perhatian Armel. Dia mula pasang telinga, mencuri dengar.
"Kalau soal tu kau tak payah risau, aku ada solution yang paling best untuk problem kau tu."
Dari pandangan sisi Armel melihat staf wanita yang bercakap itu mengeluarkan sekeping kertas kecil.
"Ni alamat tempat kat mana aku pernah pergi. Aku sure 100% tempat ni boleh tolong selesaikan masalah tu."
Armel kerut dahi. Pelik, tempat untuk jaga anak terbuang ke?
"Tempat apa ni?"
"Gugurkan kandungan." Bisik wanita itu. Namun jelas dipendengaran Armel.
Prang!
Tanpa sedar tangan Armel tak sengaja menolak gelas kaca yang digunakannya tadi sehingga jatuh ke lantai. Berderai kaca dan jus oren di atas permukaan lantai mozek pantri.
Dua orang staf wanita itu juga turut terkejut. Mereka laju meluruh ke arah Armel.
"Cik Armel ok ke?" Soal mereka serentak.
Armel sedikit blur, namun kepalanya masih boleh cepat menganguk. "Ya, Sa..saya ok." Gugup dia menjawab lantas Armel menunduk untuk mengutip kaca diatas lantai.
YOU ARE READING
Unseen Love | OG (EDITING)
RomanceARMEL ZULEYKHA | TUNKU DANISH Gelaran Playboy tidak bererti dia senang untuk didampingi. Tunku Danish memandang darjat adalah segala-segalanya, jika hanya wanita biasa-biasa jangan bermimpi untuk mendampingi Si playboy kacak itu. Dia tidak memilih...