"SAYANG, sorry I ada hal ni, can I call you later?" Tanya Tunku Danish.
"You dekat mana, sayang? Sebab pagi tadi I call you tak dapat." Suara Fina kedengaran dari corong telefon.
Tunku Danish melepaskan keluhan. "I call you nanti ye. I betul-betul busy right now, bye love you.." Panggilan terus dimatikan lalu Tunku Danish masuk ke dalam kereta semula.
Pintu kereta ditutup rapat sebelum dia mengelir Armel yang sedang duduk disebelah.
Sejak pulang dari Hospital petang tadi, wanita itu langsung tak bercakap dan hanya termenung saja.
Dia mengambil keputusan untuk memberhentikan kereta ke tepi jalan. Agar memudahkan mereka untuk berbincang. Ya mereka ada perkara yang patut diselesaikan.
Lagipula Tunku Danish harus menghubungi Fina sudah berapa kali panggilan wanita itu tak terjawab.
"What you plan now?" Soal Tunku Danish, tapi Armel masih kaku. Tak berkata apa-apa, melihat keadaan wanita itu dia jadi risau.
"It is mine?" Tunku Danish bertanya lagi.
Wajah Armel bertukar gelisah, tidak mengiyakan juga tidak menidakkan.
Tunku Danish lepas keluhan berat. Bagaimana mahu menyelesaikan jika Armel tidak memberi kerjasama.
"Armel! You pekak ke?" Darahnya mula naik. Sampai bila harus berdiam.
Armel pejam mata rapat. Rasanya Tunku Danish semakin menambah tekanan yang sudah ada. Entah kenapa dia mesti ada disini sekarang.
Dia perlu balik rumah. Dia ingin memastikan perkara ini betul atau tidak.
"Are you sleep with another guy?" Tunku Danish mula tak senang duduk. Melihat Armel masih berdiam, marahnya semakin meletus.
Dia memukul kuat stering kereta dihadapan untuk melepaskan perasaan marah. Lalu kembali memandang Armel yang masih duduk bersandar sambil termenung.
Lagak Armel seperti langsung tak mendengar soalan Tunku Danish.
Langsung tak kisah!
"You pekak ke?! You dah tak boleh buka mulut? You tak dengar apa yang I tanya! Jawablah!"
Armel lepas keluhan berat. Tangan naik menutup wajah sebelum menolak rambut ke belakang. Stress!!
"Armel!"
"Tak! Tak pernah. Puas hati!"Kali ini Tunku Danish pula terdiam. Rasa lega dengan jawapan Armel namun itu bererti..
"That was mine?" Soal Tunku Danish lagi namun kali ini nadanya bertukar lembut.
Dia cuba berbincang dengan cara baik, jika benar dia adalah punca, Tunku Danish ingin menyelesaikan segalanya.
"Tunku bijak kan? Tunku boleh fikir sendiri."
YOU ARE READING
Unseen Love | OG (EDITING)
RomanceARMEL ZULEYKHA | TUNKU DANISH Gelaran Playboy tidak bererti dia senang untuk didampingi. Tunku Danish memandang darjat adalah segala-segalanya, jika hanya wanita biasa-biasa jangan bermimpi untuk mendampingi Si playboy kacak itu. Dia tidak memilih...