𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆| 𝟮𝟯

1K 54 11
                                    

LANGKAH kaki sengaja diperlahankan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


LANGKAH kaki sengaja diperlahankan. Nafas ditarik sedalam yang boleh lalu dihembus dengan tenang sambil itu mata dipejamkan beberapa detik, biarkan dia menikmati suasana ditepi sungai panjang ini dengan lebih nyaman.

Armel tersentak apabila tiba-tiba satu suit hitam dilabuhkan pada bahunya dari arah belakang. Tidak sempat tubuh kecil itu berpusing, Tunku Danish sudah muncul disebelah kanan.

Lelaki itu berjalan santai, mata memerhati pemandangan sekeliling The bund itu. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar slak hitamnya. Dan sebelah pula dibiarkan lepas begitu saja.

"Tak sejukkah lepas suit ni?" Soal Armel. Risau akan Tunku Danish yang hanya memakai weskot dan kemeja putih saja. 

"I Ok. Kalau you yang masuk angin lagi susah nanti." Lelaki itu menjawab tenang.

Dalam diam Armel cebikkan bibir. Nak orang puji dia gentlemen la tu. Jangan haraplah. 

"Kita buat apa kat sini? Majlis kan dah habis. Kenapa tak terus balik hotel je." Rugut Armel. Ingatkan habis majlis tadi boleh lah dia berehat di bilik hotel.

"Saja, ambil angin. Lagipun esok kita dah nak balik Kan."

Armel pandang Tunku Danish, macam tak percaya yang lelaki itu berkata begitu.

Ambil angin? Dengannya? Pelik bukan? Beberapa hari yang lalu Tunku Danish yang menghalang dia keluar dari bilik hotel. Tapi semalam lelaki itu juga yang membawa dia melawat ke beberapa tempat menarik di kota Shanghai ini. Agaknya Fina dah balik Malaysia kot.

Serentak langkah mereka beriring menuju ke pagar besi. Tangan Armel naik menolak dagu, bibir mengukir senyuman manis. Tertarik dengan memandang dihadapannya. Kota Shanghai sememang terkenal dengan bangunan-bangunan moden mereka.

"So, tempat ni akan jadi tempat terakhir. Right?" Sengaja Armel mengajukan soalan begitu. Tipu la kalau cakap dia tak bahagia melawat pelbagai tempat tapi satu yang buat Armel tak puas hati. Pergerakannya terhad, banyak aktiviti yang Tunku Danish tak benarkan dia buat alasan dia sedang mengandung.

Tunku Danish hanya menganggukan kepala sebagai jawapan. Dia sepertinya terpukau dengan pemandangan sekeliling mereka.

"You selalu bercuti?" Armel buka topik.

"Tak, sebab I selalu busy. Kalau dapat pergi cuti pun, mesti sekali dengan hal kerja. Macam sekarang. You?"

"Selalu juga la. Tapi dalam Malaysia je."

"Selalu bercuti dengan siapa?" Soal Tunku Danish, pandangan kini tertumpu pada Armel pula.

"Farah." Jawab Armel ringkas.

Tunku Danish kerut dahi. "Farah, who?"

"Ketua department tempat kerja I."

Tunku Danish hanya angguk saja.
"You memang selalu dengan dia, kan."

Unseen Love | OG (EDITING)Where stories live. Discover now