Srettt....
Armel menekan kuat pedal break. Tubuh sedikit maju kehadapan, nafasnya kian hilang, panic attack sudah mulai menyerang. Namun diri tetap digagahkan juga melawan.
Bukan masa yang tepat untuk dia layan semua itu.
Enjin kereta dimatikan sebelum dia Cepat-cepat tangan mencapai iphone 12 miliknya yang terletak cantik pada car phone holder. Terpapar lokasi terakhir Farah. Dia memandang sekeliling memastikan dirinya tidak salah. Diulang dua kali dan dia pasti ini adalah lokasi terakhir sahabatnya itu.
Dia keluar dari Mercedes wagon hitam milik Tunku Danish itu.
Diperhatikan sekeliling, jalan raya besar namun tak ada kereta yang lalu. Sunyi. Dia keluar dari kereta, mata menangkap sebuah mini Cooper merah yang terbabas ke tembok. Namun setelah diperhati sedikit teliti, dia yakin kereta itu milik Farah.
Terkejut, lutut rasa lemah. Air hangat mula mengalir membasah pipi. Tak menunggu lama kaki digagahkan juga melangkah dekat.
Setelah tepat berada dihadapan kereta itu, lantas dia mencari kalibat sahabatnya itu.
Seperti yang dia duga, wanita itu masih berada di tempat duduk pemandu. Kepala tertunduk memeluk stereng kereta. Farah sudah tidak sedarkan diri. Juga terdapat beberapa luka ringan diwajahnya.
"Farah!" Jeritnya seraya membuka pintu kereta. "Farah.. bangun!" Dengan perut yang sudah memboyot itu, pergerakkan nya juga terbatas. Namun dia tetap kuatkan diri untuk bawa Farah keluar dari kereta tersebut.
Dipapah sahabatnya itu, sebelum mereka perlahan mendekati kereta yang dipandu Armel tadi. Sesudah mendekat, dia merasa dadahnya mulai pedih. Cepat-cepat dia baringkan Farah sebelum lari ke dalam kereta untuk mencapai telefon pintar miliknya.
Dan No 1 pada skrin telefon dia tekan, secara langsung nama Tunku Danish terpapar pada skrin. Lama berdering.
"Tolonglah angkat!" Esakkan Armel semakin kuat. Dia takut. Sayangnya lelaki itu tak menjawab panggilan.
Armel semakin panik. Fikiran juga mulai buntuh. Dia lari mendekati Farah. Melihat keadaan sahabatnya itu, Armel semakin panik. "Hisk.. siapa buat kau macam ni? Bangun la beb. Hisk."
Dan seketika tiba-tiba hatinya tergerak untuk mendail kecemasan saja. 999. Ya nombor itu ditekan sekali dering terus dijawab.
Booom!!!
Tak sempat dia melaporkan apa-apa maklumat. Lidah sudah keluh berkata lagi. Telefon pintar itu jatuh dari tangan. Armel terkedu sebelum jatuh terduduk setelah melihat kereta milik Farah meletup. Semua hancur. Api besar dan asap hitam mula keluar.
Semua mulai kabur dan dia juga pengsan ditempat kejadian.
• • •
"As you can see Mr. Park, we have prepared a new proposal for you to choose, and of course all new designs." Ajur Tunku Danish. Dia sedang duduk santai dikerusi utama.
YOU ARE READING
Unseen Love | OG (EDITING)
RomanceARMEL ZULEYKHA | TUNKU DANISH Gelaran Playboy tidak bererti dia senang untuk didampingi. Tunku Danish memandang darjat adalah segala-segalanya, jika hanya wanita biasa-biasa jangan bermimpi untuk mendampingi Si playboy kacak itu. Dia tidak memilih...