𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟮𝟭

853 62 19
                                    

"YOU pergi buka pintu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"YOU pergi buka pintu. I cari tempat untuk menyorok." Cadang Armel. Baru saja dia ingin melangkah tiba-tiba terasa Tunku Danish memaut pergelangan tangannya. Serta merta niat itu terhenti.

"Tak payah. Just stay here." Arah lelaki itu dan terus mengatur langkah ke pintu.

Armel jadi tak senang duduk. Stay? Macam mana kalau Fina nampak dia duduk dalam bilik ni. Tak ke naya mereka nanti. 

Tapi jika Fina tidak masuk bilik mereka ini tiada apa yang akan berlaku, itu kerana ruang makan terlindung oleh sebuah dinding.

Jadi tak ada masalah wanita itu hanya berdiri dihadapan pintu sahaja. 

Pintu dikuak sedikit. Wajah Fina yang sudah terhias dengan senyuman manis itu menjadi layar utama. 

"Sayang?" Sapa Tunku Danish, dia keluar untuk menyapa Fina dan menutup semula pintu bilik hotel. Tanpa sempat wanita itu intai sedikit pun. 

"Are you ok?" Soal Fina. Wajahnya juga bertukar risau setelah sedar wajah pucat Tunku Danish. 

Tunku Danish angguk sekali. "Ya, why?"

"You whatsapp I you tak keluar hari ni sebab tak sihat, so I datangla tengok you?" 

"Ouh, ya. Not a big deal sayang. I just need some rest pagi ni, nanti ok la." Tunku Danish sempat menghantar pesanan pada Fina yang dia tidak menemankan wanita itu di hari terakhir percutian mereka ini kerana rasa kurang sihat.

Tak sangka pula, perkara itu boleh
membawa Fina ke bilik hotelnya.

Sebenarnya tiada apa yang patut dirisaukan juga. Satu kebiasaan Fina yang dia sudah cukup tahu, wanita itu tidak akan memasuki bilik tidur Tunku Danish. Kononnya mengelak dari timbulnya Fitnah lagipula mereka baru bertunang tiada ikatan yang sah lagi. 

Spontan tangan Fina naik menyentuh dahi Tunku Danish. Seperti yang dia jangka, suhu badan lelaki itu panas.  "You dah minum ubat?"

"Dah. Don't worry about me. You pergi keluar dengan stella. Have some fun on your last day in this city. Nanti malam I akan temankan you pergi airport."

"Kalau you masih sakit, tak payalah. Duduk je hotel. Lebih baik you rehat. I ok sayang. lagipun tiga je, tak lama pun. Nanti kita boleh jumpa kat KL, kan." Ya, betul Fina tak ambil hati pun jika Tunku Danish tak dapat menghantarnya ke airport malam ini. Dia lagi risau jika lelaki itu memaksa diri. Takut keadaan Tunku Danish itu menjadi teruk.

Tunku Danish terus memaut perlahan tangan Fina, "Sayang, tiga hari tu dah cukup lama. You tahu I tak boleh berpisah dengan you walau seminit pun, nanti I rindu."

Fina tertawa kecil, "Mengadanya you, bukan sebelum ni I tak pernah jauh. Kalau pergi outstation sampai seminggu, ok je kan. Tapi I cakap betul ni sayang I lagi suka kalau you rehat supaya cepat sembuh. I'm so worry about you."

Unseen Love | OG (EDITING)Where stories live. Discover now