Shanghai China,Pemandangan kota mana yang tak cantik, jika dihiasi dengan berbagai warna lampu yang terpancar dari bangunan-bangunan tinggi dan yang lebih membuat suasana bertambah menarik lagi adalah sungai panjang yang menghiasi antara kota termewah di asia itu.
Namun keindahan kota itu hanya mampu Armel nikmati dari atas bilik hotel ini saja. Sama seperti ketika dia berada di Kuala Lumpur. Jika disana dia dikurung dan tak dibenarkan keluar dari rumah, di kota china ini juga begitu.
Sudah tiga hari dia mengikuti Tunku Danish ke sini, tapi dalam tiga hari itu jugalah Armel tak pernah pergi mana-mana selain hotel ini saja. Setiap hari staf akan menghantar makan dan minumnya ke bilik mereka. Dan sebarang keperluan Armel boleh memaklumkan staf hotel saja melalui telefon yang sudah tersedia. Tak perlu keluar bilik.
Alasan Tunku Danish melakukan semua ini, kerana takut jika dia terserempak dengan Fina lagi. Ya, wanita itu juga berada di sini sekarang. Tujuan asal Tunku Danish ke negara ini adalah bercuti bersama sahabatnya, sudah pasti Fina juga tidak terkecuali. Dan sahabat Tunku Danish juga menginap di hotel yang sama.
Oleh itulah, Armel tak dibenarkan keluar. Tapi untuk apa sebenarnya Tunku Danish membawa dia ke sini, bukan kah itu hanya merumitkan keadaan saja. Kan ada bagusnya jika dia tidak ikut.
Ketika perjalanan dari Malaysia ke Shanghai juga, mereka tidak mengikuti kapal terbang yang sama. Dia mengikuti penerbangan first class yang diatur oleh Aron dan Hanika manakala Tunku Danish pula menaiki Private jet bersama sahabatnya.
Bunyi pintu tandas dibuka mencuri perhatian Armel. Pandangan dialihkan dari tingkap besar itu ke Tunku Danish yang sedang sibuk menghadap cermin meneliti penampilan sambil memakai jam tangan.
Dipandang lelaki itu dari atas hingga bawah. Memakai T-shirt berlengan panjang yang berwarna hitam bersama seluar slim fit hitam. Armel mengeluh perlahan. "Dah lewat ni? You nak keluar juga?" Soalnya seraya itu mengelir jam yang tergantung di dinding.
1:00 PM.
"Hmm," itu saja jawapan Tunku Danish. Lelaki itu mencapai coat panjang berwarna kelabu yang terletak dalam almari.
Armel melabuhkan duduk diatas sofa baldu berwarna coklat gelap. Begitu la Tunku Danish sepanjang berada di Shanghai lelaki itu sentiasa sibuk diluar.
Jika waktu siang Tunku Danish akan menghabiskan masa bersama Fina dan sahabat-sahabatnya melawat tempat-tempat menarik, bila malam pula lelaki itu menghabiskan masa di kelab malam juga bersama sahabatnya.
Dan yang paling membuat Armel tak suka, lelaki itu selalu balik dengan yang keadaan mabuk.
Awalnya Armel pelik juga, sepanjang mereka tinggal bersama di Malaysia tak pernah pula Tunku Danish balik mabuk tapi apa nak dihairankan itulah sikap sebenar lelaki itu.
YOU ARE READING
Unseen Love | OG (EDITING)
RomanceARMEL ZULEYKHA | TUNKU DANISH Gelaran Playboy tidak bererti dia senang untuk didampingi. Tunku Danish memandang darjat adalah segala-segalanya, jika hanya wanita biasa-biasa jangan bermimpi untuk mendampingi Si playboy kacak itu. Dia tidak memilih...