Part 3

4 0 0
                                    

Seperti dijanjikan, Ashfar datang semula ke rumah aku untuk jemput aku. Aku punyalah tak nak dia tunggu aku, aku ready kat luar bersama semua barang aku. So bila Ashfar sampai, aku terus masukkan barang ke dalam keretanya. Memandangkan aku tak pernah naik kereta jenis macam ni, aku risau juga kalau takde bonet. Tapi nasib baik ada.

Settle masukkan luggage, aku masuk ke dalam kereta. Tergamam aku tengok interior kereta ni. Sporty gila. Dah lah bau masculine, sama macam pemiliknya.

Bila Ashfar tekan je pedal, aku terus tersandar ke kerusi. Weh, dalam perumahan ni kot. Dia tekan 120km/j ke apa?

Aku ingatkan speed tu sama je sampai ke jalan utama tapi rupanya tak. Bila aku jeling meter, baru 100km/j tapi aku dah rasa laju semacam.

Tak sampai 45 minit; kalau ikut cara aku drive, dah sampai ke hotel. Dewan banquet Hotel Sapphire Palace ni lah tempat majlis persandingan aku.

Ashfar berhentikan keretanya di pintu utama hotel. Aku dan dia sama-sama keluar dari kereta. Ashfar buka bonet dan keluarkan luggage aku sebelum bellboy ambil luggage aku untuk dibawa ke lobi hotel.

Aku pandang Ashfar yang sedang tutup bonet. "Thank you." Ujar aku.

Ashfar toleh ke arah Natasha. "Sure." Jawabnya pendek bersama anggukan.

"So, awak datang sini esok atau awak check in sini?"

"Ikut plan?" Soal Ashfar.

"Datang sini esok."

"Then I follow that." Ujar Ashfar dan mula melangkah ke pintu pemandu.

"Drive safely." Ujar aku sebelum Ashfar menutup pintu keretanya. Aku sedikit terkejut dengan bunyi kereta Ashfar bila dia tekan minyak memandangkan aku masih berdiri di belakang keretanya.

Bila kereta Ashfar hilang dari pandangan, baru lah aku melangkah masuk ke dalam lobi. Aku menguruskan proses check in bilik aku dan beberapa lagi bilik yang lain. Bukan aku saja yang tinggal di hotel tapi keluarga aku, beberapa sepupu rapat aku dan sahabat-sahabat rapat aku semasa sekolah juga turut tinggal di hotel malam ni.

Selesai urusan check in, aku terus di bawa ke bilik aku. Bilik untuk aku dan keluarga aku adalah suite manakala yang lain bilik biasa saja.

Masuk saja aku ke dalam bilik, tergamam aku lihat saiz bilik ni. Ni dah sama besar macam rumah sewa masa aku belajar dulu ni. Rumah sewa tu pun duduk 6 orang, ini cuma 2 orang je. Aku check in hotel ni untuk dua malam and sepatutnya malam esok Azlan akan tidur di sini. Memandangkan semuanya telah berubah, nampaknya aku akan stay sini sorang-sorang jelah.

________

Kecoh bilik aku dengan sahabat-sahabat dan sepupu aku. Tadi sunyi je, sekali bila diorang dah sampai, bising bilik aku ni.

Aku baru je selesai pakai inai memandangkan nikah semalam aku pakai inai putih. Sekarang sahabat dan sepupu aku punya turn pula nak pakai inai.

Aku sedang menonton televisyen bersama sepupu aku sebelum sahabat aku, Ili mengambil tempat sebelah aku. Ili merupakan sahabat karib aku semasa di sekolah cuma bila dah masuk universiti dan kerja, kami sudah jarang berjumpa tapi masih contact each other.

"Tasha..." panggil Ili.

"Hmm." Aku menyahut tanpa pandang Ili. Mata aku masih fokus pada filem kegemaran aku, Harry Potter.

"Kau okey tak?"

Aku pandang Ili. "In term of what?"

Dia Bukan SempurnaWhere stories live. Discover now