Aku melangkah masuk ke dalam condominium Ashfar. Aku tak sangka wujud condominium semewah ini. Naik lif terus sampai rumah. Berapa lah agaknya harga rumah ni. Dengan kerja aku sekarang, mimpi jelah dapat beli rumah macam ni.
Mata aku melilau ke sekeliling rumah sambil menarik luggage masuk bersama. Rumah ni nampak bersih dengan warna putih dan kelabu. Tapi warna ni aku cop as bosan sebab play safe sangat.
Ashfar letak kad access rumahnya di atas meja kopi. Dia duduk di sofa. Dia pandang Natasha sebelum dia menyandarkan badannya dan menutup mata. Otaknya letih jadi dia perlu berehat.
Aku park luggage aku di tepi sofa Ashfar tengah duduk. Aku melangkah ke dapur pula. Memandangkan ianya open kitchen jadi aku agak excited. Tengoklah, kemas dan bersih. Aku macam tak sangka lelaki yang duduk rumah ni. Aku buka satu pintu lagi. Eh, ni wet kitchen. Aku ingatkan masak kat open kitchen. Walaupun wet kitchen tapi tetap cantik. Nampaknya Ashfar betul-betul kekalkan kekemasan dan kecantikan satu rumah dia. Yelah selalunya orang tak kisah sangat wet kitchen macam sebab bukan orang nampak pun.
Aku keluar dari dapur basah dan pergi ke Ashfar. Eh, dia ni dah tidur ke? "Ashfar..." panggil aku perlahan.
"Hmm." Sahut Ashfar tanpa membuka mata.
Aduh. Tengoklah. Aku panggil and ni respon dia. "Bilik I mana satu ye?" Tanyaku.
"All the rooms upstair. Up to you."
Eh, dia bagi aku pilih bilik? Aku tersenyum lebar. "Okey." Jawab aku dan terus aku tarik luggage aku ke tangga.
Naik je atas, aku terus melangkah ke bilik hujung sekali. Bila aku buka bilik tu, baru aku sedar ni bilik Ashfar, master bedroom. Sempat aku melihat sekeliling bilik itu dari pintu bilik. Rekaannya modern dan bermain dengan warna kelabu dan putih seperti ruang tamu juga. Cuma ruang tamu banyak menggunakan barang warna putih tapi bilik ni banyak guna warna kelabu. Bau bilik ni pun mesti bau perfume Ashfar. Aku pun tak pasti ye ke tidak memandangkan aku tak pernah pula alert dengan perfume dia.
Aku tutup pintu itu. Aku pergi ke bilik sebelah Ashfar. Bilik air? Adoi... Natasha oi... aku tengok juga bilik air tu. Bilik air ni pun punya lah cantik macam kat hotel 5 stars.
Aku melangkah ke bilik lagi satu. Ada lagi 2 bilik yang belum aku teroka. Aku buka pintu bilik sebelah bilik air, akhirnya ada juga bilik tetamu. Aku melangkah masuk bersama luggage. Bilik ni pun sama modern rekaannya. Aku rasa Ashfar ni jenis yang play safe betul.
Aku duduk di sisi katil dan luggage aku letak sebelah aku. Aku melihat sekeliling bilik. Bilik ni akan jadi bilik aku untuk beberapa bulan saja. Aku yakin lepas beberapa bulan, aku akan kembali tinggal dengan keluarga aku.
Aku mengeluh lemah memikirkan nasib aku. Lepas ni aku dah ada tanggungjawab lain, sebagai isteri. Walaupun Ashfar bukanlah calon suami aku tapi dia sekarang dah jadi suami aku. Sekarang ni aku kena bincang tentang perkara ni dengan dia.
Aku bangun dari duduk dan terus turun ke ruang tamu. Aku lihat Ashfar masih di sofa dan tangannya bersilang menutup mata. Nampak macam Ashfar stress dan letih. Aku berdehem beberapa kali agar Ashfar tak terkejut. Seperti jangkaan aku, Ashfar menjawab dengan 'hmm'. Ergh...
Aku ambil tempat di sofa kosong. "Can we discuss about us now?"
Ashfar menarik nafas dalam-dalam sebelum dia membetulkan duduknya. Dia pandang Natasha yang duduk di kirinya. "Sure."
"Let me start first?"
"Go on."
"Okay, first thing first, this all happen because your adik run away. If he tell me before, I still can accept it then maybe cancel all this things." Ujar aku dan aku lihat Ashfar tidak beriak.
YOU ARE READING
Dia Bukan Sempurna
RomanceBelum tentu bercinta 2 tahun, 5 tahun mahu pun 10 tahun, berakhir dengan memori yang indah. Hidup ni bukanlah satu perjudian tapi kita yang pilih sendiri perjalanan hidup kita. Natasha tidak sangka satu-satunya cinta hatinya mengharukan perjanjian y...