Part 4

2 1 0
                                    

Aku pandang Ashfar yang berdiri setentang dengan aku. Aku tak sangka lelaki yang selama ni aku nampak dia pakai t-shirt polo; yelah aku terserempak dia pun bila kat rumah mama je, sekacak ni bila pakai tuxedo. Tapi yang aku tahu, tuxedo tu bukan tuxedo yang ditempah Azlan. Memandangkan Azlan boleh kata lagi kecil dari Ashfar, mesti tuxedo tu Ashfar tak muat.

Pegangan lembut di lengan aku membuatkan aku menoleh. Ibu memberi segaris senyuman kepada aku. Bila ibu mula melangkah, aku juga turut melangkah.

Bila aku berdiri betul-betul di sebelah Ashfar, aku terus memeluk lengan Ashfar sebelum melangkah masuk ke dalam dewan yang sudah mula dipenuhi tetamu. Memandangkan ini adalah fine dining maka makanan akan di serve mengikut masa yang ditetapkan jadi better kami jangan lengahkan.

Melangkah je kami masuk ke dalam dewan, pancaran flash camera betul-betul boleh buat aku buta. Berapa banyak photographer yang mama upah ni? Walaupun flash tu buat aku silau tapi aku tetap maniskan wajah.

Bila kami sampai di pelamin, kami terus duduk dan mula lah upacara tradisi melayu, menepung tawar pengantin. Bermula dengan mama dan papa, ibu dan ayah dan barulah saudara mara Ashfar dan aku, dan juga beberapa individu yang aku tak kenal.

Selesai saja upacara itu, barulah kami melangkah ke meja makan beradab. Ibu, ayah, mama dan papa makan satu meja bulat dengan aku dan Ashfar. Bila makanan serve pada pengantin, barulah makanan di serve pada tetamu.

Kalau dulu aku ingat bila kahwin akan ambil gambar suap-suap makanan tapi tidak untuk aku. Photographers tahu yang waktu makanan tidak perlu ambil gambar posing-posing, it's more to candid punya gambar. Tapi kalau ambil gambar candid aku dengan Ashfar, mesti gambar tu awkward. Macam stranger duduk sebelah-sebelah.

Aku pandang mama bila tangan aku disentuh. Mama pandang aku. "Ya, mama."

"Esok Tasha pergi studio untuk shoot gambar wedding ye."

"Gambar wedding?" Soal aku sedikit terkejut.

"Mama dah cancel gambar pre-wedding haritu. Jadi esok Tasha pergi studio yang sama. Malam nanti staf Ethan hantar baju kat Tasha."

Gambar pre-wedding tu aku dengan Azlan ambil dekat studio sebulan sebelum majlis nikah. Jadi bila pengantinnya dah bertukar maka logiklah ambil gambar baru. "Okey, mama. Ashfar dah tahu?"

Datin Aliza mengangguk. "Dah, mama dah bagitahu."

"Okey." Balas aku sebelum kembali semula pada makanan aku.

Usai sesi makan, kami pulang semula ke pelamin untuk acara memotong kek. Kek tu seindah majlis ni. Aku pandang Ashfar di sebelah, tapi majlis ni tak seindah apa yang aku harapkan.

Bila kek dah potong, baru lah majlis ini jadi lebih santai. Kalau tadi semua hanya fokus kepada pengantin dan sekarang semua mula berborak sesama sendiri.

Bila kami turun je dari tempat potong kek, Ashfar terus hilang entah ke mana. Aku pun malas nak cari dia. Baru je aku mahu melangkah, aku terus menangkap wajah Wildad.

"Wildad..."

Wildad berlari anak ke arah sahabatnya dengan berkebaya tu. Walaupun agak susah untuk dia melangkah but she made it. Wildad terus memeluk sahabatnya. "Oh my god. You're so beautiful." Ujarnya apabila pelukan dileraikan.

"Thank you." Ujar aku dengan senyuman lebar. Berani cakap rekaan Ethan ni tak lawa?

"I don't want to ruin your mood on your big day, so I'm gonna ask about him next time."

Aku tersenyum segaris. "So why late?"

Wildad menggaru lehernya yang tak gatal. "Actually I just arrived Malaysia one hour ago. Ada ribut kat kat sana tu yang kena reschedule."

Dia Bukan SempurnaWhere stories live. Discover now